Dah seminggu lebih cuti sekolah berlalu. Macam-macam program yang ibu bapa semua rangka untuk anak-anak kan. Ada yang bawa anak bercuti, ada yang hantar kem cuti sekolah, ada yang ikuti kelas intensif dan macam-macam lagi.
SuperKids bertiga ke mana?
Balik kampung.
Sepanjang cuti sekolah, mereka berada di bawah jagaan emak dan ayah saya di kampung.
Anak-anak saya anak bandar yang tak keluar rumah, dulu mereka tak kenal lembu. Tengok lembu dalam buku yang warna tompok putih-hitam tu saja. Bila tengok lembu Malaysia yang warna coklat tu mereka tak tahu itu apa. Ayam pun mereka excited bila nampak. Apa lagi kambing, kerbau dan sebagainya.
Semua tu tak ada di rumah kami di Kuala Lumpur. Di rumah Nenek mereka di PJ pun tak ada juga. Jadi kami hantar mereka balik ke rumah emak dan ayah saya di Kelantan.
Di kampung mereka kenal ayam, kenal itik, kenal lembu, kena kambing, kenal selut, kenal rumput.
Yang penting, mereka boleh kenal dan dikenali oleh orang-orang kampung. Generasi muda ni, saya pun dah tak kenal. Saudara sendiri pun, tak kenal. Mana tidaknya, jarang sangat jumpa. Sesekali berkumpul (biasanya hari raya atau kematian orang penting dalam keluarga) barulah nak berkenal-kenalan. Tapi kalau terjumpa di tempat lain, sah tak ingat dah.
Sebulan di kampung, pasti mereka dapat manjaan dan layanan istimewa dari tok ayah dan mak tok mereka. Maklumlah, cara ibu bapa dan datuk nenek pasti tak sama. Ayah dan mak saya suka melayan kehendak cucu-cucu mereka.
Sebenarnya, hantar anak balik kampung untuk tinggal dengan datuk nenek mereka semasa cuti sekolah adalah saranan dari UNICEF. Belajar dari alam sekitar dan orang tua lebih membina jatidiri anak-anak kita dari biarkan mereka terperap di rumah, atau rutin tuisyen semasa cuti sekolah (dan lebih jimat duit mak ayahnya!) – ini UNICEF kata, bukan saya kata~
Mujurlah ada Skype, WhatsApps, perkembangan mereka sentiasa dalam pantauan kami. Nak lebih klasik, kami hantar poskad untuk mereka!
Selamat bercuti semua!
Leave a Reply