Susu Ibu – Susu Banyak vs. Susu Sikit

admin Avatar

Bila sebut tentang susu ibu, bagi ibu bekerja yang menyusukan anak, memang rasa sangat bagus bila dapat mengepam susu banyak2.. mungkin sampai 50 oz sehari. Dalam pada tu, ada pula ibu yang berasa sedih kerana susunya sedikit, tak dapat sampai 50 oz. Mungkin 5 oz saja.

susu ibu

Sebetulnya tak perlu ada isu pun dalam hal ini.. Susu banyak atau sikit adalah subjektif, terpulang kepada keperluan bayi yang minum susu.

Antara sebab kenapa susu yang diperah tak perlu dijadikan isu:

  • Setiap bayi mempunyai keperluan yang berbeza. Ada bayi yang minum banyak, ada minum sikit. Ibu yang bayinya minum banyak perlu mengepam jumlah susu yang sesuai untuk keperluan bayinya yang banyak itu.
  • Setiap ibu punya komitmen yang berbeza, ada ibu yang punya waktu kerja yang tak tetap. Kadang2 tak sempat nak pam, jadi dia perlukan lebih stok.
  • Mungkin ibu tersebut mempunyai pekerjaan yang memaksanya berjauhan dengan bayi beberapa ketika (outstation), atau bekerja shift.
  • Kadang2 ibu yang perah dapat banyak tu, memerah dengan lebih kerap daripada ibu yang tak dapat banyak susu perahan.
  • Praktik penyusuan yang berbeza.

Membandingkan kuantiti susu dengan ibu lain tidak lain tak bukan hanya mendatangkan kekecewaan. Apa yang penting:

  • Ibu mematuhi praktik penyusuan yang betul – stimulasi!
  • Ibu mengosongkan payudara dengan kerap.
  • Ibu mengambil diet harian dan nutrisi yang mencukupi, serta cukup rehat.
  • Susu yang diperah mencukupi untuk keperluan bayi.

Tak perlu ada susu beku berpeti-peti sampai ada yang expired untuk menyusu sampai anak 2 tahun… Tak perlu cukupkan bekalan susu beku sampai umur dia 2 tahun pun.. dah kita pam hari2, everyday ada stok baru kan.

Yang penting jangan malas2 mengepam ya…

admin Avatar

2 responses to “Susu Ibu – Susu Banyak vs. Susu Sikit”

  1. Rai Avatar

    kat opis member selalu kata..untung la badan kurus tapi susu banyak..dia baru masuk keja dah takde susu..mana nak ada susu..pam pun tidak.. haih…

  2. lissa Avatar

    uf, terasa i bila cakap pasal buang susu expired. T___________T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge