Susu Tak Ada Selepas Bersalin

admin Avatar

Saya ada terbaca dilema seorang ibu yang trauma untuk berazam menyusukan anaknya lagi, setelah tidak berjaya menyusukan anak-anak sebelum ni, kerana susu tak ada selepas bersalin, hanya ada 3-4 hari kemudiannya.

Sebagai ibu yang baru bersalin, lebih2 lagi bila anak pertama, semangat yang berkobar2 dan menyusukan anak, tapi bila susu tak ada lepas baby keluar, memang satu benda yang sangat pedih dan memberi tekanan yang hebat. Hal ini dilalui oleh teman2 baik saya sendiri.

Walaupun sudah banyak membaca dan menuntut ilmu, namun bila tiba masanya, kadang emosi mengatasi segala-galanya. Bayangkanlah, seorang ibu yang masih dalam situasi penyesuaian diri, proses perkenalan dengan bayi yang selama ni berada dalam rahimnya, perubahan hormon, etc. menjadikan dia tidak stabil. Dan, si bayi pula asyik menangis, dan susu yang diharapkan dapat mengenyangkan sekaligus mendiamkan bayi, tidak keluar seperti yang disangka. Bukanlah salah si ibu muda ni, kerana keadaan dirinya yang tidak stabil menjadikan emosi lebih memandu dalam membuat keputusan. Di sinilah peranan para penyokong, terutama suami dan keluarga serta teman2 rapat sangat diperlukan.

Minda seorang ibu dengan cepat mengintepratasi tangisan anaknya sebagai kelaparan. Ada juga yang kata “Dia nangis mulutnya ternganga-nganga, macam lapar”. Kalau difikirkan balik, bayi nangis ada ke yang pandai tutup mulut? Hehe.

Bayi yang baru lahir, mengalami trauma sebagaimana ibunya hadapi. Dia pun mengalami kesakitan yang sama dialami ibunya semasa proses kelahiran. Tekanan yang sama sewaktu melalui jalan lahir. Kemudian pula, berada di duani baru yang sangat berlainan dari dunia kepompong rahimnya sebelum ni. Tidakkah dia berhak untuk berasa takut? Apakah lagi cara seorang bayi meluahkan perasaannya kalau bukan dengan tangisan?

Analoginya macam ni, hari pertama meninggalkan anak di taska atau pengasuh, kebanyakan ibu akan mengalami benda di mana anak menangis2 dan kadang2 ibu pun menangis sama. Adakah kita kena stop hantar anak ke taska lalu berhenti kerja sebab dia menangis? Tidak, kan? Mungkin dalam hati kita berkata “Biasalah awal2 ni. Lama2 OK lah, nanti dah biasa mesti dia tak nangis lagi”. Ye lah, dengan suasana baru, orang2 yang tak pernah tengok sebelum ni…

Jadi, tidakkah wajar baby yang baru lahir berperasaan hendak menangis?

Berikanlah masa, kepada bayi dan diri ibu sendiri. Bayi baru lahir lebih memerlukan belaian, pelukan, kasih sayang ibunya daripada sebotol penuh 5oz susu formula. Perut bayi hanya sebesar sudu teh saja, dan memang dah dijadikan secara semulajadi, kolostrum yang terhasil di awal kelahiran mencukupi untuk keperluan bayi sehinggalah susu yang sebenar terbentuk 3-4 hari kemudian.

Pada pendapat saya, bila keadaan ini timbul, ramai ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayinya yang baru lahir, akhirnya terpaksa mengalah kepada susu formula kerana:-

  • Tidak dapat menahan tekanan emosi apabila bayi menangis.
  • Tidak dapat menerima kenyataan bahawa susu tidak keluar mencurah2.
  • Kurang ilmu tentang penyusuan di peringkat awal, kolostrum dan sebagainya.
  • Tidak merangsang susu dengan menyusui bayi seberapa segera, sebaliknya menunggu breast ‘penuh’ untuk menyusu. Ini adalah konsep yang salah.
  • Terlalu stress kerana merasakan susu tidak ada/tidak keluar.
  • Tekanan dari keluarga.
  • Tidak mendapat sokongan yang betul.
  • Terlalu gopoh untuk berjaya menyusu dan tidak memberi ruang kepada sebarang ‘kegelinciran’.
  • Tidak mengetahui konsep sebenar untuk merangsang susu, mungkin menunggu bidan datang buat urutan susu baru nak menyusu.
  • Merasa ‘dah pandai’ tapi bila keadaan sebenar, tiba2 menjadi buntu dan tak tahu apa nak buat.
  • etc.

Tapi, harus ingat, memang ada ibu yang benar2 tidak ada susu. Jadi, mahu tak mahu, susu formulalah solusi terbaik untuk mereka, dan lebih baik jika mereka dapat mencari ibu susuan (susah daaa nak cari zaman sekarang).

Kesimpulannya, adalah benda yang biasa jika susu hanya ada 3-4 hari selepas bersalin. Sama macam anak katak nak jadi katak, dia kena jadi berudu dulu. Kalau masa dia jadi berudu mak dia fikir “Kenapa aku anak jadi berudu tak jadi katak? Nampaknya aku dah gagal, baik aku bunuh dia sebelum dia jadi berudu besar” sampai bila2 pun dia takkan dapat zuriat.

Tenang-tenangkan hati dan tenangkan bayi anda dengan pelukan, belaian penenang dan terus menyusukannya walaupun rasa ‘susu tak ada’. Percayalah kolostrum tu ada dan keluar bila bayi menghisap. Jangan berhenti menyusukan bayi walaupun buah dada rasa kosong. Nanti bdia boleh dehidrasi dan kena jaundis.

*Susu saya juga terhasil selepas 4 hari. Syukurlah anak2 saya tidak ada yang pernah mati kebuluran. Tanya si Fahry tu berapa hari dia ‘diet’?

admin Avatar

21 responses to “Susu Tak Ada Selepas Bersalin”

  1. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Alamak! Terclose c0ment plak. Patotla tadak k0men hahaha.

    Now dah buka. Silakan memberi

  2. MamaLutfi Avatar

    Salam ziarah..rasa terpanggil utk membaca dan bagi komen pasal isu yg dipostkan tu..just sharing about my experience b4..
    saya dulu pun amik masa 3hari lepas bersalin baru btul2 kuar susu. Bimbang juga mulanya, sebab saya berbadan kurus aje, b****t pun kecik aje rasanya..takut2 ia mempengaruhi faktor pengeluaran banyak@sikit susu ni. Tapi atas nasihat dan galakan mak dan kakak saya, jangan putus menyusukan setiap 2-3 jam sekali even tak rasa pun susu tu kuar.Jangan dipaksa emosi biar relaks aje pesan mak saya..Rangsangan dari hisapan mulut baby juga mmg membantu hinggakan hari ketiga bila susu dah mula keluar saya terpaksa pam sebab baby minum dalam kuantiti tak banyak sekali hisap..tapi ‘output’nye makin menjadi2 sbb dia akan menyusu selang 2jam. kalu tak pam atau perah cara manual tu buat saya jadi xkeruan sebab dah bengkak susu dah..after pantang masuk bln puasa pun Alhamdulillah..susu tak penah kering,malahan sampai basah2 baju saya jika lambat memproses pengeluarannya.. Puasa boleh penuh,saya pun tak amik supplement utk tambah air susu..skdr minum lebih byk air masa sahur je. paling saya suka kesannya saya tak perlu amik pil perancang kehamilan sebab sepanjang penyusuan saya boleh lupakan ‘best fren’ yg selalu dtg tiap2 bln tu..until now still BF wpn tak full. (Kes terpaksa tggl anak masa umur setahun kerana kursus 2weeks..panggilan kursus xterduga tak sempat nk buat stok susu banyak2..akibatnya terpaksa campur dgn FM. a month after kursus baru la ‘best fren’ dtg menziarahi semula.) so..for momy2 yg baru nak memulakan BF ni,they should try but dont stress urself..physical size also not important..yg penting jgn terus give-up..betul kan Mommy Lyna?? (sorry jika komen terlalu pjg..)
    .-= MamaLutfi´s last blog ..Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel =-.

    1. LeeN Avatar

      great experiences! nice sharing! >_<
      .-= LeeN´s last blog ..kahwin dua… =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Tq mama_lutfi for sharing!

  3. nieda Avatar
    nieda

    salam,
    info yang sangat2 menarik…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam nieda

      harapnya bermanfaat lah 🙂

  4. mummy_jr Avatar
    mummy_jr

    saya kira saya tergolong dlm kategori.. mmg tak de susu ari pertama…
    syarat hosp pula, kalau nk kuar kena at least bagi skit susu kat baby… mula2 tension gak..rupa2nya bagi skit susu tu bukannya kasi baby hisap sungguh2…cukup setakat setitik dua kolostrum … rasa lega sgt.. sbb hanya smlm je kat hosp… 😀
    n alhamdulillah..midwife dh bagitau…hari ke 3 atau ke 4 baru susu keluar… so dari awal tak stress… n dia ckp..every 2-3 hours bagi je baby hisap.. utk dia dan kita belajar…
    alhamdulillah hari ke 3… susu keluar dgn lancarnya…

    so yg ptg… jgn stress2.. 😀

  5. LeeN Avatar

    my mistake masa baru deliver dulu is terlampau pressure. dengan macam-macam hal… btul tu lyna, the important thing is to take your time dan realize tanggungjawab kita kepada anak yang baru keluar itu, kerana dia perlukan ‘rasa selamat’ selain daripada ‘mulut bersumbat’ atau ‘perut yang penuh’… good job buddy.. clear points.
    .-= LeeN´s last blog ..kahwin dua… =-.

  6. akak su Avatar

    samala macam diriku ini…memang berazam sesangat nak BF anak2 tapi apakan daya..berbagai cara ku cuba…..hanya berjaya BF anak2 1 n 2 bulan saja lepas tu susu kering..walopun minum byk air..ambil supplement..cuba petua org tua2
    .-= akak su´s last blog ..KENA MAKAN BANYAK BUAH =-.

  7. kyra Avatar

    Hye…im a mummy to a 3 months beautiful baby girl.sebelum saya bersalin,saya mmg nak sngt2 susukan anak 2 tahun.tengiang2 rasanya LC masa antenatal class tu ckp,susu lembu utk anak lembu saja,anak ibu kena la minum susu ibu..wic is sooo true…segala homework on breastpump saya dh buat.excited nak jumpa baby.masa lepas bersalin nurse akan hantar baby every 3 hours utk saya susukan.unfortunately breast saya kering picit2 pun tade susu.so end up baby tu akan nanges,and saya akan bg balik kat nurse utk bg supplement.the day saya discharge,saya tanya nurse should i buy a formula milk since susu saya masih tade.saya bawak pump g hospital,just to help nak stimulate.nurse kata jgn,kalau beli nanti pakai.kat rumah,saya jd pressure sngt ngan tangisan baby.so end up bg dia susu formula yang dpt free gift dulu2.hari ke dua discharge saya panggil makcik urut,kot2 la salur susu tersumbat ke.hari ketiga susu keluar 2-3 titik.yeay!bg baby still nanges macam tak cukup.sigh.saya pump pun ada kuar skeetttt sngt.takat2 cover base bottle.so saya yang tak kuat semangat ni bg jugak la formula milk.akibatnye baby dah tanak breast saya.saya jd sedey.dalam pantang,pegi jumpa LC utk dptkan semangat.dia soh pump every 2 hrs.n so i did.for 2 months.still susu saya sekali pump both breast hanya dpt 1oz or 2 oz max.sedey.lepas jumpa LC,saya praktis relactation n baby nak direct bf.walaupun baby direct bf,tapi susu saya masih sket.1oz sekali pump.kadang2 less.malu jugak nak pump kat opis memandangkan org lain yang pump kat sebelah saya dpt satu botol penuh.tapi saya masih tak give up.walaupun sket dapat jugak saya bekalkan baby di nursery.even kena top up.org kata makan itu la ini la..dah macam2 saya try.masih susu tak banyak.kalau kat opis tak pump langsung pun saya masih tak bengkak susu.sampai nanges bila memikirkan gagal bf baby sepenuhnye.tapi saya anggap ini bukan rezeki baby.selagi ada walaupu sket,saya akan tetap bagi baby.:)

  8. afrinabatrisyia Avatar

    > mommy lyna, gud point that what are you sharing are most important to mommy’s kat luar sana..
    > my experience pulak, susu xkua ms 1st day after deliver, tp 2nd day dah kuar byk, m’curah2..kalo lmbt cket bg susu kat bby, mesti abis basah baju..
    > nk tau x, I penah jd “ibu susuan” kpd my niece..it’s becoz of her mommy xde susu lgsg lps bersalin..my-sis-in-law tu kene ceaser, so lps je operation tu, doc xbg gerak dlm ms 6jam..kalo mommy nya xbg gerak dlm ms 6jam, cmne nk susu kn baby, tul x? I tgk baby tu kesian sgt, lapo je, nganga2 mulutnya..N the solution is I BF that baby, (masa tu baby I umo 2bulan, so susu I tgh m’curah2)..N automatiknya I dah jd ibu susu..=) smpai la 5hari lps my-isis-in-law tu give birth baru la susu dia kuar..bygkan? kesian x kat bby tu kalo I x BF dia..tp, syukur alhmdulillah I dah kenyangkan dia dgn susu I..
    > N the best part is now myniece manja sangat dgn I..my doter pun jeles, hihihihi…=)
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Excited Dgn Gmbr Family Masa Hari Raya :: =-.

  9. farah Avatar
    farah

    lyna, good article to share. ayatmu sgt bagus. nak tmbh sket je, susu telah hadir sejurus selepas tali pusat dipotong selepas melahirkan.. cuma ianya hadir dalam bentuk kolostrum. Kolostrum juga adalah susu, yang merupakan 1st immunisation utk baby baru lahir. Walaupun susu matang belum keluar, susukan aje baby. Baby dapat makanan yang lebih berkualiti dari yang berkuantiti.
    good luck all mothers!

  10. mama emma® Avatar

    dah x ingat nak komen ape………..
    .-= mama emma®´s last blog ..– NEW UPDATES D DBL – =-.

  11. rina Avatar
    rina

    haa dah bukak pon komen box..
    susu matang saya pon hanya kuar 4 days after delivery..rabu petang bersalin, ahad baru ada susu..alhamdulillah berkat belajar dgn kak along n pembacaan lain, saya tak panic sepanjang 4 ari tu..n saya tak berenti bagi susu awal ibu aka kolostrum pd baby saya.
    baby mmg akan sentiasa nampak mcm lapar..pada saya, sua je la breast, sbb kita pon dlm awal pantang, bukan ada ape kerja rumah nak dibuat, setakat duduk je (saya la..tak tau la kalau org lain buat keja umah)..n as kak along said, perut baby sebesar sudu teh, logic la dia dok lapar je every 2 hours, perut kecik n makanan cepat hadam, cepat la dia lapar balik..
    byk org yg salah anggap bile ckp pasal susu, diorang akan ingat susu melimpah ruah dr breast right after delivery..sedih sgt bile org kata takde susu padahal kolostrum dia byk, but they dont think it is enuf sampai kena tambah formula utk kenyangkan baby..
    oh btw, dgn kuasa Allah (dan berkat menyusu badan)..alhamdulillah anak saya hanya kena demam lepas dia 10bulan, itu pon sbb nak keluar demam campak..sepanjang 10 bulan pertama, tak pernah demam even lepas injections atau pon khitan.

  12. Nadia Avatar

    orang yang sibuk suruh bg formula lebih kepada irritating dengan tngisan baby. ibu yang dah faham dan strong mentally boleh tahan dan akan terus menyusukan baby dan pujuk baby bl dia nangis. kalau strong mentally tapi tak faham akan give up.

    My advice, layan jek laa baby kite. sama2 menempuh pengalaman baru, anggap jek share segala kerisauan kita dan kekalutan kita dgn baby br yg turut baru dgn dunianya macam kita. itu jek teman yg kita ada dan paham perasaan kita bl duduk dgn org asing yg tak paham kita.

  13. ila Avatar

    seorang wanita yang tak penah melahirkan anak. Ambik anak angkat dan ingin menyusukan anak tersebut.. Adakah cara untuk keluarkan susu dan salahkah jika nak menyusu anak tersebut? Ada tyak kesan sampingan?

    1. siti serenity Avatar

      puan ila, saya tolong jawabkan, Mommy lyna, kalau salah betulkan ya…

      menyusukan anak angkat boleh, malah digalakkan sebab memudahkan urusan aurat sesama ahli keluarga. ada program khusus untuk “induce lactation”, boleh jumpa pakar di hospital atau berunding dengan pakar laktasi, mereka sedia membantu. ada alat dan ubat-ubatan untuk membantu proses penghasilan susu, tapi mesti sabar, ambil masa sikit. insyaAllah pasti berjaya.

      kesan sampingan? biasanya tak ada (ubatan untuk memulakan proses penyusuan mungkin ada side effect sikit, tapi sekejap saja- jangkamasa panjang menyusu badan ni, kurang risiko kanser buah dada, bonding dengan anak dan lain-lain kebaikan menyusu badan lah )… selain ada susu untuk menyusukan anak 🙂
      .-= siti serenity´s last blog ..Bumgenius 3.0 for sale!!! =-.

  14. wawa Avatar
    wawa

    sy dh try macam2 cara nak byk kan susu tapi x berhasil..ari ke 6 baru ade susu..kat hosp,nurse kasi pump utk pump tapi langsung x kuar pape hingga kan puting sy luka..nurse trpaksa kasi baby susu formula..lepas urut, susu byk tp kejap je..baju x penah basah..air pegaga,jntung pisang,bayam, sume sy mkn..kalu leh x nak cmput lgsung ngen susu formula..ade x ape2 petua @ cara nk tambah susu lg?..baby sy baru je 4 bln..

  15. nurul Avatar
    nurul

    Hati ni teringin sangat bagi baby sy BF..even tak dapat nak direct…tp susu semakin hari semakin kering sbb since lahir baby tak pena nak DF…sbb baby kua c-zer…so sy hanya mampu pam dan bg pakai botol…tpi lama kelamaan susu semakin takde even mcm² sy dah usaha…sedih sangat.. 🙁

  16. pn ct Avatar
    pn ct

    Sye skunk da msuk 15 ari b,pantang.. Breast belah kiri mseh x de susu p hal sye beri baby belah kiri je n kalo tak pon sye pum b kiri tp still x de susu tp b kanan plak yg byk susu.. Smpai b da x balance.. Ape nk bwt ni.. Stress nye.. B kanan sye x bg direct tp pum.. Help me

  17. Spora Avatar
    Spora

    Hi.. yeahh.. iritating or traumatized dgn tangisan baby. Sy fhm semuanya and sy pun rs nk bf bby. Kalau x dpt 2thun pon, at least exclusively 6 months. Tp malangnya sy berpantang di rumah in-laws yg sgt2 x bole dengar tangisan baby. Both akn dtg kt blk n tny kenapa. N both of them keep saying ‘susu xdak tu’. Ms ank 1st, diorang paksa hubby sy g beli fm and bottle tnpa pengetahuan sy. Tiba2 dtg suap ank sy terus. Utk 2nd bby, i warned my hubby siap2. Tp in laws still dgn attitude mcm tu even after 5years. Sgt tidak memotivasikan. Hubby support sy tp dia pon pressure dgn attitude mak ayah dia. Sy terkilan n geram sgt. X sgka ada org tua yg x menyokong bf. Igtkan org2 lama ni lebih suka bf. Bila dh sulam, fhm2 la. Tp i still bg bf kt bby wpon dia mcm kdg2 tolak sbb x selaju bottle kn. Entahlah.. malas fikir. Sy tumpang rumah org n diorang x bole dgr baby nangis. What to do. Rimas bila org dtg tny pasaipa n so on. Bkn nk tlg. X abis2 ckp, ‘malu jiran sebelah menyebelah dgr bby dok nangis. Mcm x pndai jaga ank’.. sy lari blk pntg kt umh sendiri. Sy hanya doakan yg baik2 utk ank2 sy. Moga Allah swt berikan kesihatan yg baik kpd ank2 sy. Untunglah ibu2 yg dpt menyusu dgn aman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge