Cara Transfer Data Dari Android ke iPhone

By | January 17, 2013

Samsung-iPhone-Samsung-iPhone.

Pengguna smartphone mungkin ada yang bertukar dari iPhone ke Android, atau sebaliknya. Ada yang saja2 nak cuba, ada yang memang dah fed-up, dan macam2 sebab lagi.

Kalau nak transfer data terutama contact dari iPhone lama ke iPhone baru itu sangat mudah saja. Tapi kalau dari Android ke iPhone atau sebaliknya mungkin agak tricky sikit. Tak perlu nak taip satu-satu, cara nak transfer data mudah aje sebenarnya.

transfer samsung to iphone

Mula-mula sekali kena create satu folder khas di desktop komputer anda untuk simpan fail-fail dari Android tu.

Untuk transfer file dan gambar:-

  1. Sambungkan telefon Android (Samsung misalnya) ke USB komputer.
  2. Transfer gambar-gambar ke komputer (ke dalam folder khas tadi).
  3. Buka iTunes (make sure dah activate iPhone baru ni) dan klik pada nama iPhone anda.
  4. Masuk ke folder ‘Photos’ dan klik pada ‘sync photos’.
  5. Cari balik folder khas yang simpan gambar dari Android tadi.

Untuk transfer contact (masih sambung USB):-

  1. Buka ‘Contact’ di Android.
  2. Buka menu dan tap pada ‘Export’
  3. Buka folder Android anda & copy fail *.vcf ke folder khas yang dibuat di desktop tadi.
  4. Hantar email kepada diri sendiri (Pastikan dah set email di iPhone).
  5. Buka email yang dihantar tadi di iPhone.
  6. Download fail tersebut.
  7. Bila dah siap, tap pada fail tu dan pilih ‘Add all contacts’.

Selamat bertukar dari Android ke iPhone!

Category: Technology

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge