Seseorang bertanya tentang sebab saya bersungguh sangat menganjurkan workshop Work at Home Working Mom ni… Saya ni dah berjaya sangat ke. :)….. Hehehe. Kalau saya dah berjaya, saya dah tak ada kat sini. Saya mungkin dah mati sebab dah habis misi saya kat atas dunia ni. “Haiyya a’lal falah..” marilah menuju kejayaan… dilaung 5 kali sehari. Kita mendengarnya dari kita lahir sampailah saat akhir. Tak pernah berhenti seruan mengajak ke arah kejayaan. Kalau dah mati mungkin kita dah tak dengar seruan untuk berjaya. Itulah ultimate kejayaan 😀
Berbalik kepada WoHoWo ni… saya sebenarnya dah lama plan dengan Mummy Assie. Memandangkan ini workshop pertama kami, maka persediaan memang kelam kabut sikit, walaupun kami dah merangka dari awal. Kenapa nak buat sangat? Begini ceritanya…
Saya ni dulunya seorang yang negatif, bila orang berjaya, saya pandang sebagai “Alah… dia takpela… dia anak Datuk…”, “Ala…. dia takpela… dia ada itu.. dia ada ini…”.
Satu lagi ialah perangai suka mencari dan membuat alasan. Macam2 alasan boleh buat, especially kalau dah beranak-pinak. Sibuk jaga anak, anak kacau, anak buas, dan sebagainya. Saya pernah mengalami semua tu. Setiap hari kerja mencipta alasan.
Namun apabila menerima ‘pencerahan’, dapat keluar dari kepompong tersebut telah membuka mata saya seluas-luasnya. Setiap benda yang ada di depan saya adalah terpulang kepada saya untuk mencanai macamana.
Kerana itu bila ramai yang menyangka saya mempunyai pembantu rumah, dan anak-anak saya jenis berdikari, saya senyum saja. Sebabnya saya tak ada pembantu rumah, dan anak2 saya ditakdirkan adalah jenis yang melekaaaaat manjang. Saya juga disangka kaki makan kedai. Sedangkan cuma beberapa kali dalam sebulan kami makan di luar, terutama untuk meraikan sesuatu acara, dan masa2 malas nak masak 😛
Perubahan yang saya alami membuatkan saya berasa teruja untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan teman-teman, bahawa setiap kita mampu berubah, syaratnya ialah ubah mindset kita.
Saya pernah kena marah teruk dengan suami saya kerana katanya “Abang tak faham kenapa you tak sempat tu tak sempat ni. Apa je yang you sempat buat?”.
Saya berasa empati bila kawan2 saya memberitahu mereka mahu melakukan sesuatu, mungkin something like I did, tapi mereka tak mampu dan tak ada masa. Anak merengek. Suami demand itu ini. Dan macam2.
Kata kunci pertama ialah redha suami… nak buat apa2 biarlah atas keizinan suami. Bincang dulu dengan suami kalau nak buat apa-apa.
Jadi dengan WoHoWo Mom Workshop ni saya berharap saya dapat berkongsi dan memberikan satu cetusan dalam jiwa rakan2 saya, bahawa nothing is impossible, kecuali jika kita banyak alasan. Sekarang saya tak layan sangat kalau yang penuh alasan. Biarkan ajelah. Like one time seorang kawan saya memberitahu beliau tak boleh nak menyusukan anak, kerana kariernya sebagai guru sekolah. Saya kata “Ooo.. mesti kau lagi sibuk dari engineer. Engineer kena pergi site, tak termasuk offshore.. kena pegi meeting sana sini, tapi ramai engineer yang menyusukan anak mereka”. Tapi manusia ni kalau memang suka buat alasan, hanya alasan saja yang keluar. So takpelah. Bukan saya rugi apa-apa.
Atas kesedaran itu, saya rasa tak perlu ada alasan untuk WoHoWo. Kenapa?
PERTAMA, saya hampir menitik airmata kesedihan bila seorang teman saya mencari sebuah rumah teres di tengah2 Kuala Lumpur. Bila ditanya budget, adalah RM150k ke bawah. T_T Sedih, nyah. Mana nak cari rumah TERES 150 ribu di KL? Apartment di Kajang pun dah 100 ribu T_T. Sedih sebab beliau terlalu innocent untuk menyedari hakikat ekonomi dunia hari ini.
KEDUA, teman saya juga, terpaksa menahan perasaan bila menghantar anak2 ke taska yang tidak berdaftar dengan JKM, walaupun dia memang tahu dan memang banyak ciri2 taska tersebut yang tidak menepati piawai JKM.. sebabnya ialah taska tersebut menawarkan harga yang jauh lebih murah dari taska JKM berdekatan.
KETIGA, bila berdepan dengan teman yang tidak ada kerja lain melainkan merungut saja. Tengok orang lain senang, merungut. Tengok orang ni ada duit, merungut. Merungut, merungut… tak bawa kita ke mana2. Berhenti merungut, jomlah kita memungut, memungut ilmu untuk masa depan yang lebih cerah.
Saya rasa cukuplah tiga. Banyak2 nanti menyampah pula selak keaiban orang.
Maka, dari situlah saya rasa saya patut share sesuatu. SAya nak kawan2 saya semuanya berfikiran matang dan terbuka. Golongan di atas membuatkan saya penat untuk berborak2 dengan. Tapi saya memang suka berborak dengan kawan2. Dengan mereka ni saya terpaksa ‘downgrade’ myself. Sebab bila kita bercakap tentang rumah teres 900 ribu di KL, mereka kata kita berlagak kaya. Sedangkan kita cuba nak beri idea kepada mereka bahawa ‘kau janganlah mimpi nak beli rumah teres di KL kalau budget 150 ribu’. Walaupun niat kita sebenarnya nak bagitau ‘kau kena cari duit extra (tak kira la part time ke, tukar kerja ke, personal loan ke) dan up-kan budget kalau nak beli rumah KL’, tapi yang difahami adalah ‘kau ni memang takde duit, so tak payahla berangan’.
Perkongsian secara direct begitu memang payah. Sebab kita tak ada kredibiliti, terutama dengan teman baik sendiri. Kalau orang lain yang tak ada kaitan, lebih mudah nak approach.
Jadi saya gunakan platform WoHoWo. Saya bukan nak kaya atau cari untung dengan bengkel ni. Masa yang saya guna (dan Mummy ASsie jugak, I suppose) untuk bukak bengkel dan bercakap2 tu, saya boleh gunakan di tempat lain untuk dapat lebihh banyak return. Tapi saya cuma nak berkongsi tentang pengalaman kami berdua, supaya rakan2 yang hadir dapat mengubah mindset, tak lagi dibelenggu alasan .. tak ada masa, anak merengek, banyak kerja.. etc.
Ikhlas cakap, anak saya, anak Mummy Assie dan anak Kay (my partner) adalah jenis2 yang bila-mak-masuk-tandas-mereka-berdiri-di-depan-pintu-sambil-ketuk-dan-nangis. Tapi kalau nak guna itu sebagai alasan… tak ke mana dah kami. Kay mungkin sekarang tengah mengira apa benda yang ada untuk digadai sebagai membayar hutang loan belajar. Mummy Assie mungkin sedang menangis dalam bilik kerana suaminya yang weekend husband tu tak call malam ni. Saya pula masih seorang loser.
Kami bukan supermoms, kami cuma ibu2 biasa yang berkeinginan untuk keluar dari rutin kehidupan ‘yang biasa’.
Kalau nak tahu rahsia kami, daftarlah dalam WoHoWo Workshop Siri 1 ni ya 🙂 *borang pendaftaran dalam entry yang sticky itu.
Leave a Reply