Telekung Lycra Travel Pilihanku!

By | February 19, 2014

Biasanya kalau travel ke luar Malaysia, saya tak bawa telekung, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakai. Sebab itulah kita kena pakai pakaian menutup aurat.. bab wajib tu satu hal, dan solat-ready. Tak payah susah2 bawa satu lagi beg ekstra untuk telekung, dan boleh ambil wuduk terus solat. Tak perlu pakai-pakai telekung lagi.

Tapi sejak memiliki telekung lycra buatan tangan By Dash Aris, pergi ke mana-mana saya pasti bawa. Senang sebab ia ringan, walaupun tebal. Kainnya sejuk. Selesa dan rasa sangat nyaman.

TELEKUNG LYCRA

Macam-macam warna dan fesyen yang tersedia dan boleh dipilih di fanpage By Dash Aris ni.

Yang bestnya, setiap telekung datang dengan beg telekung yang comel ni.

BY DASH ARIS

Kalau nak dibanding dengan telekung travel yang nipis dan ringan tu, memang jauh lah dari yang ini. Tapi saya suka yang ni sebab fabriknya yang sejuk, lembut, boleh dilipat kecil untuk dimasukkan ke dalam beg tangan saya. Kecil tu takdelah sampai sebesar tapak tangan, tapi OK lah bagi saya.

Saya tak reti sangat nak describe fabrik, maklumlah pakai baju asal sedap je. Tapi fabrik ni memang sangat selesa. Sebab tu saya suka bawa telekung ni bila travel 🙂

Kalau nak tempah boleh hubungi Puan Dash di fanpage By Dash Aris ni ye.

5 thoughts on “Telekung Lycra Travel Pilihanku!

  1. Pingback: Telekung lycra travel pilihan ibu yang gemar mengembara | Bonda Sewing Secret

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge