Islamic Fashion Festival (IFF)

By | October 23, 2010

Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Monaco pada bulan Ogos 2010 sekarang sedang hangat diperkatakan. Sejujurnya, saya memang tak tahu tentang festival berprestij ini kalau bukan sebab FaceBook, hahaha. Ini bukan pertama kali Islamic Fashion Festival diadakan, ia dah bermula sejak 2006, jadi tahun ini kali yang keempat. Pada 2006 ia diadakan di Kuala Lumpur sempena Malaysia International Fashion Week (MIFW).

Kalau dilihat pada jenis2 pakaian yang dipersembahkan dalam Islamic Fashion Festival ni, memang agak mengelirukan sebenarnya. See it by yourself:

Sumber : http://www.emirates247.com

Tak dapat dipastikan di mana Islamiknya fesyen2 di atas. Mungkin sebab perekanya dari negara Islam, atau perekanya adalah orang Islam, atau kain2 yang digunakan adalah dari negara Islam.

Kalau nak baca komen negatif tentang event IFF ni, ada banyak berlambak di internet. Tapi sebenarnya ada sudut ‘POSITIF’ di sebalik kontroversi IFF ni.

1. Pemimpin-pemimpin (isteri?), pereka fesyen, model2, artis2 sekarang adalah berada sama taraf dengan ustaz dan mufti. Silap gaya mereka boleh mengambil jawatan para ustaz dan mufti. Kan bagus tu. Memang ini yang kita nak. Islam all over the country. Lepas ni para ustaz2 ni boleh duduk rileks2 sebab ramai yang boleh buat kerja mereka.

2. Umat Islam sekarang berfikiran terbuka. Memang patut, bukan sekadar pemikiran malah pakaian juga. Sikap close minded perlu dikikis dan umat Islam mesti sama dengan orang2 lain di dunia, dari segi keburukan akhlak dan keruntuhan moral. Barulah adil namanya.

3. Untuk sama taraf dengan orang lain, umat Islam mesti sama dengan mereka. Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jadi kita kena sama2 buka dada walaupun baju labuh berjela2. Maklumlah, orang Islam mana boleh pakai singkat2.

4. Umat Islam mesti memperbaharui pemikiran. Mesti selaras dengan arus kemodenan. Baru Islam boleh maju. Terbalik pula dengan ciri2 Islam yang sentiasa up-to-date, ini Islam pula yang kena mengikut arus zaman.

5. Malaysia boleh menjadi sebuah negara Islam terulung yang menjadi tempat wujudnya tamadun Islam zaman moden which is lagi moden dari Islam Liberal.

Jika dahulu, Sultan Muhammad Al-Fateh, misalnya, berazam dan berusaha kuat untuk merealisasikan sabda Rasulullah SAW bahawa Konstantinopel bakal dikuasai oleh tentera Islam. Zaman sekarang pun para pemimpin (dan rakyat juga, mungkin kita juga) berazam dan berusaha kuat untuk merealisasikan sabda2 Rasulullah, antaranya:

“Umat Islam akhir zaman umpama buih di lautan”

“Islam pada asalnya asing, dan akan kembali menjadi asing”

Lihatlah semuanya kita memang dah berjaya mengikuti sabda Nabi. Hari ni kalau kata orang Islam, mengaku Islam, tapi cara hidup takde sikit pun macam orang Islam. Lebih teruk, yang terang2 mengaku mahu keluar/sudah keluar dari Islam. Itu bukan salah mereka tapi secara keseluruhannya umat Islam akhir zaman adalah rapuh, umpama buih. Buih tu tak perlu kapal besar datang untuk dia pecah, berlaga sesama sendiri atau ditiup angin pun dah pecah. Kalau duk diam2 pun boleh pecah.

Islam semasa awal kedatangannya, Rasulullah terpaksa berdakwah secara sir (sembunyi2). Betapa asingnya Islam ketika itu, malah Baginda dituduh bermacam2. Pelbagai tentangan datang dari pihak kafir Quraisy. Hari ni? Oh sungguh asing sekali. Sampaikan seorang yang lahirnya Islam dan hidup dalam Islam, eventually berasa pelik dengan anutannya sendiri. Mazhab? Apekebendanya tu? Ahlil Sunnah wal Jamaah? Itu lagi satu tak tau apa benda. Usahkan sebut Syiah, Wahabi segala.. lagilah pening. Kenapa ada 4 mazhab pun keliru.

Apa lagi kalau orang Islam yang langsung tak tahu tentang Islam…

Actually ini bukan masalah mereka, ini adalah masalah ummah, masalah kita. Sayangnya, kita sendiri pun tergolong dalam pasukan buih2 akhir zaman profesional, maka kita pun tak tahu nak buat apa.

SO, nak buat apani?

*maaf kalo terkasar bahasa. cuma berasa sedih bila ada isu sebegini timbul, ramai juhala’ tiba2 menjadi ulama’. (akukah itu?)

4 thoughts on “Islamic Fashion Festival (IFF)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge