Royal Horse Palace

admin Avatar

Kami sebenarnya nak tengok upacara changing guard di Buckingham Palace tapi disebabkan keluar lambat, jam 1130 baru sampai kat tepi Sungai Thames. So tak sempatlah dek non.

So kami stop je kat Royal Horse Palace, tengok changing horse guards kat sini je. Tu pun dah hujung2 acara dah. Jadi la kan.

london hdcm 630

Depan rumah Tony Blair. Entah betul entah tak, belasah aje LOL.

london hdcm 638

Abang kuda yang sungguh tabah. Poyo je. Yang kat Istana Negara pun tak pernah pegi, iye2 begambar dengan Abang Kuda di London :D…

london hdcm 641

Berapa agaknya gaji beliau dengan hanya duduk di atas kuda.

london hdcm 644

Fahry takut

Video changing guard kat Royal Horse Palace. Mutu yang sungguh tidak berdaya keunggulan kerana kameralady adalah seorang yang mendokong baby, memimpin toddler, dan berada di celah-celah puluhan manusia.

london hdcm 649

Kat dalam palace tu. Sekarang banyak scaffolding kat London. Mungkin kerja2 preventive maintenance ataupun untuk persiapan Olimpik nanti.

london hdcm 652

Kat belakang tu tadi ada brader guard berdiri kat situ. Ingat nakgi amik gambar tapi sekali dah ada suara suh dia pegi senang diri kat pintu pagar plak.

london hdcm 659

Kat belakang Horse Palace ni ada taman yang saaaangat cantik! St James Park. Cantik memang… bunga-bunga dia…

london hdcm 662london hdcm 660

Saya sangat suka bunga-bunga ni… warnanya sangat striking. Masya-Allah, sebagai makhluk jakun sebab bunga2 macam ni takde di tanahair saya, memang terpegun. Mula la berangan nak pindah duk UK kejap. Eceh…

Mungkin juga disebabkan iklim, atau udaranya yang bersih dan tak berhabuk, rumput pun nampak hijau semacam aje. Kat sebelah bunga2 ni ada tasik, ada swan berenang-renang. Mula la rasa macam Cinderella hehehe.

london hdcm 657

Saya rasa macam tak ada apa lagi yang menarik kat sini. Salah satunya sebab kaki  dah sakit nak jalan2 lagi. Saya baru jatuh dari tangga minggu sebelumnya, ya Rabbi sakitnya kakiku… sampai bertempek-tempek salon plas saya letak. Kalau la tak difikirkan dah berabis beribu nak pegi sana, memang saya lepak tido kat hotel je.

Sayangnya tak sempat nak menikmati taman-taman tu lama-lama… saya suka bunga. Saya suka sebab bunga tu adalah ciptaan Allah yang suci. Dia sangat indah yet sentiasa berzikir. Sebab tu la dia cantik dan menarik. Tapi saya malas nak tanam bunga. Apa kes hehe.

Sampai hari ni saya masih terkenangkan taman-taman yang .. Subhanallah sangatlah cantiknya di London. Rasa nak pergi lagi. Insya-Allah tahun depan kalau ada rezeki lebih (Ya Allah bukakanlah pintu untuk jalan2 atas tiket sponsor – pathetic lah T_T), dan kalau tak pregnant boleh lah pegi hantar Uncle Muhamad 🙂 Ye, saya beritahu Abiy jangan buat saya mengandung sebab saya nak pegi jalan-jalan, LOL.

admin Avatar

2 responses to “Royal Horse Palace”

  1. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    gegegege

  2. meah Avatar
    meah

    wes, mmg lawa gambar tuhs….iklim diorg mmg seswai tok bunga2 gitu…aku pon rindu sgt nak gi lg europe, tak tau ler biler nak ade rezki lagi gi sana…wes, kata nak support blog aku..visit me at http://mrsnik.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge