,

Success is Not Final, Failure is Not Fatal

admin Avatar

Biasanya, kita mudah dan sering berpuas hati dengan kejayaan yang sudah kita capai. Walaupun tak sebesar mana. Saya pun pernah hadapinya juga. Berjaya (dalam skala masing-masing), gembira, bersyukur… That’s it.

Kejayaan dan meraikan kejayaan itu membuatkan kita complacent dan berpuas hati. Terawang-awang dalam kejayaan sendiri. Inilah yang dikatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’.

Success is not final. Bila kita dah nikmati kejayaan, itu bukanlah puncak yang kita harus berhenti.

Allah berfirman dalam surah al Insyirah:
“Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap” [94:7-8]

Kejayaan sebenar seorang Mukmin adalah apabila berjaya masuk ke dalam syurga. Justeru, kejayaan di dunia ni tak memberi jaminan apa-apa, melainkan terus berada di landasan ujian. Kejayaan di dunia bukan final, kerana ombak dunia terus menerus memukul, menjadikan kita terumbang-ambing. Kita tidak mungkin dapat lepaskan diri dari godaan dosa dan kelalaian yang sentiasa mengetuk.

Oleh itu kena selalu ingat bahawa kejayaan bukan titik akhir. Success is not final. Perjuangan tidak tamat dengan anugerah yang kita terima, atau gelaran yang kita pegang, atau bonus yang kita perolehi. Perjuangan baru bermula.

Failure is not fatal.

Kegagalan bukan bermaksud ‘tak boleh buat’. Gagal bukan bermakna tiada harapan. Kegagalan adalah batu-batu yang boleh digunakan untuk membina anak-anak tangga ke mercu kejayaan.

Tiada orang yang tak pernah gagal, yang membezakan gagal dengan berjaya ialah bagaimana kita mengendalikan kegagalan. Apakah kita tunduk pada kegagalan, lantas menyerah dan pasrah pada tekanan kehidupan… Atau bangkit dari debu kegagalan itu, sebagaimana lagenda burung phoenix yang bangkit dari abu.

Jangan mudah puas hati bila sudah berjaya, jangan mudah kecewa bila gagal.

Success is not final, failure is not fatal.

Bersama-sama kita menuju kejayaan hakiki – syurga.

admin Avatar

2 responses to “Success is Not Final, Failure is Not Fatal”

  1. akubiomed Avatar

    Suka English Phrases didalam entri ini. Memberikan sumber kekuatan apabila dibaca berulang kali.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Terima kasih bro akubiomed. Alhamdulillah semoga bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge