Selamat Hari Wanita Sedunia 2011

admin Avatar

Hari ni 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita sedunia. Apa bendanya Hari Wanita ni? Hari wanita bercuti dari house chores? Hehe.

Hari Wanita sedunia adalah bersempena dengan hari di mana para wanita Rusia diberi hak bersuara oleh pemimpin Rusia pada 8 Mac 1917, setelah 2 juta tentera Rusia terbunuh dalam peperangan. Wanita2 ni keluar membuat demonstrasi jalanan membawa slogan “Bread and Peace!” (Roti dan Perdamaian). Walaupun dihalang oleh pihak berkuasa, namun mereka tetap berada di landasan menuntut supaya Tsar Rusia turun dari tampuk pemerintahan. (Gamaknya masa tu belum ada bom pemedih mata atau pili bomba).

Bertitik tolak dari peristiwa itu maka tiap2 tahun pada 8 Mac, seluruh dunia meraikan Hari Wanita (Tapi tang mana perayaanya tak ada pulak promosinya. kalo Valentine tu awal2 tahun dah siap sales bagai).

Tema hari wanita tahun ini ialah “Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women” atau dalam Bahasa Melayu “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan dan sains & teknologi : Ke arah kerjaya mulia untuk wanita”.

Sekarang ni wanita dah semakin berani dan terbuka, terutama dalam menuntut hak. Semua nak sama dengan lekaki. Ye, memang bagus, sebab wanita punya peranan besar juga dalam masyarakat. Tapi sebenarnya, ada ‘hak-hak’ yang tak perlu nak mintak pun sebenarnya (contoh macam nak jadi imam solat kepada selain perempuan)… sebab dalam Islam dah berikan hak2 istimewa seorang wanita secara mutlak.

  • Ibu diutamakan 3 kali sebelum bapa
  • Syurga di bawah tapak kaki ibu
  • Wanita yang menjaga maruahnya, maruah suaminya dan menjauhi larangan-larangan Allah, diberi jaminan syurga
  • Wanita mendapat kemuliaan di atas
  • Terdapat surah di dalam al-Quran yang dinamakan Wanita – suratul Nisa’
  • Wanita adalah perhiasan dunia & sebaik2 perhiasan ialah wanita solehah
  • Seperti emas, berlian yang tertanam jauh di perut bumi dan mutiara yang tersorok di cengkeram tiram, wanita Muslim ditutup seluruh badan bagi menjaga kemuliaannya

Lagi, betapa mulian dan hebatya wanita itu:

  • Orang pertama memeluk Islam adalah wanita – Khadijah bt Khuwailid
  • Orang pertama mati syahid adalah wanita – Sumayyah bt Hubath

Sempena hari wanita sedunia ni, yuk kita wanita-wanita besi menanam azam dan semangat untuk mencontohi tokoh2 wanita yang bukan saja berjaya menjadi ibu, isteri malah anggota masyarakat yang berjasa dan berbudi.

selamat hari wanita

Wanita-wanita di luar sana (terutama adik2 remaja), sedarilah kemuliaan kita. Jangan bukakan sebarang peluang untuk mereka-mereka bernafsu sekarah mengambil kesempatan atas diri kita. Kita wanita adalah insan yang amat berharga dan tak lain tak bukan penghargaan itu patut lahir dari dalam diri kita sendiri. Hargailah diri, jangan rendahkan nilai harga diri.

Selamat menyambut hari wanita sedunia 2011. Semoga wanita-wanita kita terus maju dan membangun bersama!

selamat hari wanita

Kolaborasi wanita-wanita Bling Lustre 😉

admin Avatar

5 responses to “Selamat Hari Wanita Sedunia 2011”

  1. Fara Avatar
    Fara

    Selamat Hari Wanita!

  2. sidratul muntaha Avatar

    selamat hari wanita jugak…
    huhhhu
    gambo kat atas..
    aku suke sebab ade wardina..
    teringat statement kental dia pasal artis.

  3. mommaMia Avatar

    Selamat hari Wanita utk semua!! Layan lirik lagu Wanita by Sheila Majid…

    Wajah selembut bayu
    Lenggang dan lenggokmu
    Keperibadian wanita
    Ayu

    Di dalam keayuan
    Ada kekuatan
    Engkaulah racun
    Kau penawar
    Insan

    Bagai dermaga di pelabuhan
    Diri gagah sendirian
    Hadapi gelora kehidupan
    Kau memberi
    Menerima
    Menempuhi segala dengan rela

    Tapi ada masanya
    Engkau api panas membakar
    Ada ketikanya
    Kau penawar bisa
    Kaum wanita ciptaan istemewa

    Suka duka berganti
    Rahsia tersembunyi di hati
    Tabahnya hatimu
    Beriman berilmu
    Wanita sumber ilham selalu

  4. yatie chomeyl Avatar

    slmt hr wanita utk lyna jugop…ni tgh peroh idea utk tulis artikel join contest ipad tu yg berkait dgn wnaita, jange tutup lagi deh..tunggu artikel dari diri ku hehe

  5. SAHROM Avatar

    selamat hari wanita utk semua wanita di luar sana..tanpa awanita, tidak wujudlah kami disini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge