Resepi Berbuka Puasa : Puteri Mandi Dalam Lautan Epal

admin Avatar

Resepi berbuka puasa kali ni adalah hasil inovasi saya terhadap resepi asal puteri mandi. Hehe. Kreatif konon.

Puteri mandi kalau orang Kelantan sebut ‘kepek idung’ (hidung kemek). Mungkin sebab rupanya kemek kot hehe.

Bahan-bahan untuk membuat Puteri Mandi Dalam Lautan Epal:

*untuk makan 2-3 orang. Kalau lagi ramai, tambah je bahan-bahan.

Bahan untuk kuihnya:

  • 1 cawan tepung pulut
  • Pewarna (bole pakai pewarna semulajadi seperti daun pandan, sirap atau beli kesumba di kedai)
  • Sedikit air untuk menguli

Bahan untuk kuahnya

  • 1 senduk gula
  • Setengah cawan air
  • Kelapa parut
  • Sebiji epal dipotong bentuk dadu

Cara-cara membuat Puteri Mandi:

  1. Tepung pulut dicampur dengan pewarna dan air, dan diuli sehingga boleh dibentuk. Kalau nak banyak warna, bahagikan tepung mengikut jumlah warna.
  2. Bila dah siap menjadi doh, bentukkan bulat-bulat bujur sebesar ibu jari dan picit di tengah2 hingga membentuk seperti hemoglobin (ha kau!)
  3. Sementara itu panaskan air setengah periuk dan masukkan biji2 puteri mandi yang dah siap dibentuk ke dalamnya, tunggu sehingga biji2 itu timbul menandakan ia dah masak.
  4. Untuk kuah, campurkan air dengan gula dan panaskan dalam periuk yang lain. Tunggu hingga gula larut dan menjadi pekat, kemudian masukkan kelapa parut dan epal.
  5. Siap sedia untuk dimakan! (Errr.. tunggu buka puasa dulu)

resepi buka puasa 2010

Nampak sedap kan? Memang sedap pun ahak ahak.

Senang je nak membuatnya, saya biasanya buat kuih muih buka puasa pada hari bekerja. Hari minggu buka puasa di rumah mentua 🙂

admin Avatar

11 responses to “Resepi Berbuka Puasa : Puteri Mandi Dalam Lautan Epal”

  1. masalifah Avatar

    resepi ari ni ko marin nih?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      marin dulu

  2. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    sedak nyo puteri mandi..nok buat retep eh esok. hari ni kami nguli cek mek molek…sedap gok woooo hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wat la wat la hehehe
      cik mek wat doh ari mulo2 poso aritu

  3. Mama Murai Avatar

    nampak sedap tapi adakah kombinasi santan + epal menghasilkan adunan & rasa yg sepadan?. xpe nanti mama cuba ek 🙂
    .-= Mama Murai´s last blog ..Gravatar tidak melindungi privasi pengguna =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bukan santan kak, tapi kelapa parut 😀

  4. transformed housewife Avatar

    merohnyo kaler teri mandi demo. hehe
    .-= transformed housewife´s last blog ..Kes rumah meletup- mercun dan bunga api BM entry =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      telebih ssumbo hahahah

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    Err… hamba tak reti makan kuih tradisional… Buka puasa hari-hari cari agar-agar aje… 🙂

    Bila mak tak makan kuih tradisional, anak-anak pun tak diajar untuk appreciate kuih-kuih turun-temurun ni. Kesian kan generasi muda sekarang… Agaknya 20 tahun lagi, pupus kuih puteri mandi tu kalau takde mak-mak macam Along ni.

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    wah…time ni baru tgk Lyna kuar respi2 Kelantan! 😉

  7. prak Avatar
    prak

    puteri mandi pom ada jugak ore sebut kepek idung yolo jgk,,hehehe tp xsilap kepek hiudung puteri mandi 2 jenis kuih klate hk beza xsilap kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge