Yoyooh je lah nutrisi yang lengkap, sebenarnya tak tau nak letak nama apa 😀
Yang sebenarnya puri yang saya sediakan untuk Danny sememangnya lengkap dengan protein, vitamin, mineral, karbohidrat dan pelbagai khasiat makanan dalam satu!
Danny sangat menyukainya! Habis semangkuk, lepas sesudu.. Sesudu. Mungkin kerana teksturnya yang lembut, licin dan gebu membuatkan Danny dapat menelannya dengan mudah.
Resepi Untuk Hidangan Ini:
Bahan- bahan:-
– labu (sumber vitamin A,C,B, zinc, fosforus, magnesium dan pelbagai jenis mineral!)
– sekoi (sumber karbohidrat)
– kacang hijau – yg siap dikupas (sumber protein)
– tempe (sumber protein)
Cara membuatnya:
1. Stim labu sehingga empuk
2. Sekoi, kacang hijau dan tempe direbus dalam satu periuk kecil (kacang hijau direndam dulu)
***kuantiti setiap bahan adalah mengikut keperluan bayi.
Setelah labu empuk dan bahan lain masak, campurkan dan kisar (blend) bersama-sama tanpa air.
Dan siaplah puri yang likat dan sangat sedap!
Danny makin naik badannya sejak mula makan secara serius. Gigih nak berjalan..
Leave a Reply