admin Avatar

Biasanya kalau kita ambil gambar bangunan Jepun lama-lama di Tokyo, ada je lah bangunan moden menumpang kasih di background.

Senso-ji di Asakusa
Senso-ji di Asakusa

Kalau nak pemandangan klasik-klasik yang clean nak kena turun area bawah-bawah macam Kyoto dan sebagainya.

KYOTO, JAPAN
Gion District di Kyoto

Tapi jangan risau kalau nak pemandangan macam di atas… tak payah pegi jauh-jauh. Kalau cuma trip di Tokyo, boleh menikmati suasana Jepun ala Samurai di Kawagoe. Kawagoe ni letaknya di Saitama, lebih kurang sejam dari stesen Shinjuku.

Kalau nak ke sini, dari stesen Shinjuku ambil train JR Saikyo-Kawagoe line terus ke Kawagoe Station. Atau dari Ikebukuro dengan Tobu Tojo line.

Tambangnya dalam 600 yen sorang macam tu. (Saya guna Suica Card *macam touch & go* jadi agak2 je lah dia tolak dalam amaun tu >_<).

Bila sampai di stesen ni kena jalan sikit kalau nak ke Old Town.

Mula-mula dapatkan map dulu dari tourist centre bergerak yang boleh didapati di sekitar Kawagoe.

KAWAGOE TOKYO

Kami pilih untuk jalan kaki je, tapi kalau taknak jalan kaki, boleh naik bas Koedo Loop ni.

KOEDO LOOP BUS

Kawagoe juga dikenal sebagai ‘Little Edo’ (Koedo) kerana ia merangkumi sejarah dari zaman Tokyo dikenali sebagai Edo. Ha, sebelum dipanggil Tokyo, bandaranya ni dipanggil Edo.

Di sini kita boleh menjejak balik sejarah dari zaman Edo, Meiji, Taisho dan Showa. DI zaman Taisho, bangunan-bangunan yang mengikut senibina barat mula dibina.

Jom kita tengok area ikut zaman-zaman di atas.

Zaman Edo

Ichiban-gai, satu jalan (shopping street)yang menempatkan bangunan-bangunan pesen lama yang dipanggil Kurazukuri.

KAWAGOE JAPAN

Time bell (toki no kane). Inilah dia landmark Little Edo. Ia terletak di salah satu lorong di Ichiban-gai.

TEMPAT MENARIK DI TOKYO

Zaman Meiji

Candy lane (kashiya yokocho). Ada jual macam-macam jenis kerepek, candies, aiskrim, kuih-muih… Boleh akses dari Ichiban-gai.

CANDY LANE KAWAGOE

Zaman Taisho

Bangunan Saitama Risona Bank ni letaknya satu jalan dengan Kurazukuri tadi.

TAISHO PERIOD

Zaman Showa

Bangunan ni letaknya kira-kira 5 minit jalan kaki dari Bank Risona tadi tu.

JAPAN TOKYO

Kalau datang semasa bunga sakura sedang berkembang (akhir Mac-awal April) boleh rasa pengalaman naik bot sambil menikmati keindahan bunga-bunga sakura yang membentuk macam terowong di Hikawa Shrine.

Disebabkan sakura dah takde, tengok gambar je lah.

HIKAWA SHRINE

Di sini juga masyarakat Jepun ber-hanami (piknik sambil tengok sakura) di Kitain Temple.

Selain dari old town, Kawagoe juga ada shopping street yang moden dan happening. Kita boleh lalu di jalan ni dari Koedo menuju ke Kawagoe Station. Ada banyak kedai makan yang menghidangkan sashimi dan sushi! Banyak patung kepala kuda juga.

Shopping mall yang famous kat sini namanya Crea Mall. Tapi kami tak mall ni sebab dah malam dah.

Kalau anda cuma plan trip di sekitar Tokyo dan mungkin takde bajet nak ke tempat lain (bajet masa dan sebagainya) boleh consider Kawagoe ni. Pekan dia kecik je, tapi OK lah boleh feeling-feeling samurai 🙂

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Sehari di Kawagoe”

  1. Inspirasi Huda Avatar

    Banyak tempat menarik di Jepun. Terbaca tentang Ichiban-Gai teringat pula lagu dari sebuah kumpulan muzik tanahair yang menggunakan tajuk Ichiban. Rupanya Ichiban ni ada sejarahnya di Jepun.

    1. admin Avatar
      admin

      ooo akacan tau Ichiban ramen je hahaha. pasal makannnn aje.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    banyak tempat menarik di jepun, tapi paling teruja jika boleh pergi time musim bunga sakura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge