Tetap Pendirian dan Tulisan Tangan

admin Avatar

Tulisan saya semasa sekolah rendah senget benget, kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap bulat kejap leper. Seorang kawan menegur, “Along tahu tak, tulisan tak tetap ni tanda tak tetap pendirian!”

tulisan tangan

Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi agak tepat juga kerana saya pada masa tu memang tak ada pendirian. Ikut-ikut orang saja. Orang begitu kita begitu, orang begini kita begini. Nak ke mana-mana pun tunggu kawan ajak.

Walaupun saya ketua kelas pada masa tu tapi tak berani nak marah budak2 yang langgar peraturan… Habis2 tulis nama je dan tak beri pun pada cikgu. Maklumlah, semua kawan-kawan, pada masa yang sama takut juga cikgu marah, tapi takut kawan-kawan marah pun ada juga…

Tak tetap pendirian, atau tak ada pendirian ni sebenarnya satu penyakit yang sangat bahaya. Ia mungkin tak membahayakan orang lain, tapi diri sendiri. Kita tak ada pengetahuan dan keyakinan, mana yang kita rasa ‘kuat’ dan boleh support kita, kita berpaling pada pihak tu. Tapi di akhirnya rupanya itu adalah pihak yang salah, kita berpaling ke pihak lain pula.

Susah macam ni, menjadikan diri sendiri macam bola. Orang kata, talam dua muka. Sekejap di sana, sekejap di sini, ikut mana tempat yang dia rasa akan menang.

Namun peluang untuk berubah sentiasa terbuka. Allah jua yang mengikat hati-hati kita.

Sekarang tulisan tangan saya dah tetap, tak berubah-ubah dah.

Ia adalah – ILLEGIBLE!

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Tetap Pendirian dan Tulisan Tangan”

  1. irfa Avatar

    tulisan msa skolah dulu rasanya senget tp lawa
    skrg tulisan tgn sgt huduh.huhu

  2. mama_meah Avatar

    tulisanku maseh berubah2 sehingga kini..apekah??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge