Hari ni 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita sedunia. Apa bendanya Hari Wanita ni? Hari wanita bercuti dari house chores? Hehe.
Hari Wanita sedunia adalah bersempena dengan hari di mana para wanita Rusia diberi hak bersuara oleh pemimpin Rusia pada 8 Mac 1917, setelah 2 juta tentera Rusia terbunuh dalam peperangan. Wanita2 ni keluar membuat demonstrasi jalanan membawa slogan “Bread and Peace!” (Roti dan Perdamaian). Walaupun dihalang oleh pihak berkuasa, namun mereka tetap berada di landasan menuntut supaya Tsar Rusia turun dari tampuk pemerintahan. (Gamaknya masa tu belum ada bom pemedih mata atau pili bomba).
Bertitik tolak dari peristiwa itu maka tiap2 tahun pada 8 Mac, seluruh dunia meraikan Hari Wanita (Tapi tang mana perayaanya tak ada pulak promosinya. kalo Valentine tu awal2 tahun dah siap sales bagai).
Tema hari wanita tahun ini ialah “Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women” atau dalam Bahasa Melayu “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan dan sains & teknologi : Ke arah kerjaya mulia untuk wanita”.
Sekarang ni wanita dah semakin berani dan terbuka, terutama dalam menuntut hak. Semua nak sama dengan lekaki. Ye, memang bagus, sebab wanita punya peranan besar juga dalam masyarakat. Tapi sebenarnya, ada ‘hak-hak’ yang tak perlu nak mintak pun sebenarnya (contoh macam nak jadi imam solat kepada selain perempuan)… sebab dalam Islam dah berikan hak2 istimewa seorang wanita secara mutlak.
- Ibu diutamakan 3 kali sebelum bapa
- Syurga di bawah tapak kaki ibu
- Wanita yang menjaga maruahnya, maruah suaminya dan menjauhi larangan-larangan Allah, diberi jaminan syurga
- Wanita mendapat kemuliaan di atas
- Terdapat surah di dalam al-Quran yang dinamakan Wanita – suratul Nisa’
- Wanita adalah perhiasan dunia & sebaik2 perhiasan ialah wanita solehah
- Seperti emas, berlian yang tertanam jauh di perut bumi dan mutiara yang tersorok di cengkeram tiram, wanita Muslim ditutup seluruh badan bagi menjaga kemuliaannya
Lagi, betapa mulian dan hebatya wanita itu:
- Orang pertama memeluk Islam adalah wanita – Khadijah bt Khuwailid
- Orang pertama mati syahid adalah wanita – Sumayyah bt Hubath
Sempena hari wanita sedunia ni, yuk kita wanita-wanita besi menanam azam dan semangat untuk mencontohi tokoh2 wanita yang bukan saja berjaya menjadi ibu, isteri malah anggota masyarakat yang berjasa dan berbudi.
Wanita-wanita di luar sana (terutama adik2 remaja), sedarilah kemuliaan kita. Jangan bukakan sebarang peluang untuk mereka-mereka bernafsu sekarah mengambil kesempatan atas diri kita. Kita wanita adalah insan yang amat berharga dan tak lain tak bukan penghargaan itu patut lahir dari dalam diri kita sendiri. Hargailah diri, jangan rendahkan nilai harga diri.
Selamat menyambut hari wanita sedunia 2011. Semoga wanita-wanita kita terus maju dan membangun bersama!
Kolaborasi wanita-wanita Bling Lustre 😉
Leave a Reply