Rasa macam tak sampai 6 bulan buat kaki palsu dia, now dah pendek, sebab tuannya meninggi. So kami bawa Fahry ke PPUM jumpa Mr Irfan. Actually sejak Atok yang buat kaki palsu Fahry pindah ke Melaka, dah agak sukar kalau ada apa-apa dengan kaki palsu Fahry… so saya cari tempat yang lebih dekat. Dan jumpalah BioApps di PPUM. Alhamdulillah.
Rupa-rupanya kaki palsu Fahry dah kena extend by 1.5cm. Agak banyak, patutlah dia jalan senget semacam.
So Mr Irfan adjust pylon dia, tapi dah sampai maksimum pula. Jadinya selepas ni dah tak boleh extend, tapi kena buat kaki barulah pula.
Nampaknya sekarang ni makin kerap kena buat kaki baru sebab Fahry meninggi dengan pesat.
Ya… macam ni lah perjalanan si Fahry.
So kita yang sempurna bersyukurlah dengan anggota yang kita ada. Mungkin kita ada tak suka rupabentuk anggota2 kita, tapi kita ada ia..
Leave a Reply