Rawang “NO Wang”, Nilai “NO Nilai” & Bkt Beruntung “NO Untung”

admin Avatar

Jika anda pernah berminat nak melabur dalam hartanah, pasti pernah dengar kata-kata “Rawang Tadak Wang”, “Nilai Tadak Nilai” & “Bukit Beruntung Tadak Untung” SO “jangan la pernah terfikir nak beli rumah kat situ”. Kalau tak pernah dengar tu buat-buat jela pernah dengar yek, huhu. Tapi, kenapa orang cakap camtu?

Bukit Beruntung pernah popular sebab pernah nak dijadikan Lapangan Terbang Antarabangsa gara-gara Lapangan Terbang Subang tak dapek nak menampung “future development”. Ini kerana kawasan sekelilingnya adalah pusat penempatan manusia. Sebab nak bangunkan Putrajaya & Cyberjaya, KLIA dibangunkan di Sepang pula.

Land & General habis berjuta ringgit (rasanya tak sampai billion ringgit lagi masa tu) nak mempersiapkan prasarana dan membangunkan hartanah. Sebab tukar plan, Syarikat hartanah gergasi ni (GLC + Bumiputera umpama Sime UEP aka Sime Darby property) bankrupt dan dijual kepada pelabur Hong Kong. Since then Bandar Sri Damansara (yang merupakan flagship township bagi Land & General) sunyi sepi tanpa development baru.

Harga rumah di Bukit Beruntung jatuh teruk since then. Kes jenayah makin banyak sebab township macam kena tinggal. Sangat banyak kes bumbung pangsapuri bocor la, takde maintenance la and terlalu dhaif sebab memang sudah dilupakan kerajaan (masa tu la).

Cerita Rawang ni pulak popular bila banyak rumah mewah (Semi-D & Bungalow) dibangunkan di kawasan pedalaman. Yang jadi masalah ialah harganya yang tak berapa mahal (masa tu) membuatkan orang KL yang tak berapa kaya terliur dan terus beli tanpa fikir panjang. Sampai ramai yang jual rumah teres mereka di hartanah hotspots seperti TTDI, Bangsar & Hartamas sebab nak upgrade ke rumah yang lebih luas di Rawang.

Masalah timbul bila rumah dah siap dan penghuninya berpindah ke rumah baru. Kalau dulu ambil masa 10-20 min untuk ke tempat kerja di KL, kini mereka terpaksa habiskan masa 1-2 jam atas jalan sebab jauh + kesesakan lalu lintas. I think banyak yang sangkut kat Jalan Kuching (yang masih kena tol 20-50 sen masa tu?).

Tak ramai yang lalu highway Plus masa tu sebab nak jimat kot. Somore masa tu persepsi penggunaan tol ni hanya untuk balik kampung dan orang yang berduit je yang mampu guna tol untuk pergi-balik kerja. Kalau dari Rawang, jalan jem right from Templer Park. Memang sangat mengecewakan bagi yang dah biasa spend 30-min at most to office.

Memang ada yang jual rumah mereka di TTDI, Bangsar, Hartamas & Damansara sebab nak beli rumah lebih besar di Rawang menyewa semula di lokasi di tersebut. Ini menyebabkan harga rumah Rawang agak stagnant kalau tak jatuh sedikit (again, masa tu la).

Nama Nilai naik sejak banyak pemaju beli tanah kat sana beramai-ramai. Pemaju ni beli kat Nilai untuk dijadikan landbank mereka bila Selangor & KL makin habis dimajukan. Masa tu memang ramai orang Nogori dapat durian runtuh lepas jual koleksi tanah-tanah mereka. Yang bijak sikit simpan yang tak berapa pandai tu enjoy kereta mewah.

Populariti Nilai jatuh bila pelabur hartanah gagal nak buat duit daripada pembelian mereka. Pulangan sewaan cuma 1-2% atau beli rumah dengan harga RM150-200k tapi sewa cuma RM150-300 sahaja. Penyewa yang kerja KL tak sanggup bayar lebih sebab duit perlu dihabiskan untuk tol & minyak dan almost tadek demand daripada penyewa yg kerja situ sebab tiada sumber industri (melainkan pekerja kerajaan) selain perniagaan runcit.

Ramai yang putus asa dengan pulangan sewa yang rendah dan cuba jual saja hartanah tersebut. Namun yang lebih menyayat hati bila up for sale pun tadek orang beli. Antara sebab yang saya boleh pikir ialah kerana harga jualan pemaju lebih mahal daripada rumah yang lebih dekat dengan KL; eg Klang, Puchong etc.

Nah, ini semua kisah silam. Apakah masih applicable masakini?

Nantikan ulasan saya seterusnya….. HeHeHe….

admin Avatar

9 responses to “Rawang “NO Wang”, Nilai “NO Nilai” & Bkt Beruntung “NO Untung””

  1. halen Avatar

    owhhh baru sy tau story mory ini hehe..

  2. sue Avatar

    woww.. sejarah yang perlu diambil ikhtibar.

  3. mrs. k Avatar

    sis, saya beli rumah di nilai.. dan skang menetap di nilai.. at 1st, beli umah ni sebab nk invest.. umah dekat dengan usim.. so, mmg high demand utk student.. sewa skang almost rm1000-1500… tapi sayang pulak nak sewakan.. so, duduk je la..

  4. adha Avatar

    in future, akan jd x applicable….

  5. Coffee Mama Avatar

    Aiseh…Tgh excited baca, tetiba habis pulak..Menantikan ulasan yang seterusnya, i observer je..Tak berani nak invest lagi

  6. kinna Avatar

    penah dgr jugak pasal quotation kat atas..kakak sy salah seorg yg beli rumah kt bdr sg buaya, rawang. sewa rm200 je (half-furnish). sian kan..teringat iklan bdr sg buaya kt tv masa kecik2 dulu, “suasana bandar ala kampung”(lebih kurang gini la bunyinya) kunun..

  7. min Avatar

    Yer,,cerita kat atas tu memang ada benarnya..tapi untuk 2,3 tahun kebelakangan nie..situasi di Nilai telah berubah..kawasan sekitar yg lebih dekat dengan KLIA/Putrajaya/Cyberjaya rate sewa dah meningkat..cuba lihat di http://www.salaktinggi.com banyak permintaan untuk mencari rumah sewa..

  8. shaz Avatar
    shaz

    pelaburan hartanah di rawang memang slow. sampai sekarang pun (2016). byk rumah dijual pada harga under market value. serendah 19 000 – 35000 utk rumah kos rendah.cthnya apartment Dahlia & Anggerik di Bukit beruntung. Rate sewa kat sana pun murah , around 180 -350 shj. org cina siap cakap tempat tu x de feng shui ong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge