Apakah tempat-tempat menarik di Malaysia yang bisa membuat saya gila?
And this one, harus jauhkan diri darinya. Atau…
…. bersedia untuk mengosongkan poket.
Begitu juga dengan laman berhantu ini
Kalau Jumaat macam ni.. Saya sangatlah looking forward untuk habiskan masa dan duit di Kinokuniya. Sampai my husband selalu tegur “Dah nak runtuh rak buku kat rumah kita ni (tak termasuk yang kat rumah MIL dan rumah ibu saya di kampung)”.
Sejak kecil saya sangat suka membaca. Saya baca apa saja, termasuklah kertas suratkhabar pembalut pisang goreng, papan tanda, nombor kenderaan, hadlaju lori, tulisan di baju dan sebagainya. Saya sangat suka ke pesta buku, dan selalu paksa mak saya belikan buku.
Ini adalah buku kegemaran saya… saya tak pinjamkan kepada sesiapa (kawan2 suka betul pinjam buku saya tapi tak hantar semula hehehe). Namun kantoi juga, akhirnya memang jangan harap dapat balik. Saya beli lagi sekali. Tapi masih juga ia menghilangkan diri, LOL.
Mak saya suka belikan buku kompilasi cerita2 rakyat, seperti koleksi ini, dan macam2 lagi.
Tapi bila meningkat remaja, minat membaca makin pudar. Mungkin sebab sibuk belajar? LOL. Kelakar. Atau mungkin saya tak begitu minat dengan novel2 remaja. Dulu ada baca novel2 Ahadiat Akashah. Cuba juga baca novel2 Inggeris seperti SVU (Sweet Valley University), SVH (Sweet Valley High).. tapi tak kena dengan jiwa 😀 Mungkin saya lebih suka buku-buku berbentuk memoir dan non-fiction. Oh, saya sebenarnya suka baca komik! LOL. Tapi tak pernah beli sebab cilok kawan2 dan adik2 punya je 😀
Lawak Kampus ni terapi otak
baca Dik Cerdas pasti jadi cerdas sekali!
Sekarang ni, kawan2 selalu tanya.. bila masa saya membaca? Iyelah, anak tiga… kerja.. bisnes… Oh, where there’s a will there’s a way. Kita akan sentiasa ada masa untuk benda yang kita suka. Tak gitu? Macam saya, tak suka kerja2 tangan.. macam jahit2, kait2… baking pun bukan passion saya. So saya takde masa nak buat benda2 tu. It’s just that simple 🙂
Jadi curi masa membaca sambil mengepam, sambil tunggu turn di kaunter, sambil tunggu husband, sambil lepak2 dengan anak2. Kalau kat rumah kami ni, buku ada di mana2.. atas meja, bawah meja, dalam kotak, tepi dinding… Bila husband bising, saya kata “Alah takpelah, senang nak baca anytime”. Hehe.
Walau bagaimanapun, saya suka dengan hobi saya.. membaca dan menghabiskan duit beli buku. Ia sangat berbaloi, walaupun kadang2 cuma sempat skim dan scan saja. Yang penting dapat isinya.
Tapi kadang2 saya rasa saya ni bukan ulat buku (read: suka baca buku) tapi gila buku (read : suka beli dan tengok buku). Kalau keluar jalan2 saya mesti nak lalu depan kedai buku. Rasa nyamaaaan saja.
Namun begitu, saya takde specific author yang saya suka. Mana2 saja asalkan simple English 😀 dan paling tak boleh masuk ialah buku yang diterjemah. Sebab otak saya akan translate balik ke Bahasa Inggeris, menjadikan beban berganda pula.
Oh ya, sekarang ni ada evolusi sikit. Sejak memiliki iPad, saya dapatkan buku digital pula. Lebih mudah dibawa ke mana-mana. Jimat ruang dan mesra alam!
Walau bagaimanapun, ada satu buku yang saya baca bertahun2 tapi tak paham-paham. Usahkan nak paham, dah baca banyak2 kali pun tak boleh nak ingat sepatah haram. Kalau belum translate, memang jadah tak faham langsung, dah translate pun tak reti2 nak faham jugak… Apa lagi nak praktik apa yang tertulis di dalamnya. Sedihnya aku.
Di manakah kedudukan buku ni dalam hidup kita?
So, how about you? Do you have something you crazy about? Wah, speaking London pulak.
*image:hasil.Google.TQ.
Leave a Reply