Petua Banyakkan Susu Badan

admin Avatar

Penghasilan susu badan adalah sesuatu mekanisma yang unik. Ia bukan seperti tangki air yang boleh diisi bila2 masa, apabila kosong, dan dikeluarkan apabila penuh. Ia bukan seperti underground water yang sentiasa ada di situ. Bukan juga macam air paip yang boleh ditadah bila2 masa.

Susu badan dihasilkan oleh dua jenis hormon iaitu prolaktin dan oxytocin yang dihasilkan di kelenjar pitutari. Hormon prolaktin ialah untuk menghasilkan susu, dan hormon oxytocin adalah untuk mengeluarkan susu yang terhasil tu. Hormon estrogen adalah hormon yang membuatkan hormon prolaktin berada di tahap rendah, hormon ni tinggi semasa mengandung. Tidak hairanlah kalau semasa hamil, susu jadi semakin kurang.

‘Kegiatan’ hormon dalam badan kita amat unik. Semuanya ada saling perkaitan. Contohnya jika kita stress, hormon yang terhasil semasa stress ni menyebabkan oxytocin berada di tahap rendah, dan membuatkan susu menjadi kurang. Bila baby menghisap di payudara/mengepam, prolaktin akan dirangsang. Bila kita gembira, oxytocin akan meningkat, susu akan terhasil banyak dan kita akan kurang rasa kesakitan.

Ingat tak masa bersalin, bila baby keluar je terus hilang sakit dan rasa sangat gembira. Dah lupa sakit contraction, silap2 rasa nak satu lagi baby. Itu sebab selepas baby keluar, hormon oxytocin merembes menjadikan kita gembira.

Berdasarkan fakta di atas, cara-cara untuk banyakkan susu badan, antaranya:

1. Sentiasa gembira dan tenang. Ingatlah bila stress kita akan depress hormon susu ni. kena selalu happy 😀

2. Jauhi stress. Eh, sama je macam no 1 kan 🙂 Jauhi stress dan punca stress. Kalau rasa kerja kita stress, mungkin kita perluka time out sesekali.

3. Banyakkan direct feeding. Bila baby ada dengan kita, tak perlu nak berikan susu dalam botol. Walaupun kita bawa baby keluar, pakailah baju yang sesuai untuk menyusu, (contohnya Bling Buubies :D). Tak perlu susah2 nak kena pam, bawa susu, panaskan semua… atau pun boleh pakai nursing cover.

4. Kerapkan menyusu di waktu malam. Ada ibu yang taknak bangun malam, dia sediakan EBM so that suami boleh bangun dan susukan baby. This is not a good practise. Rangsangan pada waktu malam adalah yang terbaik kerana hormon prolaktin di tahap tertinggi. Susukan bayi anda pada waktu malam. Jangan berkira sangat, suami boleh tidur sedap2, kita kena bangun susukan anak… Ibu yang bangun malam untuk anak, pahalanya berganda2. Nak tidur ke nak pahala? 😀

5. Ambil makanan yang tinggi vitamin B, atau ambil supplement termasuk B Complex. B Complex berfungsi untuk melancarkan sistem saraf, menstabilkan hormon, mengurangkan stress… Sekaligus mengurangkan potensi hormon stress untuk mengganas. Bila hormon stress rendah, hormon oxytocin akan meningkat, sekaligus membanyakkan susu badan.

Makanan penambah susu memang banyak. Tapi, tiada gunanya makan macam2 milk booster kalau tiada rangsangan i.e. hisapan baby dan pam.

Baby taknak menyusu direct, memang banyak kes macam ni. Ada ibu yang mengambil langkah terus berhenti menyusukan. Ada yang berjumpa pakar berkenaan, dan ada juga yang exclusive pumping.

Biasanya penyebab bayi enggan menyusu secara terus dari payudara ibunya ialah:

– Bayi mengalami masalah sesak nafas, hidung tersumbat dan sebagainya yang membuatkan dia tak selesa untuk menyusu.
– Bayi mengalami keliru puting kerana diberi botol terlalu awal.
– Bayi mengalami tongue tie atau mempunyai frenulum linguae yang pendek.
– Bayi mengalami masalah seriawan mulut atau thrush menyebabkan mulutnya sakit untuk menyusu.
– Susu ibu mengalir terlalu laju hingga bayi tidak dapat mengawalnya.
– Teknik penyusuan yang tidak betul.
– Keadaan ibu yang stress.

Untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, seorang bakal ibu hendaklah mencari info dan maklumat tentang penyusuan berjaya sebelum dia sendiri menyusukan anak, dan keep in touch dengan ibu-ibu menyusu lain yang berjaya menyusukan bayi mereka.

Kadangkala kegagalan menyusu adalah dari sikap ibu sendiri.

– Menganggap jika tiada susu yang keluar semasa mengandung, maka dia tidak dapat menyusukan anak. Ini adalah salah. Susu yang keluar semasa mengandung tidak ada hubungan dengan susu yang dihasilkan selepas kelahiran anak.
– Terlalu stress untuk melihat susu mengalir keluar sebaik saja bayi dilahirkan. Biasanya susu matang (susu betul) mengambil masa 3-7 hari untuk terhasil. Sebelum itu ibu menghasilkan kolostrum yang amat bernilai untuk bayi.
– Menganggap bayi kelaparan bila asyik menangis. Bayi mempunyai 1001 sebab untuk menangis, bukan kerana lapar semata.
– Tidak sabar bila bayi menyusu terlalu lama. Menganggap susu tiada kerana itu bayi melekap lama.
– Tidak cukup keazaman, doa dan harapan untuk terus menyusukan anak.
– Membanding-banding dengan orang lain dan bayi lain. Setiap individu adalah unik.

Selamat bersiap sedia untuk menyusu!

admin Avatar

20 responses to “Petua Banyakkan Susu Badan”

  1. mommy icha Avatar

    along, kiter pun dah mula pam balik ni.. peti ais problem haritu.. nasib baiklee wahm..huhu! boleh direct feed selalu – mesin pam terhebat di dunia.

    nak copy info yekk..sgt informatif!
    .-= mommy icha´s last blog ..vitamins -amp supplements for BF Mommy – testimoni harlinda halim =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bestnyerrrr la dpt direct sokmo (kita senasib ok, br ni ms g UK umah blackout 2-3 hari, blk2 habis semua cair. Smlm plak tersilap tak tutup peti sjuk btol2 ms nkgi keja… Ayoyoyoyo)

  2. amirah Avatar

    kena doa doa dan doa byk2…
    .-= amirah´s last blog ..Bye bye Brazilsee you in the 2014 FIFA World Cupin your home- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Amiin

      Smg smua ibu berjaya memberi anak susuibu!

  3. eray Avatar
    eray

    info yang sgt bagus, thumbs up 😀
    nak copy skit 🙂 sbb orang slalu salah paham
    makan pelbagai milk booster tp kurang stimulate pengeluaran susu
    breastfeeding is fun when you know exactly how to do it 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah masalahnya

      sebab byk sgt myths tentang breastfeeding kan.

      ramai ibu2 muda yang kata… susu takde, dah puas makan itu ini, dah puas urut.. tp dalam pada tu dia tak penah cuba susukan baby dia sebab breast tak berat. tapi ramai yang dah aware ttg hal sebenar lepas dapat anak seterusnya. doakan ibu2 lain juga begitu 🙂

  4. ibunafis Avatar

    bagus la info ni..
    sy masih nak nyusu ank 1st umo 1thn 9bln at least smpai 2thn..
    tp sy sdg peknen ank ke2,dh 6bln & msh bf lg ank 1st..kdg2 xlarat..
    dpt tau mommy lyna still bf bb mse peknen,leh bg tips skit ye..tQ!
    .-= ibunafis´s last blog ..-hadiah dari anmum- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah saya bab tak larat tu takde kot, cuma lepas puasa tahun 2008 tu, susu saya memang kering dah. lepas dapat khidmat nasihat dari macam2 LC, sampai ke obersi nun, hehe akhirnya saya akurlah dgn perubahan tubuh badan, especially bila kita bekerja.

      tapi tak lama… sebulan setengah pastu Fahry dah lahir hehe.

  5. meah Avatar
    meah

    mmg penat nysus badan, nak2 kalu pagi2 kena bangun awal lak nak gi keje, kt tmpt keje lak surau kecik nak tido x boleh, ape2 yg penitng sabar.. http://mrsnik.blogspot.com

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      blah la mung. hehehehe.

  6. AshAnas Avatar

    kwn sy mslh die baby mau direct feeding mlm2 je… siang taknak… nape jd cmtu ek?
    .-= AshAnas´s last blog ..Hadiah utk contest hari tu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ini baru terjadi ke dah lama? kalau ikut Pn Farah Sarakids, tabiat amacam tu mungkin baby mengalami nursing strike. (tiba2 dapat idea untuk menulis tentangn nursing strike).

  7. sayahappyslalu Avatar

    nak pahala… hehe.. senang menyusu waktu malam.. susukan sambil baring.. tau-tau dah terlelap.. hehe..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..My Baby’s Weight Progress =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah sampaikan ada sorang budak ni kalo telepas puting je harus terjaga

  8. nanak Avatar

    thanx for sharing..jom kita sama2 susukan anak kita 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom! mana anak ni nak beri susu ni hehehe.

  9. Muhamad Avatar
    Muhamad

    Sy suka lamam ini.walaupun sy lom khwin penuntut ipta, tp sdkit sbyk sy dpt pljri ilmu alam prkhwnan d cini lau nk tnya mak ayh malu..B-)

  10. ietams Avatar

    bagus artikel nii..
    terima kasih.. buleh jadi panduan utk next²..
    alhamdulillah saya success BF anak sampai 2yrs10mth
    .-= ietams´s last blog ..Resepi Spaghetti dan cara memasak =-.

  11. Mama Herda Avatar

    Mommy, hye..
    Info terbaek pernah sy baca ttg pnyususan..kbykn info sumenye psl nk tmbh susu aje..tp ni laaa info yg menenangkn hati sy..sbb sy ni xde lainnyeee STRESS je le penyebab utama..sy bru dpt ank ke-3 ppuan..sulong & 2nd lelaki & sgt2 aktif..sy lak surirumah..huhu..jd blh bygkn le kesibukan & kestressan sy di rumah hehehe..apatah lg ini 1st time sy full BF ssb kedua2 ank sy sblm ni sy x dpt full bf dgn alsan yg sama iaitu STRESS..kali ni sy mmg tekad utk full BF ssb sy rs amat2 rugi pd ms2 yg lepas..bila sy baca info di atas..baru sy tau cmne nk handle stress sy..tqsm 4 the info!!!

  12. […] info : KellyMom.com,breastfeedingusa.org, healthyvitagarden.com, thenewbornbaby.com, mybaba.com, mysuperkids.net. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge