Cerita Lucu Suami Isteri

By | November 24, 2014

MADU TIGA

Seorang suami berbual dengan isterinya, lalu keluarlah topik ini…

Suami : Mah, seorang lelaki ni sebenarnya kena kahwin tiga, barulah lengkap isterinya.

Isteri : Kenapa pula macam gitu bang?

Suami : Cuba Mah terjemahkan ni ke bahasa Inggeris. Satu is?

Isteri : One.

Suami : Dua is?

Isteri : Two.

Suami : Tiga is?

Isteri : Three.

Suami : Haaa.. kan, is-three = tiga. Barulah betul. Kan Mah…?

Isteri : Oooo.. tapi Abang kena tahu juga bahasa Inggeris ni ada singular dan plural.

Suami : Macamana tu Mah?

Isteri : Kalau satu buah kereta kita sebut, car. Kalau dua atau tiga, kita sebut cars.

Suami : Ooo ye, kalau banyak, kena tambah S.

Isteri : Kalau satu abang mampu, kalau dua atau tiga abang ……?

Suami : Mampus…

Sejak kejadian itu, tiada lagi gurauan mahupun perbualan tentang hal berkenaan di antara mereka.

SEBELUM DAN SESUDAH

Sebelum kahwin : Takpe walaupun you tak kaya, duit tak ada.. I tetap sayang you. Sesungguhnya wang itu tidak boleh membeli kebahagiaan.

Sesudah kahwin : Tu lah awak dulu taknak belajar betul-betul. Sekarang ni nak beli pam susu anak pun tak mampu. Argh.

Sebelum kahwin : I bawakan beg you ya.

Sesudah kahwin : Serabutnya tengok beg sana sini. Lain kali tak payah bawak lah.

Sebelum kahwin : Orang cantik macam you, pakai apa pun cantik.

Sesudah kahwin : Ni ape ni macam mak lampir dah rupa awak ni. Tukar! Tukar!

Hehe, gurau-gurau saja… Suami dan isteri saling melengkapi, dipasangkan Allah dengan rahmar kasih-sayangnya. Hargailah pasangan kita, anggaplah dia sebagai hadiah dan amanah dari-Nya.

Category: Relationship

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

6 thoughts on “Cerita Lucu Suami Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge