,

Stimulasi Untuk Anak Berkaki Kudung

admin Avatar

Mungkin di luar sana ada ibu bapa memiliki anak yang sebertuah Fahry, atau mungkin lebih bertuah dari Fahry. Ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang kudung kakinya haruslah menyimpan impian untuk lihat anak kita berjalan macam orang lain kan? Kaki palsu, solusi terbaik untuk mereka.

Pemakaian kaki palsu ni, sebaiknya di awal usia, semasa mereka mula belajar berdiri dan mengenal anggota kaki. Ini kerana kalau makin lambat mereka dipakaikan kaki palsu, makin sukar mereka nak biasakan diri. Lagi-lagi kalau mereka dah pun pandai bergerak sendiri tanpa kaki palsu. Kaki palsu nantinya akan dianggap seperti distraction kerana mereka dah biasa mobilise menggunakan anggota yang ada.

Namun begitu, tak semua ibu bapa mampu nak sediakan fasiliti ni.. lagi-lagi pula kaki palsu yang kecil itu pun bukannya murah.. harganya sama je macam kaki palsu dewasa!

KAKI PALSU

Jadi untuk anak-anak yang belum dapat kaki palsu lagi… bahagian kaki dia yang kudung tu tetap kena stimulasi atau dirangsang supaya ia jadi kuat dan mereka boleh gunakan ia. Kadang-kadang bila dah biasa tidak menggunakan kaki yang kudung tu (atau apa saja anggota yang kudung), bahagian tu jadi keras dan susah nak dilentur, terutama bahagian sendi untuk yang kudung di bawah lutut (macam Fahry).

Jadi untuk untuk rangsangan bahagian ni, ada beberapa aktiviti boleh dibuat oleh ibu bapa di rumah:-

  • Urutan pada bahagian berkenaan.
  • Senaman gerakan (sambil anak baring atau meniarap)
  • Ibu atau pada bantu untuk mereka gunakan kaki yang kudung menyepak bola dan sebagainya.
  • Biasakan anggota yang kudung dengan sentuhan… caranya ialah dengan selalu menyentuh bahagian itu dan usapkan dengan permukaan yang pelbagai.

Point no 4 tu sangat penting. Sebabnya, kalau bahagian tu tak dirangsang dengan baik (tak pernah disentuh) ia akan jadi hyper-sensitif… akibatnya nanti bila nak pakai kaki palsu jadi sukar sebab mereka tak biasa dengan sentuhan di bahagian tersebut.

Okey itu saja, diharap dapat membantu ibu bapa yang memiliki anak yang kudung dan bakal gunakan kaki palsu.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Stimulasi Untuk Anak Berkaki Kudung”

  1. irfa Avatar

    fahry sgt bertuah mendapat kamu berdua sbg ibubapa
    dan kamu berdua bertuah dikurniakan anak istimewa mcm Fahry
    moga mmbesar dgn baik

  2. myliferia Avatar

    kita semua bertuah. saya bertuah mengenali kamu, along…huhu…syahdu plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge