Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan bila tengok anak kita membesar dengan baik dah sihat. Hensem plak tu hehehe. Lagi2 kalau masa kelahiran dia dulu kita pernah fikir nak tanam dia kat mana!
Sekarang dah besar dah budak ni. Dah pandai bertatih, mula nak bercakap, pandai makan sendiri walaupun badan saiz S dan kepala masih botak
Orang kata Fahry ni membawa rezeki. Alhamdulillah. Walaupun kami tak ada la baik sangat, tapi rezeki Tuhan tu, dan nasib baik menyebelahi tu… rasa cam tak sepadan dengan amal bakti yang kami buat T_T Maha Pemurahnya Allah itu.
Fahry sekarang kalau nampak kaki palsu dia, dia dah tahu cakap “Kaki Adik”. Saya bagitau Abiy, sekarang ni dia tak pandai tanya lagi,nanti dah pandai tanya mesti dia tanya “Kenapa Adik kena pakai kaki palsu?”.
Bila makan kat luar, taknak duduk dalam high chair, kecuali dalam keadaan tertentu. Jarang betul nak ada keadaan tertentu tu. Biasanya dia duduk atas kerusi macam ni je. Perasan besar.
Fahry kalau balik kampung jadi perhatian. Orang nak tengok dia, nak tengok kaki palsu dia… kawan2 Tok Ayah pun teringin nak jumpa Fahry. Lagi2 sejak Fahry keluar dalam Metro, doktor2 kat tempat Tok Ayah seronok sebab publisiti untuk budak2 kecil pakai anggota palsu (bukan publisiti Fahry). Kata mereka, biasa yang datang jumpa diorang dah 2-3 tahun, sepatutnya budak2 bawah setahun yang tak cukup anggota boleh refer ke hospital terus. Mungkinla bagi mereka yang kurang informasi, tak tahu bila masa sesuai untuk budak2 pakai anggota palsu. Tapi di kalangan kenalan saya, dari baby2 lagi memang dah refer.
Fahry tengah demam panas, tapi aktifnya macam biasa. Bawa ke doktor, katanya ada sikit2 nak kena pneumonia. Maklumlah budak premature ni memang camni lah.





{ 15 comments… read them below or add one }
mmg hemsem la fahry tu..tp dia mmg tak berambut ke..or asek kena gunting jer rambut dia tu..tetiba aunty lydzar nk musykil huhuhu
.-= lydzar´s last blog ..Our Family Potraiture =-.
rambut dia memang jenis halussss sangat2. itu hari kami cukur supaya tumbuh rambut tebal sikit. hehehe. kalo tak macam bulu anak ayam jer.
salam MommyLyna, saya SUKA entri ni.
.-= syahida´s last blog ..Abil dan skill baru =-.
salam syahida
ahaks. terima kerana menyukai saya
ending tu tak tahan..apasal ada roto boom kat situ…huhuhuhu
.-= eliss´s last blog ..Kerana Crocs Gift Voucher =-.
hehehe. sebab gambar fahry tu masa makan roti boom
Akak suka sgt entry ni…. it really make sense dan menyedarkan org2 yg mungkin lupa cam akak ni…. alhamdulillah…. nice blog…. for info akak pun ada ex prem son… kita serupa
gitew, bole la kita bertukar2 cerita hehehe
Fahry mmg bawak rezeki and kebahagian kt Lyna n family..
Alhamdulillah..;)
happy 18months Fahry..;)
.-= mommy nadia´s last blog ..Ikut mommy shopping =-.
alhamdulillah
sesungguhnya anak2 pembawa rezeki kan
teringat tengok gelagat Fahry yg mmg tak reti dok diam. Dah 18 bln ye.
18 bulan… td paed tanyo “umur dia berapa? 9 bulan?” huhuhu. mentang2la kicik
mmg anak tu pembawa rezeki.. dah makin besar fahry ye.. jenuh la mommy nak kejar dia nnti..
.-= Chekna´s last blog ..M mode plak =-.
nanti leh main kejar2 dgn ziyad hehehe
besnye tgk gelagat ank akk da besar kan,xsangka dulu die baby pre mature.sy pon de baby premature…skrg umr die da 11 bln,berat dlm 5kg….kecik sgt…tp aktif sangat2,skrg da pandai meniarap n berpusing2..kekadang risau jgk,ok ke baby aku nih,kecik xcm baby2 len..kalu org nmpak msti tny bape bln umurnye ni???herm…susu pe yg sesuai utk baby pre mature ni ye???ank akk dulu boleh duduk start brape bulan ye?