Zaman ni bila ibu bapa dan mula ambil berat tentang benda-benda chemical terutama yang kita beri kepada anak, maka ramai yang sudah beralih kepada ‘main hantam saja’ kepada produk-produk yang mesra alam.
Dalam penggunakan botol susu, kalau dulu mungkin kita main pilih je yang mana rasa ‘berbaloi’ tapi sejak pendedahan dibuat terhadap botol susu BPA (Bisphenol A) yang mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Jadi ramai telah kembali kepada botol kaca dan memilih botol plastik tanpa BPA. Walaupun harganya agak mahal namun demi sebuah kesihatan bergenerasi, berhabis sikit takpe daripada berhabis banyak bila dah sakit.
Dengan 3 anak ni, pelbagai jenis botol susu saya guna. Dari Avent, Breast Flow, Medela, Dr Brown, Pigeon dan apa lah jenis botol susu yang ada. Anak-anak saya minum dalam botol susu semasa di taska dengan pengasuh je (minum EBM = expressed breast milk). Di rumah dah ada yang asli hehe.
Sekarang ni Danny gunakan botol susu Pigeon PPSU ni. Aduh, tak dapat cari angle yang baik bila dengan dia, jadi terpaksa guna gambar dalam Google saja 😛
Wheeee.. macam2 saiz ada.
Cantik kan rupa dia. Hehehe.
PPSU ni wide neck, jadi senang nak tuang susu (EBM) ke dalamnya. Wide-neck ni sesuai untuk anak-anak yang menyusu badan sebab bentuk puting wide neck ni lebar… lebih kurang (tapi tak sama OK!) dengan yang asli.
Ada orang tanya saya, perlu ke bagi anak minum guna botol? Ye lah, memang lah tak perlu kalau maknya ada bersama dia 24 jam. Dan tak perlu juga kalau boleh beri dengan cup atau sudu (lebih baik untuk elakkan nipple confusion). Jadi, itu pilihan masing-masing. Mana yang terbaik untuk anda, maka pilihlah 🙂
Dan saya suka dengan putingnya… sangat lembut. Pigeon Peristaltic ni memang dah lama dapat ‘good rapport’ di kalangan ibu menyusu (yang bekerja & tinggalkan anak dengan orang). Banyak masalah nipple confusion dapat diselesaikan, alhamdulillah. Walaupun tak semua dan tak semestinya, tapi kita usahakan yang terbaik.
Putingnya tu lembut sangat. Yang penting flow dia, tak macam puting biasa. Ia keluar bila baby hisap. Jadi ia ‘mimik’ (again, ia sesekali TAK SAMA) dengan puting mak dia.
Sebenarnya saya nak rekod video betapa best-nya menggentel puting PPSU ni hehehe. Tapi… nanti adegan lain pulak yang timbul >__< hehehe. Ape lah… Takde, nak cakapnya sangat lembut dan best.
So, kepada ibu2 yang sedang dalam dilema nak pilih botol mana satu untuk bayi anda yang menyusu badan sebelum kembali bekerja, bolehlah timbangkan botol dan puting PPSU Pigeon ni.
Boleh riki dulu dalam website Pigeon Malaysia. Dan ada info tentang breastfeeding jugak tau.
Buatlah pilihan bijak untuk anak anda!
Leave a Reply