Sebenarnya dah lama saya dapat soalan ni, tentang plan terbaik untuk tabung pendidikan anak-anak.
Saya adalah antara orang yang concern tentang tabungan untuk pendidikan anak-anak ni, tanpa meletakkan “Scholarship” sebagai salah satu faktor, kerana beberapa sebab:
1) Competition untuk mendapatkan scholarship yang semakin sengit.
2) Menyebabkan anak-anak terikat dengan scholarship
3) Masihkah ada scholarship?
Jadi, bagi memastikan masa depan anak-anak tidak terjejas disebabkan faktor di atas, persediaan awal adalah penting supaya nanti tidak ada anak yang terpaksa “tak belajar” sebab tak ada duit (naudzubillah).
Ada banyak cara untuk menabung bagi masa depan anak-anak. Selain tabungan biasa, untuk jangkamasa panjang sebegini (biasanya masuk universiti/kolej yang perlukan duit banyak-banyak), mencari medium yang sesuai adalah penting. Kenapa?
1) Tempat yang mana wang simpanan tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya.
2) Tempat yang mana keselamatannya terjamin
3) Tempat yang melindungi simpanan dari kemerosotan nilai akibat inflasi
4) Tempat yang memberi sekurang-kurangnya nilai asal simpanan tanpa sebarang susut nilai
5) Tempat yang benar-benar boleh dipercayai untuk menampung objektif tersebut
Sekarang ni kita boleh bahagikan medium2 ni kepada 4:
1- simpanan biasa
2- mutual fund/unit trust
3- insurans takaful
4- lain2
1. Simpanan Biasa
Menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Bagi saya ini yang paling tidak advisable. Bukan sahaja ia tak cover inflasi, tapi juga senang nak dikeluarkan, lagi2 kalau ada kad ATM. Tak jadi tabung pendidikan pulak, kang jadi tabung shopping 😀
2. Mutual Fund
Secara amnya ia cover inflasi. Kita boleh simpan kat sini secara disiplin kerana boleh buat standing instruction. Return bergantung kepada jenis fund yang diambil. FUnd yang jenis ‘aggresive’ memberi pulangan yang lebih tinggi.
3. Insurans Takaful
Return tidaklah setinggi mutual fund namun terdapat perlindungan terhadap simpanan tersebut, yang mana ia menjadikan tabungan anak kita sentiasa dipenuhi walaupun kita dah tak mampu nak menyimpan lagi (sebab sakit dan sebagainya).
4. Lain-lain
Lain-lain cara seperti stock market, property dan sebagainya. Memerlukan lebih banyak skill dan ilmu untuk memastikan benar-benar untung untuk jangkamasa yang lama.
Yang biasa disebut orang ialah No (2) dan No (3).
Sebenarnya, apa saja tabungan untuk pendidikan anak-anak adalah bergantung kepada sejauh mana objektif, keperluan kewangan dan sebagainya. Bak kata mat saleh, don’t put all your eggs in one basket. So, kalau ada duit lebih sikit, boleh diversify ke semua jenis medium.
Kalau duit cuma cukup-cukup untuk ‘satu bakul’ saja, pastika bakul yang dipilih itu adalah yang paling berbaloi.
Antara bakul 2 (unit trust) dengan bakul 3 (insurans takaful), yang mana lebih bagus?
Sebenarnya kedua-duanya work in different ways. Untuk simpanan dan tabungan, unit trust is the best. Return boleh tahan, paling cikai pun ASB dalam 9% setahun, kalau yang aggresive bole dapat up to 25% setahun. TAPI, is harus wajib rajin menabung secara religously, sebab ia adalah compounded return. Kalau kata at one time kita dah tak menabung, ia cuma akan compounding dari last balance yang kita ada dalam fund tu je la.
Kalau insurans takaful, dia punya saving memang takde sebanyak mana. 5%… 6%… macam tu je. Tapi ia protective. Kalau jadi apa2 pada kita, tabungan anak akan tetap safe.
So untuk saving = unit trust, untuk protection = insurans takaful.
Benda ini sebenarnya personal dan subjektif. Sejauh mana keperluan tabungan seseorang juga subjektif. Kita tak boleh paksa seorang yang berpendapatan 500 sebulan simpan RM100 setiap bulan, tapi kita boleh didik diri untuk “menyimpan”, no matter how much the money is.
Begitu juga dengan keperluan tabungan untuk no 1, 2, 3 mahupun 4. Kena kembali kepada individual. Orang kata ukur baju di badan sendiri kan.
Macamana (untuk yang tak berapa mahir finance)? Ok tak?
Untuk lebih lanjut tentang perkara ni boleh contact saya personally di mommy[@]fahry.net.
Leave a Reply