Stuck in Prince Court Medical Centre

by Mommy Lyna on March 10, 2010 · 41 comments

Saya adalah di Prince Court Medical Centre sejak semalam kerana Hafiy disyaki menghidapi rotavirus (oh saya mesti memberi Fahry imunisasi rotavirus secepat mungkin!).

Lebih kesian lagi sebab Hafiy dah mula tak makan sejak Jumaat lepas, bila dalam mulut dia tiba2 ada ulser yang banyak. Di kedua2 pipi (belah dalam), bibir atas bawah, lelangit… kesian sangat. Minum pun terjerit2 sakit. Mujurlah masih nak menyusu. Cuma minum susu ajelah sejak dari itu.

Kami bawa ke Klinik Dr Altaf TTDI (terjumpa Faris Aida & family) dan diberi ubat-ubat yang sepatutnya lah (dia demam sekali).

Hari Ahad, tengok ulser dah OK, dah mula boleh makan nasi goreng kat Sambal Hijau Sungai Penchala, dah mula minum. Demam pun dah tak.

Isnin, saya ada project review kat hotel. Tiba2 kena keluar sebab ada hal penting, pada masa yang sama cikgu taska call bagitau Hafiy muntah dan cirit banyak kali. Waduh kok apa-apaan inihhh. Lepas fetch Abiy di office, ambil Hafiy yang dah mula lembik dan Fahry di taska.

Dalam kereta Hafiy muntah. Kat rumah muntah dan cirit yang dah jadi cair macam air jagung. Before tu kami dah awal2 buat appointment kat Klinik Dr Altaf. So lepas balik mandi semua baru pegi, takdela lama sangat menunggu. Lucky that turn Hafiy elok2 je masa kami sampai. Dr. Altaf kata Hafiy mungkin bertindakbalas atas virus masa dia demam tempoh hari. Kami risau kot kena H1N1 since before to Mommy contact Aunty Munirah and shared tentang citer diorang yang kena H1N1 tuhari. The symptoms were almost the same…

Dr Altaf bagi ORS (garam), ubat tahan muntah, krim sapu bontot (takut melecet) dan prebiotik. Dia pesan kalau tak stop jugak muntah dan cirit, terus bawak ke ER untuk admit.

Malamnya Hafiy tido je. Kesian dia. Bangun2 muntah, tengok dalam diaper ada poo-poo…

Keesokannya kami decide bawa Hafiy ke Prince Court. Walaupun Damansara Specialist Hospital (DSH) lagi dekat, tapi since nak kena hantar Abiy dan Fahry, jadinya Prince Court lagi senanglah. So lepas hantar Fahry ke taska dan Abiy ke pejabat, Mommy bawa Hafiy ke ER PCMC.

Mulanya diorang kat ER tu lepak2 je, tapi bile bagitau Hafiy muntah cirit dah lebih 10 kali, terus dibawa ke bilik observation. Ambil darah, masuk IV drip.. nasib baiklah Hafiy tengah lembik, so masa nak cucuk jarum 3 orang pegang dah memadai. Last time dia admit, 5 orang kena pegang. Hehe.

So, here we are. Dah 2 hari kat sini. Hafiy masih cirit. Kesian dia.. asal makan, cirit. Sampai dia fobia nak makan. Muntah dah stop sejak Dr Choy beri Perimperan semalam. Cuma demam saja… tinggi 38-39 degree C. Since 4 petang semalam, nurse kasik Progresic Syrup (ubat demam), tak turun2. Masukkan ubat bontot pun tak turun banyak, cuma 0.5 degree C je…

Pagi tadi dia dah start makan porridge, tapi lepas tu terus cirit. Nurse pujuk suruh minum air, sebab dia taknak langsung minum, nak susu je. Nampak dah OK sikit, boleh cakap2, tadi bawak jalan2 ke Play Room kat clinic.

Semalam ambil sample darah, urine, stool untuk test dan verify rotavirus.  Now is rotavirus outbreak. Mau lagi 1-2 hari kat sini (BOSAN!). Mujurle PCMC benarkan berkampung kat sini, so malam2 Abiy dan Fahry tido sini sekali. Susah juga nak jaga Fahry sebab dia pun nak BF, Hafiy pun BF. Bukan susah apa, takut berjangkit kat dia pulak. So everytime lepas pegang Hafiy, kena cuci tangan semua dulu sebelum turn Fahry.

Mujurlah Abiy bangun malam-malam diamkan Fahry kalau dia nangis. Kesian Abiy ngantuk2 drive balik rumah ambil barang. (My bad, I should bring everything earlier!).

Semoga Hafiy cepat sembuh dan Fahry terselamat dari jangkitan ni. (Mode sedih sebab kene guna annual leave yang seciput je. Kami tak dapat cuti kalau anak masuk hospital sebab kami exec, huwaa!).

Walaupun berada di hospital, rezeki murah juga :D Baru tadi dapat sample cheesetart dari CheeseTart4U untuk free advertorial campaign (wah, kempen gitew~). Thanks Tasha! So nanti Abiy datang kita rasa sama-sama sebelum kongsi dengan semua pembaca (cewah!) My Super Kids ;)

Doakan Hafiy cepat sembuh dan cepat dapat balik rumah.

*PCMC adalah best jugak sebab TV ada banyak channel, KLCC view, ada tempat untuk mencucuk dan menghabiskan duit kat bawah, ada internet free yang lajuuuu, ada fridge, ada telefon (tapi takut nak guna kang cajnya beribu2222), ada katil baby & katil toddler (so Fahry bole tido dalma katil baby), ada sofa bed (yang kami tak buka pun sebab cajnya RM80/night) dan misi2 yang sangat peramah lagi sabar ajelah dah 7-8 kali ganti cadar sebab Hafiy cirit bocor :P

{ 41 comments… read them below or add one }

mama amir n iman March 10, 2010 at 12:10 pm

INgat lagi masa deliver hari tuh, dah berkira-kira nak bayar sofa bed, yelah 80/nite, sekali amik bil, tgk dia kira lump sum, rm 80 for the whole stay, adalah 8 malam, 8x 80= dah 640, nasib baik byr Rm 80 instead 640. Moga Hafiy cepat sembuh…
.-= mama amir n iman´s last blog ..Rahsia penyusuan Terbongkar!! =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 12:34 pm

tuler kak. Hemi tak kena caj. ni takut nak bukak kang tah ape2 caj nya. leave it there. igt org nak sgt ke. :P

Reply

hidayahyassin March 10, 2010 at 12:13 pm

moga Hafiy cepat sembuh…
.-= hidayahyassin´s last blog ..Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak) =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 12:35 pm

amiin

TQ dee ;)

Reply

Fith March 10, 2010 at 12:20 pm

Kak lyna,
moga hafiy cepat sembuh yer,moga fahry tak terjangkit…
.-= Fith´s last blog ..Jalan2 cari makan… =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:15 pm

Tq fith

Fahry awal2 dh kasik ORS konon bole reduce larr

Reply

mama emma® March 10, 2010 at 12:35 pm

sekali lg, get well soon hafiy…
.-= mama emma®´s last blog ..-THE HONEYBUNCH GIVEAWAY BEST BIRTHDAY EVER!- =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:16 pm

Tq kak buyunngggg

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 12:37 pm

ha.. yg kita ni takut adik dia jangkit plak kan. yang adiknya pun nak ketiak belah kiri yang tua belah kanan. nasibla bapaknya taknak tumapng sekaki :P

Reply

isabelle March 10, 2010 at 3:34 pm

diarrhea kan senang berjangkit…make sure kena byk cuci tangan, tempat tido dia bersih la.
wehhh..bapaknye kena tunggu line clear, baru buleh.
anak2 xkisah share, bapaknye harus xnak share!:P
.-= isabelle´s last blog ..Mismatch..ideas please! =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:27 pm

Ya mujo kat spital everytime berak kusuruh cuci bedsheet

Reply

aidie March 10, 2010 at 5:43 pm

eeuww..18SX :P

Get well soon Hafiy
.-= aidie´s last blog ..Big L =-.

Reply

jua March 10, 2010 at 1:10 pm

kesiannya, lepas satu-satu pula. ulser dia dah ok ke? haritu tak sempat sembang banyak, nanti2 kita sembang lg. n ur sms tu i dah dapat, TQ. my hubby ni kejap bekenan kat sini, kejap bekenan kat sana. tak tetap iman…hahaha. btw tqvm.

be strong ok.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:17 pm

Ulcer dah okay then kena ni pulak. Hehe cpt wat decision mana tau dpt berjiraaaaannnn

Reply

Maz March 10, 2010 at 1:19 pm

Kesian nya kat Hafiy and Lyna. Sedih tngk kalu anak masuk hospital. Pernah alami situasi mcm ni. So faham la keadaan Lyna kat hospital menjaga Hafiy. Semoga Hafiy cepat sembuh. Be strong yea Lyna.
.-= Maz´s last blog ..Jom Jahit by TiniHani : Cushion Cover =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:18 pm

TQ maz,
Tulah mmg tak best bile anak xsihat masuk spital. Tp this one much better than masa Fahry duluuuu 42 days warded

Reply

cW March 10, 2010 at 2:14 pm

cepat sehat yaaa afy
.-= cW´s last blog ..Rozita Che Wan dalam Iklan baru Sendayu Tinggi yang sungguh seksi =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:19 pm

Makcik mai tgk kita sihat truss

- Hafiy

Reply

akak su March 10, 2010 at 2:33 pm

akak ni yg jenis cepat risau kalo anak2 demam, bulan feb. bila sikecik ‘tarik’ akibat demam panas yg melampau, akak la paling risau giler, buat keja semuanya serba tak kena. semoga hafiy cepat sembuh n sihat seperti slalu
.-= akak su´s last blog ..Hilanggg Mood…Semalam =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:21 pm

Anak2 saya tak penah kena Tarik… Kalo pun kena mesti gabra taktau nk buat ape dahhh

Reply

ibu iman March 10, 2010 at 2:38 pm

mase i deliver aritu, diorg caj sofabed 1 nite je even though dah bermlm2 berkampung kat situ… tp hubby prefer bentang duvet atas lantai n tdo kat situ sbb xmenyakitkan badan… huhuh
p/s: cair mcm air jagung? pasni confirm i xorder air jagung… heheh
.-= ibu iman´s last blog ..Life is a maze, love is a riddle =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:23 pm

Oh adekah aku silap dgr?

Hohh mujo ai tak sebut kuah lemak cili api.

Reply

zuhaini March 10, 2010 at 3:25 pm

siannya hafiy… take care ya.. (u pun kena hati-hati! eh, macam mana penyakit ni berjangkit…?)
.-= zuhaini´s last blog ..Rumah terbakar… Panggil Bomba! =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:24 pm

Berjangkit dgn pelbagai carrraaaaa

Reply

isabelle March 10, 2010 at 3:29 pm

siannye. sabar ye, lyna.
moga hafiy cepat sembuh…aminnn
.-= isabelle´s last blog ..Mismatch..ideas please! =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:25 pm

Amiin

Tq dear

Nak baliiik
Boosaaaannnn

Reply

fiza rahman March 10, 2010 at 3:35 pm

Smoga hafiy cepat sembuh. Iman pon kena rotavirus last year, 4 hari 3 mlm berkampung kat spital. Lyna pon kena tak care gak sbb rotavirus ni bley berjangkit.
.-= fiza rahman´s last blog .."90 Hari Untuk Ibu" – Kempen (1) Juta Tandatangan =-.

Reply

Mommy Lyna March 10, 2010 at 10:28 pm

Itu yang lemah mendengarnya….

Reply

mirah March 10, 2010 at 3:46 pm

moga hafiy cepat baik dan fahry tak jangkit pula.

Khadijah pun baru baik demam, still ada batuk dgn flu. Pahtu tak mboh makan langsung. Makin cikeding lah dia tu..

Reply

DNNA March 10, 2010 at 3:46 pm

Doa kami agar Hafiy cepat2 sembuh dan tak spread kat sesape …
Take care ye lyna …
.-= DNNA´s last blog ..Post-mortem SSC dan Mei Tai DIY =-.

Reply

rina March 10, 2010 at 3:56 pm

kesiannye hafiy, saya doakan cepat sembuh dan tak berjangkit pd org lain (esp fahry).
nak tanye..hafiy tak amik vaksin rotavirus ke dlu?

Reply

farah March 10, 2010 at 4:30 pm

siannye hafiy..semoga cepat recover yer.

Reply

kak iena March 10, 2010 at 4:49 pm

aduhhh

penat tu … hati hati yer long sebb buleh jangkit.. akak bulan lps 11 org ahli keluarga kena… mula dr mia.. tiap2 yg dtg melawat kami di hospital semua kena…

huhuhu moga cepat sembuh

Reply

Shareen March 10, 2010 at 4:49 pm

Rotavirus? Erm, pernah dengar jer tapi tak sure apa penyakit tuh. Anyways, semoga Hafiy get well soon ^___^ *hugs*
.-= Shareen´s last blog ..Preview of My Snugg Mei Tai =-.

Reply

MommaMia March 10, 2010 at 4:57 pm

siannye hafiy..semoga cepat sembuh yer.
Mommy Lyna pun kene jaga kesihatan tau!!
.-= MommaMia´s last blog ..Senyum itu Sedekah =-.

Reply

Zaila March 10, 2010 at 9:06 pm

sorry Lom, aku baru buka blog hari ni, no wonderlah tak nampak kelibat mung di sesi forum Outlook, heheheeee
Sian Fahry, moga cepat sembuh ya..biaserlah lom, aku dulu masa Haziq masuk wad pon leloh jugak, kejap tertinggal berus gigilah, baju lah..heheheheee tapi loni kalu jadi gapo2 aku dah tahulah nak bawa apa..heheheheee..learn from mistakesss
.-= Zaila´s last blog ..Keputusan Mari Kelih Contest 2010 =-.

Reply

HaNiE March 11, 2010 at 8:43 am

kami kalau masuk PCMC dah ready ngan toto, bantal2 segala… mahal nak pakai sofa bed tu, hehehe

nway, cepat sembut ye hafiy

Reply

tasha March 11, 2010 at 9:54 am

sungguh ekspress lyna mempomot website kecik comel sy tu. ehe thanks lyna! :D
camne perkembangan terbaru hafiy? may Allah grant him speedy recovery..ameen! hafiy cepat2 sembuh ekkk..leh makan cheeetart auntie tu banyak2 :D
.-= tasha´s last blog ..More and more orders~ Thank you! =-.

Reply

tasha March 11, 2010 at 1:11 pm

(hmm rasa can dah submit tp tak keluar pulok)

wah ekpress sungguh lyna mempomot blog sy yg kecik lg comel kiut tu. thanks lyna! :)
camne perkembangan terbaru hafiy? may Allah grant him speedy recovery..ameen!
hafiy cepat2 sembuh yeee..leh makan cheesetart auntie tu banyak2 :D
.-= tasha´s last blog ..More and more orders~ Thank you! =-.

Reply

tasha March 11, 2010 at 1:13 pm

alamak, tak pasan dah ada keluar reply sebelum ni. sorryyy lyna..menyemak ruang je huhuk. nak delete tok leh
.-= tasha´s last blog ..More and more orders~ Thank you! =-.

Reply

NeroEcha March 14, 2010 at 3:33 am

Semoga cepat sembuh Hafiy

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm