Nampaknya sejak saya post-kan status FB tentang acar telur, ramai yang tanya resepi.
Acar telur kegemaran saya ialah mak saya punya, tapi biasalah masakan mak memang susah nak jadi macam dia punya hehehe.
Semalam saya cuma buat acar telur simple saja, sebab tekak tak lalu nak telan rasa2 ‘kakas kasa’ (bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis,etc.) semua tu.
Resepi Acar Telur Simple
Bahan2:
4 biji telur (ikut berapa orang)
Sebiji bawang besar dimayang
Bawang merah, bawang putih (dikisar)
Cili kering kisar/cili boh (ikut kepedasan yg digemari)
Sos cili, sos tomato & sos thai (yang ni tak perlu kalo pakai tomato puree & cuka)
Garam secukup rasa
—beberapa bahan yg saya omit seperti kakas kasa (sebab tak lalu dgn rasa dia buat masa sekarang), cuka (takde cuka kat umah ai!!!), the jintans dan tomato puree.
Cara memasak:
Telur direbus, bila dah masak kupas kulitnya. Lepas tu goreng deep fry sampai kulitnya kekuningan kecoklatan.
Dalam kuali lain, tumis bawang besar, kemudian masukkan bawang kisar & cili boh. Bila dah garing, masukkan sos & garam.
Lepas tu letak telur, gaul.
Siap!
Oh I miss my mum’s acar telur. nanti mak saya datang nanti nak suh dia buatlah 🙂
Tapi resepi ni sebenarnya berbeza2 kot, sebab saya tengok acar telur kat tempat lain, macam lain pula. Apa pun semuanya variety masakan Malaysia kan.
So, uols ada resepi nak share?
Leave a Reply