Kami nak ke Evian tapi disebabkan jadual bot tiada ke Evian pada hari kami berada di Lausanne, maka kami memutuskan ke Montreux saja.
Montreux terletak di tenggara Lausanne. Melewati bandar-bandar lain di tebing Tasik Geneva termasuk Vevey.
Pemandangan indah sepanjang Tasik Geneva
Kami singgah di Montreux, menikmati keindahan bandar itu.
Montreux terkenal dengan Jazz Festival yang diadakan tiap-tiap tahun bulan Julai kalau tak silap. Berada di Montreux rasa macam dalam filem, siap ada music background 😀
Di sini kami terserempak dengan beberapa keluarga Arab. Sepanjang di Switzerland ini kali pertama terserempak dengan orang Islam (yang nampak Islamnya).
Masih terbayang suasana di Montreux. Kanak-kanak berlari dengan bebas dan riang. Saya katakan pada suami “Lama tak tengok pemandangan sebegini. Lama tak keluar bandaraya (KL), di KL nak lepaskan anak dari pegangan pun takut”.
Kami cuma berjalan-jalan sekitar lake shore itu saja, tak ke mana-mana pun tempat yang menjadi tarikan seperti Château de Chillon disebabkan kesuntukan masa.
Kami pulang semula ke Lausanne dengan tren dari Gare de Montreux. Sepetang di sana, satu kenangan yang sangat indah.
Leave a Reply