[iPad MySuperKids] Entry Yang Tertinggal

By | August 25, 2011

Nampaknya memang bulan puasa (alasan!), saya telah tertinggal dua entry hebat untuk Cabaran #2 iPad MySuperKids!

Kenapa saya kata hebat? Sebab kita dibawa kepada SEJARAH DUIT dan SEJARAH PUASA dalam entry Adha yang bertajuk Cabaran #2 MommyLyna – Duit dan Ramadhan. Saya paling suka kalau baca bab objek-objek yang pernah dijadikan matawang sebelum duit sekarang wujud… Paling saya ingat ialah satu kumpulan masyarakat ni menggunakan GIGI! Masa tu mungkin kurang peragut sebab boleh rengkoh gigi sendiri je. Dan orang fakir miskin tu pasti tak bergigi. Hehehe.

Entry Masalifah pula dalam bentuk pantuan 2 kerat.. atau gurindam ke? Kreatif betul 🙂 Jom baca Cukup duit, cukup makan, bersyukurlah karya Masalifah.

Maka tamatlah sudah cabaran #2 untuk contest ini. Siapa kah yang bakal dapat duir raya ni? Susah kan nak buat keputusan. Antara peserta, ramai yang vote Mommy Fara… tapi pembaca lain macam tak ada komen lagi. Tapi entry Mommy Fara memang antara yang mendapat komen terbanyak. Adakah yang paling banyak vote itu yang terbaik? Ataupun saya lebih melihat dari sudut lain, misalnya SEO?

Ahahahaha.

Selingan : Semalam saya jumpa Salwa, katanya blog saya banyak yang dah lama tak update. Saya kata nak update blog ni pun antara sempat dengan tidak. Hehe. Adakah masanya saya memerlukan Guest Blogger?

2 thoughts on “[iPad MySuperKids] Entry Yang Tertinggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge