Saya Nak Pergi Umrah

admin Avatar

Setiap kali tunaikan umrah (wah, macam banyak kali saja kan!) kita pasti akan disambut dengan penuh keharuan oleh mutawif, penduduk Mekah.. “Tetamu Allah” kata mereka.

Dulu saya macam skeptikal sikit. Like.. sesiapa pun boleh ke Mekah kot. Asal ada duit.

TANAH HARAM

Tapi…

Sesungguhnya memang benar panggilan Allah untuk jejak kaki ke Baitullah.

Ada orang ada banyak duit, tapi tak dapat pergi sebab tak ada masa.

Ada orang ada banyak masa, tapi tak dapat pergi sebab tak ada duit.

Ada orang ada banyak duit, ada banyak masa, tapi tak dapat pergi juga.

Hujung tahun ni… saya merancang nak menunaikan umrah dengan Ukhwah Harmoni Travel and Tours pada hujung tahun ini. Ukhwah Harmoni adalah sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah serta pelancongan untuk luar dan dalam negara. Salah sebuah cawangan Ukhwah Harmoni di Kubang Kerian, Kelantan, adalah milik abang BFF saya, Efie Muhamad.

Semua dah siap, dokumen semua dah hantar,… namun ada berita yang membuatkan saya tak dapat nak jejak kaki ke sana…

Betapa mahalnya jemputan Allah ke Tanah Suci. Namun ia tidak menjadikan seseorang itu mulia atau maksum dengan berapa kali kedatangan ke Mekah dengan mengerjakan umrah. Hakikatnya kita tetap manusia biasa yang tak lepas dari melalukan kesalahan.

Semoga rakan-rakan serombongan selamat tiba menunaikan ibadah Umrah dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Tagged in :

admin Avatar

28 responses to “Saya Nak Pergi Umrah”

  1. Fyda Noh Avatar

    Memang betul kak. Untung sungguh dapat jadi tetamu Allah. Sementara muda ni teringin sangat nak menjejak kaki ke sana. Moga Allah mudahkan segala urusan

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      gi lah adik try register pulak

  2. Effa Avatar

    Tak jd ke neni? Hmmm mmg kita rancang, sungguh Allah tentukan.. Mcm mana fa rancang nak bawak arwah abah hujung tahun ni. Dlu, tak der duit, bila dah ada duit, Allah aturkan gini, mmg ianya memerlukan panggilan Allah.. Smoga thn dpn tcapai bwk family jejak ke sana. Amin

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kita hanya bisa merancang,… hihi

  3. Amyz Avatar

    Tak apalah. Ada rahmat di sebalik semua ini. Mana tahu tak dapat pergi umrah, Allah jemput pergi Haji rupanya.. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin. semoga termakbul doa sahabatku ni

  4. Myliferia Avatar
    Myliferia

    Walaupun sedih sebab tak sempat sampai ke tanah air masa hari ayah meninggal tapi syukur sangat sebab Allah terima arwah ayah sebagai tetamu-Nya sebelum menjemput ayahku pergi selepas lebih kurang 2 minggu selepas pulang daripada menunaikan haji

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apsal tak letak link blog? hehe

  5. Aiza Avatar

    wahhh bestnya nak pergi umrah. Semoga Allah permudahkan niat yang baik tu 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      moga dipermudahkan buat Aiza juga 🙂

  6. adianiez Avatar

    menjadi niat aida menjejakkan kaki di tanah haram sebelum usia 45 tahun in shaa Allah.
    sekurang-kurangnya menunaikan umrah.
    memangnya sesuatu yg paling diinginkan…
    apapun, moga Allah permudahkan Lyna utk ke tanah suci kemudian nanti.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      moga Allah permudahkan buat kita semuanya 🙂

  7. Ain Ridzuan Avatar

    Insyallah di permudahkan menjalankan umrah dan menjadi tetamu Allah.. bukan semua orang betul-betul mendapat panggilan-Nya..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      moga dipermudahkan buat kita semua 🙂

  8. SuperNifz Avatar

    Saya dah suami pun plan nak g dlm awal tahun depan. Akan tetapi kita hanya merancang, Allah jua penentu segalanya… Insayallah kami akan sampai jua ke sana nanti. Tolong doa2kan kami k 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sama-sama kita doa mendoakan 🙂

  9. Yong Cantik Avatar

    Umrah dan haji perlukan jemputan..benar sekali…

    Dan..jangan takut nak pegi umrah atau haji sebab takut kena balasan kat sana 🙂
    Allah tu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah yang sedemikian? (takut balasan)

      1. Yong Cantik Avatar

        Ada. takut tak Nampak Kaabah..

  10. najahsalwa Avatar

    Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa kn. Bkn senang nk ke rumahNya. Hanya yg btol2 terpilih je. InsyaAllah ada hikmah. Kot2 xdpt pegi umrah tahun ni tp dpt gi Haji trus tahun dpn, insyaAllah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin, semoga segala doa yang baik-baik berbalik juga kepadamu 🙂

  11. faridah zulkifli Avatar

    Untungnya dapat pergi umrah diusia muda…
    tak ramai yang teringat nak pergi sana pada usia muda…katanya “mahu pergi enjoy dulu”

    mungkin ramai jga yg mengalami kesempitan kewangan dan masa dan juga untuk ke sana

    apa pun selamat pergi dan pulang ya…

    jauh disudut hati saya pun nak pergi jugak… 🙂 bersama suami

    moga2 dibukakan pintu hati dan diberi kesempatan untuk kesana dahalu…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin belum rezeki saya kali ni. ada benda yang lebih utama Allah rancangkan agaknya 🙂

  12. Siti Aisyah Avatar

    tak apa..mungkin tak ada rezeki nak pergi kali ni..
    saya doakan greatgrandnanny dapat pergi yee…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin, utk Aisyah juga 🙂

  13. Moms Avenue Avatar

    Saya berharap sangat satu hari nanti akan dapat jejakkan kaki ke umrah.. bukan pegi sorang atau berdua, tapi dapat pegi sekali dengan kedua org tua..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bawa orang tua umrah Shaklee (Y)

  14. adam muhammad Avatar

    Layari: http://www.abkhgc.com

    Menyediakan ground pakej untuk umrah & hajj bagi keselesaan jemaah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge