Ahaha siap ada bahagian 2 lagi.
Saya ni kalo dah mula menulis2 pasal suami ni tandanya…. Suami saya takde kat rumah 😀 *mode happy sebab boleh menspoilkan anak2. Rasa teruja pula dengan feedback dalam entry Suami Penyayang yang lepas V^_^V Over la mak.
Tiga watak utama dalam hidup saya
Pernah ada seorang teman berkata kepada saya, katanya “Awak bertuah. Rumahtangga tak ada masalah. Suami saya, di rumah asyik tidur saja. Bantu buat kerja rumah pun jarang-jarang. Lebih suka tengok TV dari main dengan anak”.
Saya bertanya pula “Apa yang buat awak rasa suami saya tak macam tu?”
Beliau menjawab “Awak tak pernah cerita pun”.
Ya, itulah pointnya. Bercerita. Kenapa kita perlu bercerita tentang suami tersayang kepada orang lain? Cerita pula benda2 yang mengaibkan dia. Mungkinlah dia tak rasa apa-apa.. tapi cuba bayangkan kalau situasi itu bertukar tempat, si suami bercerita kepada temannya “Isteri aku pemalas betul kat rumah. Asyik tidur je, buat kerja rumah pun malas”. Apa perasaan kita?
Setiap orang pasti mahukan seorang suami yang sempurna (takrif sempurna ialah penuh dengan sifat romantik, rajin buat kerja rumah, pandai jaga anak, kalau boleh nak suruh isteri duduk lepak sambil2 dia picitkan bahu isteri), tapi HAKIKAT sebenarnya dalam kehidupan ni, LIFE IS UNFAIR. Kenapa unfair? Kita tak pernah dapat apa yang kita nak. Kenapa, sebab ALLAH IS GOOD. Allah tu dia bagi apa yang kita perlu, bukan benda yang kita nak.
Dalam satu riwayat diceritakan Fatimah r.a mengadu kepada suaminya Saidina Ali tetang kepenatan dia buat kerja rumah. Suaminya itu meminta Fatimah bertemu Rasulullah dan memohon diberi seorang hamba untuk menolongnya.
Kisah yang ringkas tapi significant. Fatimah r.a., penghulu wanita di syurga juga penat buat kerja rumah. Suaminya Ali tak ada pun nak tolong buat sebaliknya suruh pegi minta tolong dengan Rasulullah.
OK la mungkin Ali terlalu sibuk, suami kita mungkin tak sesibuk Saidina Ali, tapi adakah kita pun sepenat Saidatina Fatimah? Angkut air, giling tepung, masak, kemas rumah, cuci kain.. semuanya dia buat. Kita sekarang baju masuk mesin, masak pakai gas tak payah nak nyalakan api tiup2 bagai, tepung dah bungkus siap dah….
Itulah kita bila banyak sangat tengok cerita Korea, bak kata Madam Kerch, kita dah lupa kisah2 sirah yang memang padat dengan pengajaran di setiap aspek kehidupan sebenarnya… Kita cuma nampak yang best-best itu sebagai nikmat dan rahmat, dan benda tak best sebagai… benda yang patut kita down, kot.
Saya sentiasa ingat pesanan ini.. siapa yang pesan ye? Afwan tak ingat plak sapa yang tukang pesan 😛
Katanya “Bila Allah menyayangi kita, diberi kesenangan agar kita bersyukur, dan diberi kepayahan agar kita selalu bersabar. Bila Allah tak sayang kita, diberi kesenangan supaya kita terus alpa, bongkak, lupa diri, hanyut.. dan diberi kepayahan agar kita terus berkeluh kesal, menyesal, marah2, etc”. Bukankah iman itu sebahagiannya sabar, dan sebahagian lagi syukur?
Bukan semua nikmat itu adalah tanda kasih sayang-Nya, dan bukan semua ketidaksenangan itu tanda kemurkaan-Nya. Contohnya, Firaun dan Qarun diberi nikmat kekayaan tak terhingga, tapi mereka terus-terusan kufur. Nabi Ayub dari kaya raya menjadi melarat dan berpenyakit, bukan kerana Allah dah tak sayang dia. Abu Hurairah menangis2 sampai pengsan kerana dia tak pernah sakit2, dia rasa Allah tak sayang kat dia.
Berbalik kepada perbualan saya dengan teman di atas tadi, saya memberitahunya bahawa suami saya bukanlah seorang suami yang rajin buat kerja rumah, rajin jaga anak, romantik bagai nak rak.. takde. Tapi itu semua bukan cermin kesempurnaan saya. Dia adalah suami saya. Dia melengkapkan sebahagian saya, dan saya melengkapkan sebahagian dia. Saya selalu kata pada suami “You tau tak kenapa Allah kahwinkan you dengan I? Sebab I sorang je yang boleh tahan dengan you” sambil gelak. Pisss Bang! V^_^V Oh, saya sungguh bangga menjadi wanita itu. Saya mungkin terlihat menonjol di mata Tuhan sebab menjadi isteri yang bangga di sisi suami yang tak mempunyai ciri2 idaman wanita LOL. Perahhsannn.
Beliau (teman tadi) kata tak mungkin sebab saya tak nampak macam tu pun. Macam mana saya sempat layan anak, meniaga, tulis blog semua. Dia kata, dia masak2 pun dah penat, mana nak layan anak suami lagi. Saya kata, saya makan supplement 😀
Perkahwinan bukan sekadar perkongsian, ia adalah satu sinergi. Perkongsian bersifat begini : 6/3=2. Tapi sinergi berbentuk begini : 6*3=18. Dengan sinergi, kita akan dapat lebih banyak. Pun bukan sekadar tolak ansur. Tolak ansur berbentuk : 1+1=2. Sinergi ialah : 1+1=3, atau 4, atau 5, atau infiniti. Maksudnya kerjasama kita tu adalah untuk menggembleng tenaga ke arah satu masa depan yang lebih cemerlang dan bermanfaat.
Sinergi ialah seperti pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah, adalah titik kepada permulaan kerasulan dan kebangkitan Islam. Khadijah adalah wanita hebat yang mendorong suaminya melaksanakan tangungjawab2 Baginda. Bayangkan aje kalau Khadijah tu jenis yang nak berkepittt aje 24 jam, tak adalah time Nabi nak keluar pegi berkhulwat di gua Hira’, tak adalah time Baginda nak leluar berdakwah, tak adalah time Baginda nak suap sorang perempuan Yahudi buta…
Kalau dalam hidup moden ni, sinergi ialah bila sebuah rumahtangga tu boleh diperluaskan jasa baktinya kepada masyarakat umum. Suami dan isteri sama2 bekerja memajukan diri untuk berbakti. Bukannya hari2 kerja membebel atau mengadu sana-sini sebab dapat suami pemalas. Kalau ye pun suami dah tak boleh nak join kerja2 pembaktian, itu adalah peluang kepada isteri (dengan izin suami) untuk berbakti kepada masyarakat luar. Ye la kalo dapat suami pun jenis tak romantik, duk rumah pun rasa panass je. Baik keluar pegi join persatuan ke apa ke.
Berbalik pada teman tadi, saya kata kat dia “Find something you have in common and laugh at it if you have different wavelength”. lebih kurang la… sebenarnya ayat tu saya cedok dari blog Fedy hehe. Saya pun lupa apa saya cakap tapi lebih kurang camtulah.
Saya dengan Abiy, selalu ke laut bila berborak2 tentang sesetengah isu. Tapi tu tak menjadi hal. Celebrate the differences.
Saya selalu puji Abiy (dngan ikhlas, bukan bodek), dia memang lelaki yang hebat. Saya rasa worth dreaming about Mark Dacascos, Arjun Rampal & The Rock 😀 Dan saya sedaya upaya taknak complaint2, sebab saya taknak nanti dia payback. Teruk wooo. Kang berjela2 list dia complaint tentang saya. So sebelum dia nak complaint tu ada baiknya kita sedaya upaya menjadi isteri yang terbaik supaya satu hari kalo kata ter-complaint, dia dah tak ada modal apa nak balas. Perfect wife 😀 Apa kes kan, nak suami je yang ikut suka hati kita… Kita cemana? Ada macam yang dia nak tanpa sedikit komen?
Wake up ladies. Stop whining.
Kenapa saya tulis ni? Sebab saya rasa tak berbaloi wahai puan-puan duk merungut2 kat orang tentang suami masing2. Tak romantiklah, apa lah. Orang ni bertuah lah orang tu nasib baik lah… Unless kita boleh cakap kat dia, talk heart-to-heart (berbincang 2 hala, bukan meleter).
Sedar tak kita komplen2 tu, komplen kepada sapa? Sapa yang bagi semua ni kat kita? Apa perasaan kita kalau bagi duit RM1 kat anak, lepas tu dia merungut2, nak RM100. Ada rasa happy gilababs ke? Cuba la kita fikir protes2 tu, protes kerja sapa?
Daripada protes2, ada baiknya kita cakap pada Dia “Ya Allah, sekiranya inilah kebaikan yang Kau takdirkan kepadaku, tabahkan dan sabarkanlah hatiku. Jika Kau takdirkan suamiku akan berubah, sabarkanlah daku hingga ke detik itu. Jika Kau takdirkan dia tak berubah2, sabarkanlah aku untuk hadapinya. Namun aku pohon pada-Mu agar Kau ubahlah hati suamiku menjadi … (cakap je la apa nak mita)… Sekiranya sabar itu lebih baik untukku, maka bantulah hamba-Mu ini untuk bersabar. Peliharalah suamiku sentiasa dan berilah dia kejayaan, petunjuk dan hidayah-Mu. Jadikanlah aku hamba-Mu yang selalu sabar dan syukur. Amiin”.
Berbanggalah dengan suami kita walau siapa pun dia. Selagi dia masih berpegang teguh pada agama, usahlah dilunturkan cinta, hanya sebab dia malas kat rumah.
Leave a Reply