Saya merungut pada suami “Kenapalah isteri je yang kena taat pada suami, tapi suami tak payah taat pada isteri?”. Maklumlah, kadang2 bila kita minta tolong dia buat apa2, akhirnya kita juga yang kena buat. Tapi bila dia yang minta, terus kita laksanakan tanpa alasan.
Kata suami saya “Kerana Allah sayangkan orang perempuan. Sabda Rasulullah ‘Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai’. Taat pada suami tu kunci syurga seorang isteri, tak suka kah?”.
Begitulah suami saya. Selalunya ada jawapan untuk setiap sungutan dan rungutan saya.
Kedudukan seorang suami dalam hidup seorang isteri begitu tinggi. Hinggakan Rasulullah SAW sendiri bersabda “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (HR Tirmidzi, Ibn Hibban & al-Baihaqi).
Namun adakah begitu besar ‘power’ seorang lelaki hinggakan boleh memperlakukan isteri sesuka hati?
Bila dikatakan ‘syurga isteri di bawah tapak kaki suami’ dan ‘redha Allah pada redha suami’ bukanlah maknanya suami berhak berbuat saja terhadap isteri. Ia adalah satu mesej yang amat mendalam… Bila syurga isteri di bawah tapak kaki suami, maka suami haruslah berakhlak ahli syurga.
Bagaimana kalau suami bukan ahli syurga? Jangan risau kerana darjat wanita sangat mulia, lihatlah Asiah isteri Firaun adalah antara penghulu wanita syurga namun suaminya sendiri terlaknat.
Isteri bukan hamba mahupun abdi suami, sebaliknya ketaatan kepada suami adalah anugerah dan janji Allah buat isteri.
Leave a Reply