Aduh, tapak kaki dah tertanggal ni Abiy lupa pulak nak beli gam.
Bahagian depan
Bahagian belakang
Kalau nak tunggu Uncle Anton yang repair ni amik masa sikit, so repair sendiri OK kot, just letak gam je. Gam gajah gamak OK kot.
Sedar tak sedar dah 9 bulan Fahry pakai kaki palsu ni. Dah lusuh dah.
Tubi grip dah berbulu-bulu
Siap kembang cam kipas lagi ni.
Kusyen ni pun dah sompek (ni sebab Fahry yang gigit)
Bendalah ni pun dah berkarat (nama je engineer tapi apa benda ni pun makcik tak pasti namanya)
Keadaan kaki palsu yang sudah lusuh ditelan zaman.
Macam ni lah namanya kalau benda buatan manusia. Itu hari batang kaki tu patah, Anton ganti baru, letak 2 lapis. Ini tapak tanggal pulak.
Bukti betapa tegarnya Fahry menggunakan kaki palsunya LOL.
Orang amik gambar dinding, dia pun nak jugak. Tak sedar skill memang takde langsung.
Dinding ini dibina pada hari Jumaat
Berjalan menyusur dinding
Masih menaruh harapan untuk berjalan sendiri dan berlari
Alhamdulillah, Fahry dah boleh berjalan sikit2. Berdiri independently… cuma nak langkah jauh2 dia macam tak confident. Ye la, nak cepattt aje, badan pun tak sempat balance.
Fahry dah saling tak tumpah dengan budak2 lain je kalau pakai seluar panjang. Cuma kalau masuk dalam babychair, nak keluar tu harus kaki tersangkutlalu tercabut 😀
Horror tak kalau tiba2 nampak situais camtu? 😛
Leave a Reply