Ada yang tengah plan nak ke Sydney ke?
Sydney adalah bandar yang terbesar di Australia.. tapi jangan keliru ye, Sydney bukan ibu negara. Ibu negara Australia adalah Canberra.
Sydney adalah bandar yang mahal. Makan mahal, hotel mahal, serba serbi mahal. Tapi jangan risau, dalam mahal-mahal pun kita still boleh enjoy. Coz banyak benda yang FREE je kat Sydney ni!
Opera House
Pegi Sydney kalau tak bergambar kat Opera House memang tak sah la kan. Toksah cerita pasal masuk dalam tu… kat luar Opera House ada banyak kafe dan bangku untuk duduk dan menikmati pemandangan. Anak-anak yang berlarian pun boleh.
Kalau nak naik tren atau bas ke sini boleh turun di stesen Circular Quay.
Harbour Bridge
Tak jauh dari Opera House adalah Harbour Bridge. Kalau nak jalan kaki, ada dalam 2km. Dari jambatan ni boleh tengok pemandangan harbour. Kalau nak tour jambatan ni kena bayar… tapi boleh je jalan-jalan sendiri.
Royal Botanic Garden
Saya suka garden di Australia, banyak bunga. Royal Botanic Garden ni kedudukannya dalam 20-30 minit jalan kaki dari Opera House.
Dalam garden ni ada satu kerusi batu yang bernama Mrs Macquarie’s Chair, yang diukir untuk Puan Macquarie ni satu ketika dulu. Beliau suka duduk di kerusi ni melihat panorama pelabuhan dengan kapal-kapal keluar-masuk.
The Rocks
Berseberang dengan Opera House adalah satu kawasan yang dibangunkan semasa zaman koloni di penghujung tahun 1700-an. Jadi kat sini memang banyak bangunan lama-lama, kebanyakan dah direpair. Banyak bangunan asal yang dah terbakar dan musnah dalam perang dan macam2 kejadian.
Sini ada banyak kesan tinggalan sejarah awal Sydney seperti Tank Stream – bekalan air bersih pertama di Sydney.
Area ni agak happening dengan kedai-kedai dan pub…
Darling Harbour
Darling Harbour letaknya di Cockle Bay, kira-kira 3km dari Sydney Cove yang menempatkan Opera House. Kalau nak naik tren ke sini boleh turun di Townhall Station.
Macam-macam boleh buat kat sini… restoran berlambak dan ada restoran Malaysia, More More Cha. Kalau-kalau nak merasa teh tarik, kuetiow goreng ke… dia ada pakej yang murah kalau tak silap (tapi.. kat Sydney ni murah-murah pun ehemmmm…).
Fish Market
Pasar ikan mat saleh ni bukan macam pasar Selayang. Diorang punya fish market ada tempat makan, boleh pilih makanan laut segar.. Kitorang paling suka makan oyster kat sini. Fresh & rangup. Sedap sangat!
Kalau taknak makan pun boleh jalan-jalan di sekitar sini tengok orang, tengok burung… burung2 camar dengan pelican banyak sangat kat sini.
Paddy’s Market
Kalau nak cari souvenir murah-murah, meh la ke Paddy’s Market ni. Dalam 1km dari Darling Harbour. Buah-buah fresh pun ada banyak kat sini.
Semua tempat di atas tu boleh je nak jalan kaki dari satu ke satu tempat. Tapi kalo bawak stroller anak… ada tempat-tempat nak kena melintas, naik jejantas… kalau kitorang nak jalan-jalan ni memang tak recommend stroller, guna baby carrier lagi senang dan fleksibel.
Dan satu lagi ni tempat yang paling best di Sydney (bagi kitorang lah)…
The Blue Mountains
Blue Mountains is the home of three sisters… 3 ketul batu besar yang macam gambar di atas. Kalau yang suka hiking, hutan dia sangat stunning! Ia terletak kira-kira 90km dari pusat bandar Sydney. Boleh drive atau naik bas ke sana.
Enjoy Sydney yaaa!
Leave a Reply