Tawaran Untuk Jadi Jutawan Segera!

admin Avatar

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah kewangan, anda boleh hubungi Puan di bawah yang terdesak nak kasik sesiapa 2 juta pound sterling.

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Reply to: mrs.shahsillabinti@live.com.my

Hehehe, sungguh tak ada kerja. Ada ke sesiapa yang pernah terkena?

Ya, memang ada…. dalam akhbar tempoh hari ada berita tentang beberapa individu yang tertipu dengan email sebegini… begitu juga dengan SMS scam yang konon Shell lah, Petronas lah, bagi tawaran ribu2 juta2… Mungkin mereka terlalu terdesak agaknya, hinggakan apa juga tawaran DUIT, diterima tanpa fikir-fikir. Iyalah, kalau dah terdesak apa boleh buat… orang sanggup pinjam dengan Along walaupun dah tahu risikonya macamana (Naudzubillah… saya taknak jadi mangsa Along, jadi Along je sudah le :D)

Saya harap kita semua cukup bijak untuk menilai… mana ada benda senang dalam dunia ni? Nak kencing pun kena bayar tau.

Selamat menjana pendapatan yang halal!

admin Avatar

12 responses to “Tawaran Untuk Jadi Jutawan Segera!”

  1. SAHROM Avatar

    hahahahaha…gelaknya..pemurah kan dia, mommy

  2. Fara Avatar

    ye, saya turut mendoakan agar kite cerdik dlm menilai sesuatu….bukan semberono dan mudah hilang punca bile tgk nilai duit…

  3. fid Avatar

    pernah dan pernah tempek kat blog juga hahahaa

  4. ida.z Avatar

    oh..saya pun pernah dpt email ni…yg menang dr Google lah. Microsoft lah..ish..penipu itu semua..

  5. nora Avatar

    Saya pun pernah kena… ada cerita kat sini … Roda Hidupku …: dapat durian runtuh…
    Tapi nama dia Puan Rohayate Bte Mohamed. Hmmmm… nampak sangat penipu… tapi mesti ada gak yang terkena kannnn…

  6. dinsblog Avatar

    a’ah..lepas tu dia kata sebelum nak dapat kan duit tu kena masukkan dulu certain amaun dlm akaun dia…lepas tu lesap.. 🙂

  7. knv Avatar
    knv

    hehehehe.. i would always reply the email:

    “stop this f***ing scam, you retard!”

    pastu terus senyapppp.. 😀

  8. Siti Harisun Avatar

    Selalu sgt dpt. Menyampah kot!!! huhuhu

  9. keluargaku Syurgaku Avatar

    pernah terima email ini tp nama mat salleh…..buat ignore je…

  10. kinna Avatar

    selalu dpt..byk masuk spam..ada yg dr maybank pon ade..konon2 nak update akaun walhal saya tak de m2u!

    ada nama nor hayati la..nak jual pearl terbaik didunia..agak2 siapa mereka ni ek?

  11. ita Avatar

    memang dapat pun email dari “Puan Shahsilla Binti Sarippudin” heran hehehehee.. dia dilahirkan kedunia tanpa adik beradik atau sedara mara.??? ish ish ish… nak tipu pun agak2 la… heheheehe..

  12. faiza Avatar
    faiza

    sape ade dapat emel dari fauziah binti mohamed ?? byk la yg tipu.. die ingat kita nak sgt duit x halal diorg tu >> takut gak duit lottery..berkat la plak>> malaysia ni kita tau la sape yg kaya 2>> agak la pompuan yg kaya tu anak pm ke? klu bukan jgn nak layan sgt la.. ckp je da report polis atau kita buat offer kat die. >. kita minta duit utk beri kepercayaan kita kat die.. confirm die x kan balas sbb die x de duit sebenarnya. setakat tulis juta 2> cer tgok akaun bank la klu betul>> ntah 2 ade rm 200 je.>>haha. klu ade yg da terkena >> baca lah doa ni>.http://doaharian.blogspot.com/2007/03/doa-supaya-dapat-membayar-hutang.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge