Saya adalah di Prince Court Medical Centre sejak semalam kerana Hafiy disyaki menghidapi rotavirus (oh saya mesti memberi Fahry imunisasi rotavirus secepat mungkin!).
Lebih kesian lagi sebab Hafiy dah mula tak makan sejak Jumaat lepas, bila dalam mulut dia tiba2 ada ulser yang banyak. Di kedua2 pipi (belah dalam), bibir atas bawah, lelangit… kesian sangat. Minum pun terjerit2 sakit. Mujurlah masih nak menyusu. Cuma minum susu ajelah sejak dari itu.
Kami bawa ke Klinik Dr Altaf TTDI (terjumpa Faris Aida & family) dan diberi ubat-ubat yang sepatutnya lah (dia demam sekali).
Hari Ahad, tengok ulser dah OK, dah mula boleh makan nasi goreng kat Sambal Hijau Sungai Penchala, dah mula minum. Demam pun dah tak.
Isnin, saya ada project review kat hotel. Tiba2 kena keluar sebab ada hal penting, pada masa yang sama cikgu taska call bagitau Hafiy muntah dan cirit banyak kali. Waduh kok apa-apaan inihhh. Lepas fetch Abiy di office, ambil Hafiy yang dah mula lembik dan Fahry di taska.
Dalam kereta Hafiy muntah. Kat rumah muntah dan cirit yang dah jadi cair macam air jagung. Before tu kami dah awal2 buat appointment kat Klinik Dr Altaf. So lepas balik mandi semua baru pegi, takdela lama sangat menunggu. Lucky that turn Hafiy elok2 je masa kami sampai. Dr. Altaf kata Hafiy mungkin bertindakbalas atas virus masa dia demam tempoh hari. Kami risau kot kena H1N1 since before to Mommy contact Aunty Munirah and shared tentang citer diorang yang kena H1N1 tuhari. The symptoms were almost the same…
Dr Altaf bagi ORS (garam), ubat tahan muntah, krim sapu bontot (takut melecet) dan prebiotik. Dia pesan kalau tak stop jugak muntah dan cirit, terus bawak ke ER untuk admit.
Malamnya Hafiy tido je. Kesian dia. Bangun2 muntah, tengok dalam diaper ada poo-poo…
Keesokannya kami decide bawa Hafiy ke Prince Court. Walaupun Damansara Specialist Hospital (DSH) lagi dekat, tapi since nak kena hantar Abiy dan Fahry, jadinya Prince Court lagi senanglah. So lepas hantar Fahry ke taska dan Abiy ke pejabat, Mommy bawa Hafiy ke ER PCMC.
Mulanya diorang kat ER tu lepak2 je, tapi bile bagitau Hafiy muntah cirit dah lebih 10 kali, terus dibawa ke bilik observation. Ambil darah, masuk IV drip.. nasib baiklah Hafiy tengah lembik, so masa nak cucuk jarum 3 orang pegang dah memadai. Last time dia admit, 5 orang kena pegang. Hehe.
So, here we are. Dah 2 hari kat sini. Hafiy masih cirit. Kesian dia.. asal makan, cirit. Sampai dia fobia nak makan. Muntah dah stop sejak Dr Choy beri Perimperan semalam. Cuma demam saja… tinggi 38-39 degree C. Since 4 petang semalam, nurse kasik Progresic Syrup (ubat demam), tak turun2. Masukkan ubat bontot pun tak turun banyak, cuma 0.5 degree C je…
Pagi tadi dia dah start makan porridge, tapi lepas tu terus cirit. Nurse pujuk suruh minum air, sebab dia taknak langsung minum, nak susu je. Nampak dah OK sikit, boleh cakap2, tadi bawak jalan2 ke Play Room kat clinic.
Semalam ambil sample darah, urine, stool untuk test dan verify rotavirus. Now is rotavirus outbreak. Mau lagi 1-2 hari kat sini (BOSAN!). Mujurle PCMC benarkan berkampung kat sini, so malam2 Abiy dan Fahry tido sini sekali. Susah juga nak jaga Fahry sebab dia pun nak BF, Hafiy pun BF. Bukan susah apa, takut berjangkit kat dia pulak. So everytime lepas pegang Hafiy, kena cuci tangan semua dulu sebelum turn Fahry.
Mujurlah Abiy bangun malam-malam diamkan Fahry kalau dia nangis. Kesian Abiy ngantuk2 drive balik rumah ambil barang. (My bad, I should bring everything earlier!).
Semoga Hafiy cepat sembuh dan Fahry terselamat dari jangkitan ni. (Mode sedih sebab kene guna annual leave yang seciput je. Kami tak dapat cuti kalau anak masuk hospital sebab kami exec, huwaa!).
Walaupun berada di hospital, rezeki murah juga 😀 Baru tadi dapat sample cheesetart dari CheeseTart4U untuk free advertorial campaign (wah, kempen gitew~). Thanks Tasha! So nanti Abiy datang kita rasa sama-sama sebelum kongsi dengan semua pembaca (cewah!) My Super Kids 😉
Doakan Hafiy cepat sembuh dan cepat dapat balik rumah.
*PCMC adalah best jugak sebab TV ada banyak channel, KLCC view, ada tempat untuk mencucuk dan menghabiskan duit kat bawah, ada internet free yang lajuuuu, ada fridge, ada telefon (tapi takut nak guna kang cajnya beribu2222), ada katil baby & katil toddler (so Fahry bole tido dalma katil baby), ada sofa bed (yang kami tak buka pun sebab cajnya RM80/night) dan misi2 yang sangat peramah lagi sabar ajelah dah 7-8 kali ganti cadar sebab Hafiy cirit bocor 😛
Leave a Reply