SEO atau search engine optimization adalah perkara yang penting bagi internet marketer dan blogger yang mencari makan melalui blog.
Bagi yang tak tahu apa itu SEO boleh baca di sini : Apa Itu SEO (Search Engine Optimization)? dan sini Apa itu SEO?
Walau bagaimanapun, tak semua orang berjaya dalam menjadikan blog atau websitenya mesra-SEO. Malah ada yang bangga bila blognya dirasakan dah cukup SEO, tapi sebenarnya tidak. Ini dibuktikan dengan sales atau CPC yang dijana dari blog itu adalah tidak seberapa. Ini adalah disebabkan oleh silap faham konsep SEO.
Mari kita lihat bahagian mana yang biasanya blogger salah faham tentang SEO ni.
1. Trafik yang tinggi bukan bermakna trafik yang bagus
Saya pernah mendapat satu ‘tips’ katanya kalau nak dapatkan trafik blog yang tinggi, masukkan saja semua perkataan kekunci (keyword) yang glamour dalam entry-entry kita. Pasti senang Google nak cari.
Masalahnya, ramai visitor tapi tak berkualiti tiada maknanya. Banyak trafik dengan targeted trafik sangatlah tidak sama. Umpama ramai orang masuk ke kedai kita cuma nak tengok2 lepas tu blah. Atau mungkin nak tumpang air-cond. Tumpukan kepada targeted trafik, bukan mendapatkan ramai visitor semata-mata. Kalau tak, kita hanya dapat trafik kosong with low conversion rate.
2. Berada di first page Google? Sudah berjaya dalam SEO?
Betul, sekiranya pencarian menggunakan keyword yang paling banyak digunakan. Tidak ada maknanya kalau kita masukkan keyword syok sendiri dan blog kita muncul di muka pertama Google. Misalnya cari tentang ‘Danny Al-Firas anak Mommy Lyna yang comel’. Sah-sah la keluar blog kita je. Rasa-rasa ada ke orang lain yang gunakan keyword itu untuk pencarian di Google?
3. Bina site dalam bentuk flash, gambar, dan sebagainya yang bukan teks
Konon cantik dan canggih bila guna flash, dan guna grafik instead of teks. Website yang menarik ni memang memikat hati pengguna internet, tapi bukan search engine. Search engine ni memang jenis yang ‘do not judge book by its cover’. Dia faham teks saja.. Lebih2 lagi kalau grafik yang digunakan tak ada alt teks… Dia cuma baca … mommylyna.jpeg walaupun dalam gambar tu kita tulis macam-macam.
4. Penulisan yang bias terhadap satu pihak saja – antara pembaca atau search engine
Kita nak menarik kedua-duanya, jadi kita kena tulis untuk kedua-duanya. Menulis semata-mata untuk search engine, kelak nanti blog kita akan dapat bounce rate yang tinggi. Menulis semata-mata untuk pembaca, kelak search engine tak jumpa blog kita untuk di-crawl dan index.
Jadi, kalau nak berada di mukasurat pertama Google, cuba lah semak semula blog korang.. adakah memenuhi kriteria mesra SEO yang dimaksudkan.
Leave a Reply