Terbunuh Kerana Berebut Siaran TV

admin Avatar

Harian Metro 23/10 melaporkan seorang remaja berusia 14 tahun terbunuh setelah bergaduh dengan kakaknya yang berusia 16 tahun akibat berebut siaran TV. Remaja berkenaan menemui ajal setelah mengalami pendarahan yang teruk berikutan keceraan parah di paha kanannya akibat ditusuk (atau tertusuk, whateverlah) cermin kaca tingkap.

Biasalah adik beradik bergaduh. Saya dengan adik2 saya juga selalu bergaduh berebut macam2. Malah sejarah perbalahan adik beradik ni sebenarnya dah bermula sejak sejarah penciptaan manusia iaitu pergaduhan Qabil dengan Habil.

Malah zaman sekarang memang tak hairan adik beradik boleh putus saudara, antara sebab yang paling popular ialah berebut harta yang sekangkang kera. Tak berbaloi langsung.

Dan lebih sadis bila adik beradik yang masih di peringkat ‘anak2’ bergaduh keterlaluan hingga sanggup menggunakan objek bahaya bagi melepaskan geram. Adik saya pun pernah berparang berpisau semasa kami gaduh, semasa kami masih kecil dulu, dalam usia sekolah rendah, dan adik saya masih belum masuk tadika pun.

Adik kawan saya yang masa itu umurnya 2 tahun pernah mengacukan pisau kepada kakaknya tu dan berkata “Bunuh kakak!” semasa mereka bergaduh.

Keluarga kami yang tersebut di atas bukanlah keluarga tak tentu hala yang ada masalah sosial. Mak ayah kami tak pernah bunuh orang, malah niat nak membunuh pun tak pernah ada.

Tapi, bila kita buka TV, terutama drama Melayu…

“Aku bunuh kau!”
“Kau pembunuh!!!”

Pistol dan pisau, orang jahat terlampau yang tergamak buat apa saja untuk matikan orang, dan sebagainya.

TV boleh je letak klasifikasi U, 13 PG, 18SG, 18SX, atau apa saja jenisnya… Pertamanya tak semua ibu bapa atau penjaga yang prihatin, ada je yang jenis tinggalkan anak depan TV tak kiralah channel apa budak tu tengok. Ada juga yang memang tapis, tapi kalau bukan channel satelit siaran kartun, ada jelah in between tu trailer2 drama yang harus nak kena tunjuk adegan panas dan ganas supaya buat penonton lebih teruja nak tengok. Being kids, benda yang sekilas ni yg dia senang nak ingat.

Ya. Memang saya tetap blame drama TV. Tak boleh ke buat cerita yang senonoh sikit. Ini sikit2 bunuh, sikit2 tembak. We already have enough lah…

Ia buatkan jiwa kita insensitif, yela, hari2 duk tengok benda camtu. Kalau org biasa tengok pompuan seksi, dia takde heran sangat dah tatap pompuan seksi di mana2. Tapi kalo yang jarang2 tengok or tak pernah tengok, tengok mayat terselak betis pun boleh buat rasa berdebar2.

Bila dah insensitif, pegang pisau ke kaca ke, acu kat adik beradik sendiri pun tak rasa apa2. Rasa geram ditambah api tiupan setan lagi buat rasa biar pegi mati saja. Sayangnya mmg betul2 mati…

Berbalik pada kejadian asal, saya terbayangkan trauma yg dihadapi gadis itu. Saya harap beliau kuat menghadapinya & tidak menjadikan kejadian itu sebagai satu pemula titik hitam dalam hidupnya. Biar saja menjadi titik, tapi jangan seret menjadi garisan.

Anak2 saya… Sukar nak dijangka. Kerana itu saya jarang buka TV di rumah. Dgn anak2 kalau bukan YouTube, PHDC, Disney, NatGeo atau Discovery. Biarlah bagi mereka pisau itu untuk potong sayur pisau, pistol kegunaan polis dan cermin kaca benda bahaya yang tak boleh dipegang, nanti luka tangan.

admin Avatar

5 responses to “Terbunuh Kerana Berebut Siaran TV”

  1. sitisifir10 Avatar

    So..no TV!! Finish….huhuhu

  2. azma Avatar

    bahaya kan.. zaman skrg ni macam2 jadi. perkara2 yg tak pernah terfikir pun boleh terjadi. memang betul la pengaruh tv memang kuat. bila difikir2, rasa x nak bg tgk tv. tp mcm tak patutla plak. Jln terbaik, kawal la apa yg anak2 kita tonton..

  3. Sidratul Muntaha Avatar

    beza lah zaman dulu dengan zaman skunk.
    aku dulu,tv lansung takde kat umah smpai umur 17.
    bapak plak bangsa bengis.
    tgk tv bite jer dgn citer lain 1 jam.
    malma tutp awal.
    ari minggu..
    tolong mak niaga dgn tolong petik kelapa sawit.
    anak – anak skunk di sogok sgt dgn macam – macam.
    aih..

  4. transformed housewife Avatar

    mmg elok kawal apa yg anak2 tengok kat tv. Betul kata Lyna- harap2 kakak arwah tak jd trauma.

  5. Cinta Super Avatar
    Cinta Super

    pada i kan. hal macam ni, yes tak diragukan bahawa tv tu mmg pengaruh yg utama, tp tgk juga background family dia. normally, kids yg membesar kalau setakat tgk tv tu belum banyak guts nak buat hal yg serious macam ni, tapi mana kids yg membesar tp banyak acara *live* yang berkenaan dgn keganasan macam ni, will tend to follow. children kan learn what they live. lagi satu, kalau didikan dalam family tu sendiri. kalau budak tu asik dendamkan siblings dia, tak mustahil kalau ada apa-apa hal yang kecil pun boleh trigger jadi bahaya macam ni. parents perlu sedar akan kasih sayang sama rata.

    based on pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge