Terima Kasih Pa & Ma, Terima Kasih Mamy Poko!

july2 001

Inilah dikatakan rezeki Fahry :D

Berikutan kisah Fahry yang featured dalam majalah Pa & Ma bulan Jun, Fahry telah menerima bekalan disposable diapers daripada Mamy Poko selama setahun. Oh saya tidak menggunakan cloth diapers (CD) ya, usah ditanya mengapa. Ekekekeke.

CCF12072010_00000 

CCF12072010_00001

Semasa sesi ni Fahry pakai baju dari Mana Moni. Memang best bajunya, kainnya lembut dan selesa. Nampak macam tebal, tapi tak pula panas. Tapi sekarang nampaknya Mana Moni sedang dalam proses upgrading. Nanti bolehlah kita pakat shopping baju raya untuk anak2 :) Thanks Mana Moni!

Tudung saya pula adalah tajaan Tudung Labuh Lycra. Wah kau… belum apa2 dah ada orang taja :D Kedai tudung labuh Lycra tu nama je Tudung Labuh Lycra, tapi macam2 jenis tudung ada di sana. Bak kata Astro “Macam-macam ada~” Ni pun boleh diusha2 untuk tudung raya :) Thanks TLL!

Semasa krew Pa&Ma datang ke rumah kami tempoh hari, Fahry tengah demam. Mood pun semacam je. Tapi brother kameraman tu pandai pulak usik2 dia.

Malam tu Fahry admitted sebab pneumonia.

Dia ni jarang demam, tapi sekali demam tu… hmmm macam tu la. Dulu penah juga admitted masa kat Miri, pneumonia jugak. Ia takde kaitan dengan suntikan pneumucoccal, sebab Fahry lahir premature so dia prone untuk dapat jangkitan macam ni di awal2 usia ni. Tapi syukurlah dia sihat walafiat dalam keadaan lain. Cikgu dia pun pelik Fahry jarang demam berbanding Hafiy. ye lah orang kata badan premature baby ni tak tahan. Umur di bawah 6 tahun, senang diserang sakit2.

Syukurlah Allah berikan kesihatan yang baik kepada Fahry. Mungkin sebab kekurangan fizikal yang ada padanya, kelebihan lain Allah anugerahkan untuk dia.

Thanks again to Pa & Ma dan Mamy Poko!

30 thoughts on “Terima Kasih Pa & Ma, Terima Kasih Mamy Poko!”

  1. mami poko mmg best. harga jer lah kena tunggu jusco j card day ke, nak borong banyak2. hihhihihi.

    i tak pakaikan cloth diaper kat adam. sbb first malas. kedua sbb kita orang slalu tukar pampers dia, on average 3 jam skali. dah biasa sbb dari baby dia kena eczema, tak berani nak bg pakai lama2 takut rashes. ketiga, tak cukup ah duit nak beli CD untuk cater penggunaaan 3 jam skali. kuikuikuikui. pakai kan aja mami poko, mahal pun mahal lah, dari sakit jiwa takut eczema dia menjadi. =P
    .-= shila´s last blog ..Unwell Again =-.

    1. Mmg best mamypoko kn. Since ank2 I pakat naik diaper rash secara berjemaah, we changed to mamypoko. Bior mhl cket asalkn bontot anak2 terjaga huhuhu

  2. rezeki Fahry tak putus putus kan.,. anyway, me too tidak mempunyai kekuatan nak pakai CD huhuh.. tak pe lah its ok.. yang penting anak tak merah padam kat montot dua hehe, lagipun CD mahal jugak per, nak kene basuh selalu kekeke (dasar orang dah malas :p)

    1. Hihihi murah rezki Fahry, ameen.

      Jom kilangkan green disposable diapers yg biodegradable hahaha. Kdg2 kemalasan buat manusia jd kretif.

    1. Mamy Poko best kan? nk pakai pun senang, bukak senang.

      nak try gak CD, dulu penah try2 test beli CD murah2 kat supermarket, test boleh comited tak. ahaks.

  3. adoi…. belum pernah sepeket pun beli mami poko, sekali fahry dah dapat stok untuk setahun…. :)
    Alhamdulillah, kan lyna… setiap kita kan ada kelebihannya masing2… :)
    .-= sya´s last blog ..banci- banci =-.

  4. Salm kak…sejak saya follow blog akak ni..suka saya tengok akak yang sentiasa semngt n haapy go lucky dalm apa2 perkara..semua pnulisan akk dapt diprkatikkn,ilmiah n santai..

    Rezeki untuk anak2 memang Allah dah sediakan cuma kita tak tau dan tak perasan…

    Rsanya jnema mamy poko mmg mahal…bukan mudah nak ditaja ni kan kak…
    .-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..TengokDia sedang perhatikan saya- =-.

    1. salam AUSH,

      tough times never last, but tough people do!

      :)

      cehhh perasan tough pulak dah :P

      tulah mmg mahal mamy poko. tp anak2 akak mmg pakai brand ni sebab dispo lain bontot derang tak tahan. huhu

  5. mamy poko terus bagi stock sethn sekaligus ke?? takkan sume saiz M?? baby kan membesar.. heheheh.. boleh tukar ke tu? tgk muka fahry tu dah tau dia anak bijak… semoga membesar dgn sihat dan soleh ye sayang…..

    1. hahaha, orng dah kasik free takkan nak demand2 lak kan

      tp hafiy pun bole muat size M, takat Fahry tu ok je kot hehehe

      :D

  6. apa kata ko hadiahkan kat aku barang sekotak dua??? Hhahaha… bestnya dapat banyak diapers .. mahal siul mamy Poko..serius jadi mamy pokai kalau pakai diapers nih ..aku dulu masa Q pakai gak diapers nih ..lama gak aku pakai .. pastu saja aku tanya2 member Huggies ok tak ..rega pun murah sket .. member aku kata ok jer ..aku try ..nampak ok ..aku pun tukaulah ke Huggies .. ahhaha.. jimat kos sket beb .. ahaks! Siap ada pampers mahal ngan pampers murah kat umah nih ..wakkaka… kena kreatif dalam berjimat .. sib baik bontot anak2 aku ok jer .. tak memilih ..hahaha… yg penting bepathen letak selalu ..hehehe

    Lyuna, masuk lagi majalah2 lain yang .. nanti dapat sponsor lagik..best oooo…..i likeeee… hehehe
    .-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Official Launch Of My 1st Mini Seminar - =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge