Teknik Spy Pesaing Dalam Marketing

By | December 10, 2013

Sekarang ni ramai dah mula jadikan bisnes sebagai sumber pendapatan. Ada yang buat secara part-time, ada yang full-time. Ada yang online, ada yang offline.

Persaingan dalam bisnes, jadi semakin sengit, lebih-lebih lagi dengan perkembangan method network marketing yang popular kebelakangan ni.

Pesaing sebenarnya bukan satu perkara yang harus kita takuti atau jauhi. Persaingan sangat diperlukan dalam bisnes. Tanpa pesaing, kita akan complacent, mudah puas hati, tiada peer pressure. Kadangkala, tiada tekanan ni yang buat kita tidak boleh maju berlangkah ke depan, kerana dah selesa di tempat sekarang.

Satu lagi yang menarik tentang persaingan ialah, kita boleh jadi ‘spy’ atau intip cara pesaing. Wah, tak apa ke ni ya nak intip2 orang? Intip dengan cara halal, memang boleh.

INTIP

Bagaimana nak spy pesaing dalam bisnes online dengan cara halal? Jom jadi stalker cara halal!

1. Subscribe dan jadi pembaca setia blog mereka

Setiap online marketer pasti praktikkan cara dan strategi marketing yang hebat dalam blog masing-masing. Jadilah pembaca setia dan follower blog mereka… Lihat bagaimana mereka tulis, apa isi entry mereka, cara mereka jawab komen…

Kalau nak subscribe blog Vitamin Semulajadi pun boleh 😉

2. Friends/Follow di FaceBook, Twitter, Instagram

Mereka pasti banyak berkongsi rahsia dengan follower dan friends mereka kan? Jadilah salah satu darinya!

3. Subscribe Channel YouTube

YouTube mereka pun menarik untuk diintip. Contohnya channel Your Super Mom ni, banyak betul rahsia yang dikongsi!

4. Spy iklan mereka

Iklan di FaceBook paling senang nak spy, sebab kita boleh lihat ia muncul di sidebar dan timeline kita..boleh tengok berapa banyak share, berapa banyak like. Yang banyak share & like tu tentu iklan yang bagus kan? Tapi awas! Jangan PM customer di page orang… tak baik tau…

Spy ni bukan TIRU cara mereka ya! Apa lagi COPY yang mereka buat. Hish, teruk betul kalau spy sebab nak tiru macam tu.

Banyak lagi sebenarnya cara dan tools untuk spy competitor ni. Yang penting, betulkan niat semasa kita buat aktiviti spying dan stalking ni… niat ikhlas nak belajar, bukan niat nak mengintip curi customer… tak baik tau! Dan juga satu teknik yang tak sesuai digunakan untuk bisnes online, tapi bole digunakan untuk offline, iaitu secret shopper, atau menyamar sebagai pelanggan.

Tak baik tau menyamar, tanya macam-macam.. rupa-rupanya peniaga produk yang sama! Kalau orang buka kedai, tak ada lah salah sangat kalau kita nak buat-buat masuk kedai, tengok-tengok… (walaupun perbuatan ni kurang disenangi) tapi kalau online ni… bila korang tanya macam-macam, korang dah ambil masa penjual tu, which dia ada lagi banyak benda berfaedah dia boleh buat.

Sebab tu kalau kita tengok sesetengah penjual online ada letak T&C “SERIOUS BUYER ONLY”. Bukanlah taknak orang tanya banyak-banyak untuk survey barang… tapi masalahnya ialah bila sesama peniaga pun suka menyamar sebagai pelanggan. Mungkin nak tahu teknik yang digunakan oleh penjual tertentu melayan customer, tak tahu lah pula. Tapi, jangan dibuat dan jangan diulang lagi ya.. Kesian kat orang.

Belajar dari pengalaman orang lain dengan teknik-tenik spy di atas, bukan menyamar OK!

guy-fawkes-mask-hi

2 thoughts on “Teknik Spy Pesaing Dalam Marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge