Tempat dan Aktiviti Menarik di Bratislava

By | April 21, 2017

Bratislava ialah ibu negara Slovakia. Ia sebuah negara yang terletak di tengah2 antara Czech Republic, Austria, Hungary, Ukraine dan Poland. Slovakia sebelum ini bergabung dengan Czech Republic sebagai Czechoslovakia. Pada tahun, negara ini berpisah membentuk negara sendiri, Czech Republic dan Slovak Republic atau lebih dikenali sebagai Slovakia.

SLOVAKIA

Kami ke Bratislava dari Budapest (Hungary) dengan memandu kereta. Untuk masuk ke Slovakia, kita mesti membeli e-vignette. E-vignette ni permit untuk membawa masuk kereta luar ke Slovakia (kami sewa kereta dari Austria).

Bratislava ni bandar yang kecil saja. Sehari pun boleh dihabiskan dengan berjalan kaki. Jadi sesuai kalau nak buat daytrip dari Vienna atau Budapest. Tak jauh pun cuma satu jam dari Vienna dan 2 jam dari Budapest.

Kalau nak terus dari Malaysia ke Bratislava, memang tak ada lah direct flight. Sebaiknya negara-negara Eropah ni kita jangan buat trip satu negara je. Lebih jimat dan untung bila tapau banyak2 negara dalam satu trip. Boleh buat trip Central Europe, flight dari KL ke Vienna, dan mulakan perjalanan dari Vienna ke seluruh Central Europe. Atau sekurang-kurangnya cover Austria, Hungary, Slovakia dan Czech Republic. Negara-negara ni berdekatan dan kesemuanya adalah Schengen.

Di Bratislava ni sama maca kota2 Eropah lain, ada free walking tour. Tapi nak jalan sendiri pun lebih mudah dan senang lebih2 lagi dengan budak2.

So, ke mana yang kita wajib pergi di Bratislava?

1. Bratislava Castle (Hrad)

Castle macam dah jadi tempat wajib visit kalau di Eropah kan. Istana ni dulu tempat duduknya pemerintah sini (eh mestilah, takkan balai polis pulak). Sekarang ia menempatkan Slovak National Museum. Istana ni terletak di atas bukit dan kita boleh panjat menaranya untuk lihat pemandangan Bratislava yang cantik lagi indah.

bratislava castle

2. National Theater

Kalau korang suka dengan opera, balet, teater… boleh lah try experience show kat sini. Mungkin tak faham la bahasa yang diorang guna, tapi why not kan? Tiket pun tak mahal sangat. Tapi kalau tak suka benda2 macam tu, boleh datang ambil gambar. Lagipun ia terletak di area Hviezdoslavovo Namesti, dataran yang paling famous di Bratislava.

NATIONAL THEATRE

3. Old Town Hall

Dulu tempat ni adalah bangunan pentadbiran kerajaan bandar Bratislava sejak 1868. Sekarang dijadikan muzium yang tertua di Bratislava, Bratislava City Museum. Kat sini kita boleh panjang menara dia untuk tengok view old town.

BRATISLAVA

4. Primate’s Palace

Ia adalah sebuah istana neoclassical yang tercantik di Slovakia. Dibina pada abad ke-18 di mana Peace of Pressburg telah ditandatangani selepas kemenangan Napoleon dalam Pertempuran Austerlitz antara wakil Perancis dan Maharaja Austria. Dalam istana ini ada koleksi 6 permaidani Inggeris yang unik dari abad ke-17.

bratislava primate palace

5. Micheal’s Gate

Satu-satunya pintu pagar dari sistem pembentengan bandar ini yang digunakan sejak abad ke-14. Di gate ini juga ada muzium senjata yang boleh kita masuk dan tengok.

MICHEALS GATE

6. Grassalkovich Palace

Sekarang ni ia adalah istana Presiden Slovak Republic. Sebelum ni ia terkenal sebagai istana musim panas Rococo untuk golongan elit-elit dan have-have bersosial.

bratislava-grassalkolvich

7. Statues

Dalam old town Bratislava ni banyak statue2 (patung) unik yang jadi tarikan paling menarik kat sini. Antara yang terkenal ialah Cumil yang mengintai keluar dari manhole, dan macam2 lagi. Jangan lupa intai2 tepi2 bangunan untuk tengok statue2 ni.

bratislava-1348992_1280

8. UFO

Kalau dari highway sebelum masuk ke Bratislava, kita akan nampak satu bangunan unik macam UFO sebelum naik jambatan. UFO ni famous attraction orang tengok sunset & boleh tengok pemandangan up to 100km.

UFO BRATISLAVA

9. EUROVEA Shopping Centre

Kalau dah boring jalan2 Old Town, boleh lah masuk shopping mall pulak. Tak ada lah menarik sangat, sama je macam mall kat mana2. Atau mungkin saya yang tak reti appreciate hehe.

eurovea

Kalau nak keluar sikit dari town, actually tak jauh sangat pun dalam 12 km, boleh visit Devin Castle. Boleh drive kalau sewa kereta, atau naik bas. Kalau naik bas tu bagitau siap2 kat driver nak turun mana, takut sesat! Istana ni adalah istana lama, dah tinggal runtuhan pun. Ia adalah istana kerajaan Moravia yang wujud pada abad ke-9. Kalau suka sejarah, memang best la datang sini sambil imagine betapa hebatnya kerajaan Moravia masa tu. Kita ken panjat2 sikit untuk sampai ke istana ni, standardlah.. istana mesti nak atas bukit.

Makan-makan kat sini? Senang dan murah! Banyak restoran Turki (halal) dan restoran vegetarian & seafood pun berlambak. Orang2 Slovak memang peramah & diorang boleh recommend untuk makanan yang Muslim friendly.

Kalau nak pi Bratislava ni korang boleh dapatkan Bratislava City Card, nanti boleh dapat free public transport, free tours, diskaun & macam2 lagi. Klik website ni OK www.visitbratislava.com.

Category: 2016 - Slovakia Travel with Super Kids Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

10 thoughts on “Tempat dan Aktiviti Menarik di Bratislava

  1. Izzah Atirag

    Assalamualaikum sis.Saya teruja tgok crita travelling sis.MasyaAllah smoga sya dpt jugak keliling dunia mcm sis.Klau boleh sya nak instagram sis utk dfollow 😊…

    Reply
  2. Wan Syahida

    Murahnya rezeki untuk berpeluang travel ke tempat2 menarik camni. MasyaALlah it’s great to see other ppl’s places.

    Reply
  3. Ira

    Seronok dpat berkongsi pengalaman di tempat orang.. kata org jauh berjalan luas pmandangan .. menarik tgok statue tu hihi ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge