Cara Membeli Rumah Second Hand

Cara membeli rumah second hand sedikit leceh berbanding rumah baru daripada pemaju. Bukan leceh sebab ape pun, leceh sebab ade extra steps yang anda perlu buat, terutamanya bab valuation dan lawyer yang sendiri mau cari. Sebelum sesiapa pun jadi confius, let me story cara membeli rumah second hand ni langkah demi langkah.

Sebab rumah baru tersangatlah mahal (I myself still berangan nak beli rumah baru), so anda pun decide jalan-jalan survey rumah second hand. By the way, maksud rumah second hand ni adalah rumah yang dah siap tak kira sama ada pemilik tu yang duduk, disewakan ke orang lain mahupun dilelong.

Jalan punya jalan, anda pun jumpa la satu rumah idaman ni, harganya RM250,000. Since anda pun beli daripada ejen hartanah, biasanya anda perlu bayar 3% daripada harga jual sebagai booking. 3% ni bukan owner punya duit, tapi ejen ni yang dapat. Once anda sign booking form tu (Agreement to Purchase), biasanya anda diberi masa 21 hari untuk sign SPA (Sales & Purchase Agreement). Deposit yang dibayar untuk booking consider hangus jika gagal.

Lawyer akan setelkan bab-bab details tentang rumah tersebut (e.g. Land/ Bankruptcy Search etc) untuk buat SPA. Kalau nak cepat, bagi terus copy of SPA antara owner dengan developer supaya lawyer tu boleh start draft dan anda pun boleh start review. Kat sini lah anda perlu pastikan apa sahaja yang dah dipersetujui dengan owner dimasukkan dalam SPA. Contohnya rumah mesti siap sapu, diding rumah di cat semula atau pagar berkarat diganti.

Pada masa yang sama, you kena mintak valuer buat valuation untuk rumah tersebut. PASTIKAN, valuer yang anda nak pakai ni adalah panel bank untuk pinjaman rumah ni nanti. Yang paling famous JuruNilai Bersekutu dan Rahim & Co. Sebelum valuer tu pergi tengok rumah, anda perlu isi Borang Arahan (Instruction Form) dan hantar kepada mereka bersama duit deposit. Biasanya deposit RM100 pun cukup.

Lepas tu valuer tu akan tanya bila you free untuk mereka datang tengok rumah. Kalau anda beli rumah melalui ejen, suruh saje ejen tersebut yang set-kan tarikh dan masa dengan owner, tak payah susah-susah fikir. Lepas valuer tu tengok rumah, dia akan berikan anda laporan penuh dalam masa 2-3 minggu. Kalau nak tolong mereka buat kerja cepat, berikan juga SPA owner dan developer untuk mereka dapatkan maklumat rumah tersebut.

Anda boleh gunakan draft SPA atau borang Agreement to Purchase tadi beserta laporan daripada valuer, salinan gaji, statement bank tempat gaji masuk, simpanan KWSP (print kat kiosk KWSP) & kad pengenalan untuk start apply loan bank. Bank akan bagi respond dalam masa seminggu sama ada pinjaman anda diluluskan atau sebaliknya. Kalau diluluskan, anda akan diberikan Letter to Offer dengan semua details tentang pinjaman tersebut.

Once dah sign Letter to Offer daripada bank, anda akan sign Loan Agreement. Ini adalah perjanjian pinjaman rumah antara anda dengan bank. Anda perlukan lawyer panel bank tersebut nak buat benda ni. Lawyer ni can be different daripada lawyer yang anda gunakan untuk sign SPA. Kalau nak senang, of course la ambil lawyer yang sama untuk SPA & Loan Agreement. In case ade dispute late charges, senang lawyer tu nak handle kes.

There you go, anda baru saja selesai beli rumah!

Happy? Tunggu dulu…

Dalam SPA tu biasanya ada clause yang cakap, anda perlu bayar baki bayaran rumah (let’s 90% baki melalui pinjaman bank) dalam masa 90 hari daripada tarikh SPA. Jika gagal, anda dikenakan interest 8-10% setahun untuk setiap hari yang tertangguh. Untuk baki rumah ni tadi; RM225,000, you have to pay RM18,000 setahun atau RM49.32 untuk setiap hari yang tertangguh. Kalau lambat sebulan, kena bayar extra RM1,479 kepada owner sebelum dapat kunci. Bagi mengelakkan benda ni terjadi, anda perlu follow-up gila-gila dengan pihak terlibat.

Berapa kena bayar untuk setiap pihak yang terlibat? Tunggu…
To be save, subscribe RSS feed MySuperKids bagi memastikan anda tak tertinggal maklumat berharga ni nanti.

69 thoughts on “Cara Membeli Rumah Second Hand”

  1. Saya setuju dengan statement dekat2 last tu, ramai yang tak aware dengan tempoh masa bayar balance 90% tu. Kami pun baru tau sebab ada member dah pesan gile2 sebab dia dah terkena. Kami chase lawyer selalu untuk pastikan kami tak kene late payment charge dalam 1K macam Lyna cakap tu. Alhamdulillah, lawyer kami pun ok, dia kenalan kepada banker yang kami selalu deal. Ada legal firm sendiri bersama isterinya. Mungkin akan kami guna khidmatnya lagi lepas2 ni.

    Make sure lawyer yang kita pilih tu betol2 menjaga hak kita, selalu nasihat kita itu ini dan beri kita maklumat lebih tentang urusan jual beli rumah ni. Boleh bertolak ansur dan bukan menjaga poketnya saja.

    Pilih juga bank loan yang menguntungkan. Sama ada dari segi insurance coveragenya, repayment terms dan lain2. Bukan setakat interest rendah je kerana interest rata2 lebih kurang sama je.
    .-= dbalkis´s last blog ..Bersahur Bersama Herbalife =-.

  2. Thanks for this info lyna.pls be aware when the house is charged/assinged to the owner’s bank. Potential delay usually caused by the redemption process. When we hv to wait for the owner’s bank to deliver to us the documents and for our bank to settle the owner’s loan. Tu belum masuk situation sub sale yng bertingkat2..means sub sale yang dah masuk 3-4 peringkat belian plus docs dh hilang sini sana. Yg ni yang buat lambat. And right, kena follow up giler2 dengan lawyer, cos kdg2 kita ni lupa. yup, kena make sure kita request the lawyer to advise each and every steps supaya kita sentiasa aware tang mana yg boleh bg delay, ending up kita byr late payment interest. Kita pun bleh charge interest bila owner lmbt deliver the keys when we hv paid. Next entry pasal byran ye. : )
    .-= amirah´s last blog ..Satu Ramadhan dan Hikmah Berpuasa =-.

    1. A’ah. Kalo sangkut kt owner punya side, kita tak payah bayar kn. Sblm byr interest tu pun kena ade investigation tgk sape yg buat lambat. Sbb tu sume doc ade cop tarikh terima as a prove.

  3. Good info! I ada satu kemusykilan, kalau kita dah bayar booking deposit, tapi tetiba owner tak nak jual, mcm mana? Can we get back the money? Kena go thru lawyer ke?

    1. Bergantung ape yg ada dlm booking form tu. Besenya owner pulangkan balik je. Ade jugak jenis owner kena pulangkan duit tu dgn interest sekali. Masa ni lawyer tak involve lagi, nothing much they can do. Kalau nk jugak lawyer tu uruskan, mungkin ade extra cost byr lawyer tu.

  4. Salam,
    Saya pun beli rumah second hand..Sangat berkenan sampai tak nak pandang yang lain. Bila hati dah jatuh cinta baru tahu loan rumah subsale tak macm rumah baru (ni kes tiba-tiba rasa nak beli rumah masa BLR turun dulu. Tak sempat nak study). Kebanyakan bank bagi between 80-90% dan nilai pun bergantung pada valuer (kdg2 tuan rumah letak tinggi sebab dia dah buat segala jenis renovation tapi valuer nilai rendah dari tu). Habis 35K KWSP kami husband and wife korek untuk SnP, agen (kami pun guna agen sebab jumpa kat internet) dan bayar kat owner, . Bila masuk tak buat apa-apa renovation pun sebab duit dah kering. Mujur rumah kami datang in package complete dengan kitchen cabinet yang saya sangat suka, grill, dan tambahan wet kitchen.

    to dlynna – Just to share the info. saya pun tak 100% pasti tapi dulu saya pernah tanya agen pasal booking tapi owner tak nak jual. Dia kata kalau kes mcm tu owner kena bayar double. Pastikan agen yang uruskan booking anda bertauliah (buat segala ada documentation dan perjanjian). Dalam perjanjian booking kami dulu memang ada state pasal benda ni.
    .-= hayatizain´s last blog ..Floral Expression hot selling item =-.

    1. boleh kongsi dengan saya membeli rumah second hand. Apa yang membuat anda berpuashati? House condition ok? Harga? adakah sbb harga jauh lebih murah daripada harga rumah baru di area yg sama? Bagaimana pula harga rumah berbanding dgn harga ketika ianya dibeli daripada developer? Tengah mencari rumah, tapi tak tahu nak tgk yg mcm mana. Initially, nak beli rumah yg mudah nak hantar anak ke sekolah dan kami ke tempat kerja, tapi… tak mudah rupernyer..

      1. Apa yang membuat anda berpuashati? House condition ok?
        => banyak jugak rumah second hand ni dah siap renovate. so, boleh masukkan dalam loan rumah. jimat cash. renovate dapur paling kurang pun RM5-10k CASH. puas hati atau tidak itu bergantung. kalau dapat rumah lawa, memang lebih puas hati daripada rumah baru. tp kalau memang suka rumah baru, secantik mana pun rumah second sure still tak puas hati jugak.

        Harga? adakah sbb harga jauh lebih murah daripada harga rumah baru di area yg sama?
        => dengan spec yang sama, sure lebih murah daripada rumah yg baru dilancarkan. tak semestinya lebih murah di area yg sama. kalau area yg sama ada 10 kawasan rumah second,susah nak compare.

        Bagaimana pula harga rumah berbanding dgn harga ketika ianya dibeli daripada developer?
        => sudah tentu lebih mahal, unless kawasan rumah yang kena tinggal macam bukit beruntung. ataupun kalau rumah tu banyak masalah.

        pening cari rumah? cuba tips dalam artikel ni:
        => http://mysuperkids.net/panduan-membeli-rumah-baru/
        => http://mysuperkids.net/9-tips-membeli-rumah-sebagai-pelaburan-paling-menguntungkan/

        Selamat Membeli!

  5. my experience, beli rumah, deal dgn owner terus.pastu lawyer bgtau, usursan akan makan 4-9 bulan utk apartment nie, sbb masalah delay pemaju yg susah nk cari dcument, sbb baru bertukar management.and owner pun aware bab nie, sbb kami mmg menyewa rumah yg nak beli tu dari dia.

    so, yg tu kira cmne? kalau 4-9 bulan, sah-sah la lebih 90 hari..adakah applicable interest tu?

    apstu, bila yg kita kena start byar bank the interest or loan?(in this case, beli rumah 2nd hand)

    pastu, loan offer letter tu, biasanya valid smpi brapa lama ek?

    k
    .-= Hanis´s last blog ..Senarai Restoran Buffet Ramadhan 2010 =-.

    1. Kalau owner acknowledge masalah tu, letak dlm SPA awal2 4-9 bulan free of interest. Since dah sewa rumah tu, cuba masukkan jugak dlm SPA sewa pun part of harga beli? Hehe

      Letter to offer validity tu tak sure brape lama. If i can remember, 30 hari

  6. Salam,

    Nak tanya skit pada saudari, pasal beli rumah 2nd hand. Mana lebih berbaloi kalau beli rumah yang dah siap renovate tapi harga tinggi dengan rumah basic unit dengan harga yang rendah (Cth: Renovated house 320k n Basic unit 250k)? Layout and floor plan sama sahaja.

    Satu lagi, mana yang lebih berbaloi kalau beli rumah intermediate yang dah fully renovated pada harga 290k dengan beli rumah corner lot basic pada harga yang sama?

    Thank you in advance.

    1. Kalau renovation tu worth more than $70k, better yg siap reno.
      Sya lebih suka corner tanpa reno drpd tgh habes reno for the same price. Potensi utk reno rmh corner boleh dpt extra bilik!

  7. hii…sy ingin bertanye ckit psl rumah second hand…FYI sy punyer dh nk ujung2 dah,seller punyer loan dh settle dan sy dh start byr dgn bank,docs yg sangkut hanyalah statement bank seller ngan penukaran hak milik geran…mslhnye sy dh pindah msk umh tu dan sewa separuh drpd hutang asl seller…skrg seller dh x berhutang ngan bank dh tp dia sibuk nk mintak sewa lg dgn alasan selagi dia xdpt duit balance (harga jual tolak hutang seller ngan bank)…padahal untuk dptkan ‘balance’ dia tu, lawyer dia xwat kije,dh 3 bulan baru nk contact pemaju utk wat penukaran geran…So bolehkah seller simply mintak duit sewa ngan sy lg sedangkan dia sendiri dh xberhutang dgn bank,yg berhutang ngan bank adalah saya….plzzz share nasihat&pendapat tuan2/puan2 sekalian…TQ

    1. kebenaran seller mintak sewa bukan bergantung kepada dia dah habis bayar ke belum, tapi status hak milik rumah tersebut waktu itu yang penting. bergantung kepada isi kandungan S&P. tanya lawyer je senang.

      1. tanye mmg bleh tanye…tp lawyer pon ckp xder law mcm tu cumer ‘kebiasaan’ nyer sahaja…xtau la lawyer ni leh pakai ke x…huhuhu…

  8. salam nak tanya kit, saya ada wat personal loan, and ada balance lagi so ingat nak beli apartment tok invest, ok dah umah n lokasi. cuma now tak tau camana prosedur dia, apa2 payment dia perlukan, n how to check umah tu clean or owner tu still hutang ngan bank mana2. kindly if u can reply asap.

    1. owner still hutang dengan bank takde masalah, cuma pastikan balance hutang tu lebih rendah daripada harga belian yusri; supaya bank boleh anggap hutang dia setel bila dia dapat duit from u. kalau tidak, owner kena top up, wic can make things complicated (esp yang amek loan islamik awal2 dulu or yg jenis amek fix rate). tentang anggaran bayaran yang diperlukan, sila rujuk artikel di bawah:
      => http://mysuperkids.net/kos-beli-rumah/

  9. Saya pun pening nak cari rumah ni..saya berminat nak membeli rumah terpakai tapi apakah prosedur dan pembayaran yang akan dikenakan selain daripada harga rumah tersebut???

  10. saya nak tny detail pasal pembelian rumah 2nd hand ni…
    mcm ni…
    saya dah p tgk rumah dgn owner rmh tu….full renovation…area cheras perdana selangor…price dia RM180K, so owner tu ckp kalo nak bayar kat dia 10%…..
    so mcm mana tu..aper perlu saya buat…sy ada 10% ckp2(pnjm dgn parents)….mcm mana dgn kos2 lain….lawyer etc…ini dulu utk skrg….tq

    1. Bahaya kalau cash cume ade cukup2 utk downpayment shj sbb byk lg kos2 lain mcm lawyer & valuer, tak masuk lg kos tuka nama utk sume utility, geran tanah or minor repair (if any).

  11. Minta maaf tuan tanah,tumpang berniaga skit….heheheh!

    Nilam Puri Condominium for sale (Direct owner)!!!!
    Location: Bandar Bukit Puchong 2
    Status: Freehold
    Built up area: 1033 sqft (3 bedrooms,2 bathrooms,huge yard & balcony)
    Unit at Level One,facing swimming pool and playground.
    Nilam Puri Condominium at Bandar Bukit Puchong 2 is a unit with spacious
    layout, attractive design, complete with clubhouse facilities such as gymnasium,tennis court,swimming pool,community hall & mini mart within a secure guarded perimeter.
    Unit comes with a car park, Unifi and Astro ready.

    Quiet and peaceful area…
    -less than 5 minutes drive to mosque,driving range,shop lots and post office.
    -Approximately 5 mins drive to Carrefour Puchong.10 minutes drive to Giant & Tesco Puchong and IOI mall puchong, 5
    mins drive to IOI & Giant Seri Kembangan & Pasar Borong Selangor, 10 minutes drive to Cyberjaya , 15 – 20 mins drive to Putrajaya,
    Kinrara, Bukit Jalil, USJ, Subang Jaya & Kelana Jaya.
    – Easy access to highways; SKVE, NPE n LDP

    Price: 240k

    If interested please call 019-3361337 amir to arrange viewing .

  12. developer bankrupt

    Nak tanya, saya survey satu rumah kosong ni kat Taman Velox Rawang dan minat nak beli. Tapi, neighbour rumah tu kata tu developer punya. Saya cari2 rupanya developer tu dah bankrupt. Dengan sapa saya nak rujuk pasal rumah tu?

        1. Nak tanya lagi..brapa standard bayaran agen kalau mereka urus pembelian rumah..dia cari loan, dia cari lawyer..semua dia urus, kita pergi sain je..ok thanks

          1. ejen biasa caj 2-3% drpd harga belian/jualan. once dh sign booking, dia takkan involve dgn urusan lepas tu. mksdnya, cari loan, lawyer etc semua kita kena urus sendiri. kalo nk suruh ejen buatkan, caj dh lain or extra drpd 2-3% tu td.

  13. salam,

    saya ada sedikit kemusykilan tentang pembelian rumah 2nd hand ni. skrg saya dlm proses membeli rumah di kawasan cheras..double story-basic unit harga jual 175k. saya beli melalui ejen. loan saya da antar ke bank skrg ni tgh tunggu lulus atau x. s&p belum sign lagi.saya ada bg tau dgn ejen yang saya nk bayar 7% balance tu melalui duit kwsp.(kiranya duit ni owner akan dpt lepas 2 ke 3 minggu slps sign s&p).
    lawyer n ejen akan cuba bincang dgn owner (harap2 owner stuju). dan sy dapat tahu dr ejen yg owner masih lg berhutang 17,300 dgn bank dan hutang rumah itu di jangka habis dlm mase setahun. (instalment owner byr ke bank ialah rm750)

    soalan saya:

    1. pernahkah terjadi kes pembeli membayar baki 7% kepada penjual dgn menggunakan duit kwsp (pengeluaran pertama utk membeli rumah melalui akaun ke2) selepas sign S&p dan bukan di bayar ketika sign s&p?

    2. kos hutang penjual rumah tadi dgn pihak bank siapa yg akan bertanggungjawab?saya atau pun owner? bagaimana pengiraan nye?

    3. utk mencari lawyer pulak adakah menjadi masalah sekiranya saya dan owner menggunakan lawyer yg sama? ade pandangan x?

    4. bolehkah saya memasukkan kos2 kerosakan rumah (sekiranya ada) ke dlm s&P. bolehkan harga rumah di kurangkan sekiranya ade sebarang kerosakan?

    terima kasih n di harap kawan2 semua dapat memberi pendapat.

    tq :)

    1. 1-bulih je byr duit kwsp lepas sign s&p tp kena usahakan la jgk baki duit downpayment (biasanya 10% atau berbaki 7% lepas byr 3% booking kpd ejen).
      2-kalau mksdnya siapa yg kena setelkan hutang owner, duit tu dtg drpd duit pinjaman bank yg apply nk beli tu td. tak pyh ambil tahu pn xpe kalu baki lg rendah drpd duit yg bkl di reimburse oleh bank kpd owner.
      3-byk je org pakai lawyer yg sama tp saya tak suka mcm tu. sbb kalu ade dispute apa2, lawyer tu ambil mudah sbb dua2 bwh dia. saya suka sepak lawyer owner & owner tu sendri kalu drg lambat bertindak melalui lawyer saya, hehe. lg2 kalu bli thru ejen. sbb lps dpt booking ejen tu da tak hirau pn ape nk jd lps tu. sume bergantung kpd lawyer msg2.
      4-bulih sgt2, aslkn owner pun agree la. saya pun ade je masukkan mcm2 syarat dlm s&p yg tak penah dibuat dek org, haha. cm kalo ade cat tekopak owner kena setelkan 5 hari bekerja lps VP etc.

      1. Kalau dapat owner yg urgent nak jual atau rumah dia tak laku tak apa nak sound2,kdg2 sebelum byr 10% owner bagi kunci,ada kes2 yg i jumpa mcm tu, tak banyak tapi ada..kalau guna 1 lawyer pasti cepat sgt, kalau guna 2lawyer lambat nak mampus..alamatnya 4-7 bulan la proses..kalau dapat owner yg tak kisah lambat..erm faham2 la silap haribulan urusan semua tak jadi..so apa2 pun sesiapa yg tak sabar atau excited nak dapat rumah awal..deal awal2 dgn owner dan lawyer, nak kunci awal selepas 10% or 3bulan yg mana dahalu, kalau dia kata tunggu loan masuk atau tunggu semua selesai hati2 la mungkin akan jadi begitu lama sangat..hehe..

        1. mmg biasanya owner hanya akan bg kunci lepas bank release balance lol. kalo dia dh bg kunci ke buyer lepas byr 10%, apa dia nk buat kalo tadek bank yg nk finance pembelian tu? kalo i owner, maleh nk tanggung risiko entah pape gini. tgg dpt semua duit baru bg kunci.

  14. hye,

    Saya ada masalah dgn membeli rumah second hand. Owner rumah ada masalah ingin menjual rumah kerana kematian suami. (Loan atas dua nama). Sekarang loan saya dah lulus, tapi proses nak tukar nama menjadi masalah pada owner rumah sebab rumah tu blom cukup tahun utk di jual. (tarik matang May 2012). Berapa lama kah proses ini akan berlaku? Apa yg perlu saya buat utk memastikan saya selamat dalam kes ini. Lawyer owner kata kes ini akan ambil masa dalam setahun. Saya juga takut loan saya hold terlalu lama.

  15. Salam,

    saya nak minta khidmat nasihat utk membeli rumah..first time nak beli rumah..sy dan suami ada berkenan dgn rumah second hand ni..kami dah berjumpa direct dgn owner nye..rumah tu owner dah bayar habis, so takde hutang..cuma kami tak tahu cara urusan urusniaga yg sepatutnya utk proses beli rumah ni..owner tu kata kami kena cari lawyer sendiri..dan loan juga kami kena buat sendiri dgn bank…dan borang SPA tu mcm mana? di mana sy boleh dptkan borang tu? terima kasih sgt2 klu dapat membantu kami yg cetek dgn urusan beli rumah ni… :)

  16. Sy nak tnya pasal pereanggan terakhir.
    sy beli rumah 2nd hand, title masih di bawah pemaju. Sy dah sign s&p & dlm proses untuk keluarkan kwsp. Skrg ni, sy nak pastikan sy tak terkena penalty lewat 3+1 tp sy tak tau apa yg sy nak follow up dgn lawyer. Boleh tak tolong bagitau step yg lawyer perlu buat untuk pastikan bank boleh release payment sebelum 3 bulan.

  17. Salam…saya nak tanya, kalaulah kita dah bayar full rumah second hand tu, tapi bila masuk rumah tu barulah saya perasan ada banyak crack, kerosakan,wiring yang berbahaya, ada penambahan rumah bahagian belakang yang rupanya tidak diluluskan dan retak yang besar.adakah saya boleh menuntut balik atau menuntut sedikit wang untuk membetulkan kerosakan daripada owner.saya dah tanya pada lawyer dia kata x boleh buat apa2.tapi saya rasa telah tertipu.boleh tak bagitau saya apa yang patut saya buat?terima kasih.

  18. epatmen usia 10 thun….85k…agen mtak saya sediakan 30k sbagai dpsit….saya x tau cara sbenar,,,saya kna ambil loyer jugak ke?????

  19. Saya ada seorang kawan peguam yang boleh menguruskan untuk jual beli tanah/rumah bagi selangor/kl/negeri sembilan/pahang/Johor. Khidmat nasihat percuma dan boleh tanya apa sahaja pasal jual beli rumah tanah dan apa juga berkaitan undang-undang. Saya telah banyak kali berurusan dengan beliau.Boleh bertolak ansur dan amanah. Boleh hubungi beliau : En Ahmad call/sms [012-3059036]

  20. Saya berminat beli rumah subsale di puchong. setelah membuat proses pinjaman perumahan di sebuat foreign bank, loan telah direject kerana menurut polisi bank tersebut, pinjaman hanya akan diluluskan jika rumah telah siap sepenuhnya dan ada CF. Minta pandangan.

  21. saya nak tanya…jiran sebelah rumah nak jual rumah dia..dia masing ada balance dgn bank dalam 10k…jd apa proses yg perlu saya buat?berapa lama prosesnya..

  22. kalau beli rumah melalui ajen, diorg akan charge berapa % selalunya?…dan charge tu termasuk dlm deposit 10% ke atau just upah ajen tu je?..

  23. Salam,
    saya berkenan sangat dengan satu rumah ni. Lokasi strategik, rumahnya pulak fully renovated cantik sangat. So saya pun jumpa owner, bincang dan bayar RM1000 sebagai booking. Tak wat agreement apa pun, kiranya duit sebagai tanda jadi. Lepas tu owner rumah menyerahkan sepenuhnya urusan jual beli kepada ejen dia. Jadi saya berurusan dgn ejen owner. Bila masa nak wat SPA saya dah pilih lawyer, lagipun buyer yg nak kena bayar lawyer. Tapi ejen rumah berkeras nak lawyer derang yang wat SPA. Malah dia memujuk saya utk menyerahkan semua urusan peminjaman (saya wat gov loan) kepada lawyer tersebut. Pendek kata derang nak buat semua, dan saya bayar jer nanti. Last2 saya rasa dah tawar hati dan nak tarik diri. Ejen tu cakap kalau saya tarik diri saya kena bayar double kat owner (RM2000). Perlukan saya buat demikian sedangkan tiada apa perjanjian yang dibuat, cuma cakap mulut saja. SPA draft pun lum buat. Apa pendapat mommy Lina?

  24. Salam,
    sye nk tnye, sye da beli rumah subsale.. Pada mulanyer, proses berjalan lancar, tp ble last step nk claim balance untuk owner, lawyer owner hlg kn dokumen asl.. Power Attorney n R&R.. jadi lawyer sye xbleyh advice bank utk kluarkn cek sbb xckp dokumen.. Tp smpi skrg lawyer still xdpt dokumen 2.. skrg bank da charge sye, sbb die da byr redemption.. sye minx dgn owner utk msk awl, die xbg.. Sye rse mcm nk cancel jer.. sbb da bpe lme.. sdh nk dkt setahun.. kt malaysia xde law ke utk pembeli rumah.. rse mcm dianayai sbb da byr bank tp rmh still xdpt msk sbb owner xdpt balance.. padahal owner xde pe2 commitment ngn rumah 2 lg.. kt geran pn da tukar nme.. Mcm mne nyer mommy lina? de cadangan x?

  25. salam, saya nk tny, nk mintak pndangan pd yg arif pasal bab beli rumah ni, sbb sy tak thu ape2… pening… >_<'

    Saya br je nk bli apartment, owner pn stuju nak jual kat saye, mslhnya sy dan owner pulak xthu urusan jual bli rumah second hand ni.. so dia mintak sy handle sndri..

    aptmnt owner bli thn 2009 guna gov loan die, so nk jual skg, xurgent so die bg sy mase tuk uruskan hal ni. sye pun nak bli aptmnt tu guna gov loan gak..

    sy ade baca yang jurunilai kena tngok rumah tuk nilai hrga rumah ikut psrn smasa, yang saya was2, klu kite nak guna bank loan, bank tu sndiri ada panel jurunilai dia sndri. (tolong betulkn klu sy slh). jd mcmana pulak klu kite nak loan rumah tu guna gov loan? ada pnilai rumah khas tuk gov loan ke? ape step yg plu sy ambil? tolongla sye…. terima kasih…

  26. Selepas Spa sudAh sign oleh kedua-dua pihak,apakah tindakan
    Undang-undang jika penjual mengantungkan notice “untuk disewa”?

  27. Baru tahu selepas booking owner berada di luar negara. Masalah loan tiada. Apa perkara patut saya settle dengan lawyer. Mithalnya gadaian dan SnP. Nak tunggu dia balik? Wakilnya pula ada kat Johor tak mahu commit dgn charge gadaian kat lawyer sebab mahal(RM 1700). Selamat kah pembelian ini?

  28. salam..saya dlm proses nak beli rumah.antara rumah lelong dgn rumah subsale.yg mana senang prosedur dia.saya dgr rumah lelong susah,walaupun kita menang bid,tp ada mslh dgn owner asal.tlng bantu saya.terima kasih.

  29. salam..saya n suami dlm proses beli rumah second hand…terus melalui owner…nk tnya lau nk submit loan bank terusdpt salinan fotokopi geran rumah dr tuan rumah..adakah bermakna tuan rumah dh hbis byr segala hutang rumah ngn bank??lg 1 sgala tunggakan hutang bil2 air n letrik tu sapa kena settle??sbb sgala urusan lawyer owner tu yg uruskan…untuk safety kes tkt kena tipu…ada blh bantu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge