Tempat Yang Bisa Buatku Gila

admin Avatar

Apakah tempat-tempat menarik di Malaysia yang bisa membuat saya gila?

mph book

popular book

borders

times

And this one, harus jauhkan diri darinya. Atau…

kinokuniya

…. bersedia untuk mengosongkan poket.

Begitu juga dengan laman berhantu ini

acmamall

Kalau Jumaat macam ni.. Saya sangatlah looking forward untuk habiskan masa dan duit di Kinokuniya. Sampai my husband selalu tegur “Dah nak runtuh rak buku kat rumah kita ni (tak termasuk yang kat rumah MIL dan rumah ibu saya di kampung)”.

Sejak kecil saya sangat suka membaca. Saya baca apa saja, termasuklah kertas suratkhabar pembalut pisang goreng, papan tanda, nombor kenderaan, hadlaju lori, tulisan di baju dan sebagainya. Saya sangat suka ke pesta buku, dan selalu paksa mak saya belikan buku.

Ini adalah buku kegemaran saya… saya tak pinjamkan kepada sesiapa (kawan2 suka betul pinjam buku saya tapi tak hantar semula hehehe). Namun kantoi juga, akhirnya memang jangan harap dapat balik. Saya beli lagi sekali. Tapi masih juga ia menghilangkan diri, LOL.

bermulanya dengan tuptap

Mak saya suka belikan buku kompilasi cerita2 rakyat, seperti koleksi ini, dan macam2 lagi.

ceritalah lagi

Tapi bila meningkat remaja, minat membaca makin pudar. Mungkin sebab sibuk belajar? LOL. Kelakar. Atau mungkin saya tak begitu minat dengan novel2 remaja. Dulu ada baca novel2 Ahadiat Akashah. Cuba juga baca novel2 Inggeris seperti SVU (Sweet Valley University), SVH (Sweet Valley High).. tapi tak kena dengan jiwa 😀 Mungkin saya lebih suka buku-buku berbentuk memoir dan non-fiction. Oh, saya sebenarnya suka baca komik! LOL. Tapi tak pernah beli sebab cilok kawan2 dan adik2 punya je 😀

lawak kampus

Lawak Kampus ni terapi otak

dik cerdas

baca Dik Cerdas pasti jadi cerdas sekali!

Sekarang ni, kawan2 selalu tanya.. bila masa saya membaca? Iyelah, anak tiga… kerja.. bisnes… Oh, where there’s a will there’s a way. Kita akan sentiasa ada masa untuk benda yang kita suka. Tak gitu? Macam saya, tak suka kerja2 tangan.. macam jahit2, kait2… baking pun bukan passion saya. So saya takde masa nak buat benda2 tu. It’s just that simple 🙂

Jadi curi masa membaca sambil mengepam, sambil tunggu turn di kaunter, sambil tunggu husband, sambil lepak2 dengan anak2. Kalau kat rumah kami ni, buku ada di mana2.. atas meja, bawah meja, dalam kotak, tepi dinding… Bila husband bising, saya kata “Alah takpelah, senang nak baca anytime”. Hehe.

Walau bagaimanapun, saya suka dengan hobi saya.. membaca dan menghabiskan duit beli buku. Ia sangat berbaloi, walaupun kadang2 cuma sempat skim dan scan saja. Yang penting dapat isinya.

Tapi kadang2 saya rasa saya ni bukan ulat buku (read: suka baca buku) tapi gila buku (read : suka beli dan tengok buku). Kalau keluar jalan2 saya mesti nak lalu depan kedai buku. Rasa nyamaaaan saja.

Namun begitu, saya takde specific author yang saya suka. Mana2 saja asalkan simple English 😀 dan paling tak boleh masuk ialah buku yang diterjemah. Sebab otak saya akan translate balik ke Bahasa Inggeris, menjadikan beban berganda pula.

Oh ya, sekarang ni ada evolusi sikit. Sejak memiliki iPad, saya dapatkan buku digital pula. Lebih mudah dibawa ke mana-mana. Jimat ruang dan mesra alam!

Walau bagaimanapun, ada satu buku yang saya baca bertahun2 tapi tak paham-paham. Usahkan nak paham, dah baca banyak2 kali pun tak boleh nak ingat sepatah haram. Kalau belum translate, memang jadah tak faham langsung, dah translate pun tak reti2 nak faham jugak… Apa lagi nak praktik apa yang tertulis di dalamnya. Sedihnya aku.

quran

Di manakah kedudukan buku ni dalam hidup kita?

So, how about you? Do you have something you crazy about? Wah, speaking London pulak.

*image:hasil.Google.TQ.

admin Avatar

19 responses to “Tempat Yang Bisa Buatku Gila”

  1. Fara Avatar

    Wow! Saya cemburu sbb Lyna punya rak buku yg hampir nak runtuh (metafora yg diberikan oleh suami Lyna). Hahahah! Sy sentiasa mengimpikan koleksi buku yg byk mcm Lyna!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Boleh jd rak buku tersebut adalah cap ayam dan mempunyai kapasiti utk menampung 24 biji buku sahaja.

  2. Deeja Avatar

    same lah kite. sangat suka MPH & KINO sebab banyak pilihan. MPH paling best kat midvalley. Wahhhhh heavenn!!

    Tapi sejak dpt kerje menjual buku, dah jarang ke kedai buku. Ahaks. Sebok usha publisher pulak. Lagipun, kerteh hanya ada Popular.. Sobs

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      akak suka semua!!! hahaha.

      tapi rindu kat Times. lama tak pegi.

  3. yoursupermom Avatar

    kalau masuk kedai buku mesti berpecah dengan hubby sebab interest yang berbeza, tapi hobi yang sama.

    teringat masa makan2 di rumah along. tengah susukan si danny, baca english mag pasal financial. fuhh! 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah, sapa yg susukan? sapa yg baca? hehehe

      kitorang kalo keluar satu family alamatnya mak ini kena duk kat kids’ section saje..

  4. kinna Avatar

    ingat lg, kecik2 dulu abah slalu bwk blk buku dbp (buku ceritalah lagi tu one of my febret!)..ms sekolah rendah lg abah langgan dewan pelajar..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yeahh dewan pelajar, bujal, bambino, kuntum, bintang kecil.. ape lagi hehehe

  5. Siti M Avatar

    i’m also crazy about books! masa cuti pantang baru-baru ni pulun baca satu buku sehari.. sekarang dah tak sempat 🙁 kalau dapat habiskan sebiji seminggu tu pun dah kira ok..

    minggu lepas baru beli superfreakonomics. hubby baca dulu, tapi saya hijack masa dia tak baca. skrg dia dah sorok! oh cepatlah habiskan…

    but it’s true what you said about THE book. saya pun terfikir juga. berapa kali punya ‘baca’, apa yg aku dah dapat? dah hadam?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wahh sebiji buku sehari! bestnyaaa!!!!

  6. kasturi Avatar
    kasturi

    I love books too,esp about parenting and children.

    And right now I am taking tafseer class (online class) which teaches the whole Quran. MasyaAllah, indeed Quran is the best book in this universe.

    Having to know the Quran is more satisfying than reading other human-made-books.

    Anyway, I am your secret reader.You have such an awesome blog.Keep up the good work!

  7. ummu_abdullah Avatar

    yup, buku memang menjadi kegilaan. buku yang terakhir tu, perlu persoal pada diri balik…. adus… memang terkena…

  8. lissa Avatar

    dah pegi Book Xcess kat amcorp mall?? ayoo situ lagi la, gila-pecah-kepala.

    kami satu family, tak tentu arah bila sampai sana!

    sebab harga murah meriah!

  9. maz Avatar

    minat ni baru nak tumbuh subur dalam diri saya sejak awal tahun 2011..huhuh betapa banyaknya ilmu yang kita peroleh dengan banyak membaca..semakin banyak kita membaca semakin banyak lagi buku yang nak dibeli..

  10. zuraini Avatar
    zuraini

    saya pun allergic ngan bookshop,…cuba sedaya upaya menjauhi kedai buku sbnya tangan rasa gatal teramat utk membeli buku malsngnya saya ketiadaan masa utk membaca…for the first time saya berjaya utk tidak ke pesta buku last yr sbnya byk lagi buku2 yg blm berbaca…i wish i cud read more books…

  11. safinas Avatar
    safinas

    oh, kino. biar la xde duit kt tgn pun, asalkan ada kad kdt … akanku angkut buku byk2 walaupun buku dkt rumah x abis lg. kdg2 smpi cik abgnye jeling jek bile bc buku dkt rumah. siap perli kenapa buku agama x setekun mcm tuh bc. hmmmm … nape ye … main reason, buku agama kena ada adab utk simpan, pgg dan tmpt bc. buku citer/ novel bleh dibiarkan selerak x tentu hala. huahuahua … insyaAllah … lps nih buku agama plak.

  12. Purplemama Avatar

    Sama la.. tempat yg wajib pergi bila masuk shopping complex ialah kedai buku. Saya mmg ada budget utk beli buku setiap bulan. Saya suka buku, self-help, financial, motivation, crafts etc…

    minat kita sama, patutla sy Sukaaa sgt lawat web ni…;-)
    Thanks Mommy Lyna!

  13. hanum Avatar

    macam buku saya’ceritalah lagi’ ..
    abah belikan masa skolah..mana tah dah buku tu..sonotnya leh jumpa balik walau pun tgk gambar je hehe

  14. nadhila Avatar

    bestnye….teringin nak ada sebuah!

    jemput visit my blog ok… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge