Saya ada terbaca dilema seorang ibu yang trauma untuk berazam menyusukan anaknya lagi, setelah tidak berjaya menyusukan anak-anak sebelum ni, kerana susu tak ada selepas bersalin, hanya ada 3-4 hari kemudiannya.
Sebagai ibu yang baru bersalin, lebih2 lagi bila anak pertama, semangat yang berkobar2 dan menyusukan anak, tapi bila susu tak ada lepas baby keluar, memang satu benda yang sangat pedih dan memberi tekanan yang hebat. Hal ini dilalui oleh teman2 baik saya sendiri.
Walaupun sudah banyak membaca dan menuntut ilmu, namun bila tiba masanya, kadang emosi mengatasi segala-galanya. Bayangkanlah, seorang ibu yang masih dalam situasi penyesuaian diri, proses perkenalan dengan bayi yang selama ni berada dalam rahimnya, perubahan hormon, etc. menjadikan dia tidak stabil. Dan, si bayi pula asyik menangis, dan susu yang diharapkan dapat mengenyangkan sekaligus mendiamkan bayi, tidak keluar seperti yang disangka. Bukanlah salah si ibu muda ni, kerana keadaan dirinya yang tidak stabil menjadikan emosi lebih memandu dalam membuat keputusan. Di sinilah peranan para penyokong, terutama suami dan keluarga serta teman2 rapat sangat diperlukan.
Minda seorang ibu dengan cepat mengintepratasi tangisan anaknya sebagai kelaparan. Ada juga yang kata “Dia nangis mulutnya ternganga-nganga, macam lapar”. Kalau difikirkan balik, bayi nangis ada ke yang pandai tutup mulut? Hehe.
Bayi yang baru lahir, mengalami trauma sebagaimana ibunya hadapi. Dia pun mengalami kesakitan yang sama dialami ibunya semasa proses kelahiran. Tekanan yang sama sewaktu melalui jalan lahir. Kemudian pula, berada di duani baru yang sangat berlainan dari dunia kepompong rahimnya sebelum ni. Tidakkah dia berhak untuk berasa takut? Apakah lagi cara seorang bayi meluahkan perasaannya kalau bukan dengan tangisan?
Analoginya macam ni, hari pertama meninggalkan anak di taska atau pengasuh, kebanyakan ibu akan mengalami benda di mana anak menangis2 dan kadang2 ibu pun menangis sama. Adakah kita kena stop hantar anak ke taska lalu berhenti kerja sebab dia menangis? Tidak, kan? Mungkin dalam hati kita berkata “Biasalah awal2 ni. Lama2 OK lah, nanti dah biasa mesti dia tak nangis lagi”. Ye lah, dengan suasana baru, orang2 yang tak pernah tengok sebelum ni…
Jadi, tidakkah wajar baby yang baru lahir berperasaan hendak menangis?
Berikanlah masa, kepada bayi dan diri ibu sendiri. Bayi baru lahir lebih memerlukan belaian, pelukan, kasih sayang ibunya daripada sebotol penuh 5oz susu formula. Perut bayi hanya sebesar sudu teh saja, dan memang dah dijadikan secara semulajadi, kolostrum yang terhasil di awal kelahiran mencukupi untuk keperluan bayi sehinggalah susu yang sebenar terbentuk 3-4 hari kemudian.
Pada pendapat saya, bila keadaan ini timbul, ramai ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayinya yang baru lahir, akhirnya terpaksa mengalah kepada susu formula kerana:-
- Tidak dapat menahan tekanan emosi apabila bayi menangis.
- Tidak dapat menerima kenyataan bahawa susu tidak keluar mencurah2.
- Kurang ilmu tentang penyusuan di peringkat awal, kolostrum dan sebagainya.
- Tidak merangsang susu dengan menyusui bayi seberapa segera, sebaliknya menunggu breast ‘penuh’ untuk menyusu. Ini adalah konsep yang salah.
- Terlalu stress kerana merasakan susu tidak ada/tidak keluar.
- Tekanan dari keluarga.
- Tidak mendapat sokongan yang betul.
- Terlalu gopoh untuk berjaya menyusu dan tidak memberi ruang kepada sebarang ‘kegelinciran’.
- Tidak mengetahui konsep sebenar untuk merangsang susu, mungkin menunggu bidan datang buat urutan susu baru nak menyusu.
- Merasa ‘dah pandai’ tapi bila keadaan sebenar, tiba2 menjadi buntu dan tak tahu apa nak buat.
- etc.
Tapi, harus ingat, memang ada ibu yang benar2 tidak ada susu. Jadi, mahu tak mahu, susu formulalah solusi terbaik untuk mereka, dan lebih baik jika mereka dapat mencari ibu susuan (susah daaa nak cari zaman sekarang).
Kesimpulannya, adalah benda yang biasa jika susu hanya ada 3-4 hari selepas bersalin. Sama macam anak katak nak jadi katak, dia kena jadi berudu dulu. Kalau masa dia jadi berudu mak dia fikir “Kenapa aku anak jadi berudu tak jadi katak? Nampaknya aku dah gagal, baik aku bunuh dia sebelum dia jadi berudu besar” sampai bila2 pun dia takkan dapat zuriat.
Tenang-tenangkan hati dan tenangkan bayi anda dengan pelukan, belaian penenang dan terus menyusukannya walaupun rasa ‘susu tak ada’. Percayalah kolostrum tu ada dan keluar bila bayi menghisap. Jangan berhenti menyusukan bayi walaupun buah dada rasa kosong. Nanti bdia boleh dehidrasi dan kena jaundis.
*Susu saya juga terhasil selepas 4 hari. Syukurlah anak2 saya tidak ada yang pernah mati kebuluran. Tanya si Fahry tu berapa hari dia ‘diet’?
Leave a Reply