Petronas Chemical IPO ni Betul ke Boleh Untung?

admin Avatar

Tak sapa yg tahu kalau Petronas Chemical IPO ni betul-betul untung. Firstly, semua IPO ade risiko untuk harga jatuh sebaik sahaja diterbitkan; Petronas Chemical Group tidak terkecuali. But this is what I think yg akan support harga IPO Petronas Chemical kali ini;

Cheap US Money Masuk Asia

Kadar faedah di US ditetapkan pada paras ‘almost zero’ bagi memudahkan pelabur atau peniaga tempatan memulihkan ekonomi negara mereka. Sejak Parti Republik menang mid-term House of Representatives election awal bulan ini, spekulasi sangat kuat mengatakan US bakal mengekalkan kadar faedah paling rendah dalam sejarah untuk jangka-masa yang agak lama.

Kesannya, banyak pelabur mengalihkan duit masing-masing daripada debt-market kepada pasaran saham dan komoditi. Sebab tu juga la emas & minyak naik recently (in USD) as bila kadar faedah tak dinaikkan, nilai USD juga tak dapat ditingkatkan. Untuk pasaran saham, banyak pelabur cabut ke pasaran Asia dengan harapan ekonomi Asia mampu pulih lebih pantas daripada negara barat.

Malaysia KLCI Pada Paras Tertinggi

Kesan banyak duit ‘panas’ luar negara yang masuk ke Malaysia, FBM KLCI mencatatkan kenaikan yg agak konsisten; kenaikan 20% since June-2010. Sehingga, 10-Nov lepas menyaksikan FBM KLCI mencatat sejarah baru pasaran saham Malaysia bila cecah paras 1531.99, lebih tinggi daripada rekod sebelum krisis ekonomi dunia pada 14-Jan-2008 at 1524.69.

In my opinion, hampir pasti akan ada short-term correction sebab kenaikan harga saham seems to be much higher daripada pemulihan keuntungan koperat berkaitan. Namun, mid-term prospect seems to be good as Asia akan kekal menjadi tumpuan pelaburan kerana ekonomi barat dijangka sangat lembap. Sentimen positif sebegini boleh membantu menaikkan harga saham tempatan.

Momentum MMHE & Kesan Oversubscription

Harga IPO MMHE untuk pelabur runcit adalah RM3.61 pada PER yg sangat premium. Namun begitu, hari pertama ia didagangkan di Bursa Malaysia, kaunternya naik ke nilai tertinggi RM4.69 sebelum settle sekitar RM4.50. kalau you dapat beli satu, untung 25%!

Despite that, judging from warrant MMHE yang diterbitkan baru-baru ini, board agak yakin yang harga MMHE boleh cecah RM4.93 by May-2011 (MHB-CA) atau RM5.31 by Nov-2011 (MHB-CB). This momentum may continue untuk PCG.

Kalau anda ingat artikel pasal Petronas Chemical IPO semalam, you must already know yang tawaran pelabur institusi was oversubscribe by 21x. So, mana-mana yang tak dapat tu must be getting it from open market sejurus lepas PCG doterbitkan pada 26-Nov nanti.

Petronas Chemical Termasuk Dalam FBM-KLCI

FBM-KLCI index ni menggambarkan prestasi saham-saham terpilih di Malaysia. Kini, 30 syarikat terbesar negara dijadikan sandaran. Memandangkan nilai Petronas Chemical selepas diterbitkan dalam Bursa ialah RM41.6bil, PCG already syarikat ke-5 terbesar Malaysia selepas Maybank (RM63bil), CIMB (RM62bil), Sime Darby (RM53bil) dan Public Bank (RM45bil).

Saham PCG hanya perlu naik 8.5-10% untuk jadi ke-4 terbesar atau naik 30% untuk menduduki tempat ke-3.  Jadi, almost definitely PCG akan masuk dalam senarai FBM-KLCI bila index tersebut di-nilai semula bulan depan. Oleh itu, ia pasti akan menarik minat pelabur asing dan pelabur institusi agar portfolio pelaburan mereka seimbang dengan index pasca semakan-semula nanti.

Dislcaimer: The above opinion is not an invitation to buy or sell. It serves as a blogging activity of my investing thoughts and ideas, this does not represent an investment advisory service as I charge no subscription or management fees (donations are welcomed though). The content on this site is provided as general information only and should not be taken as investment advice. All site content, shall not be construed as a recommendation to buy or sell any security or financial instrument. The ideas expressed are solely the opinions of the author. Any action that you take as a result of information, analysis, or commentary on this site is ultimately your responsibility. Consult your investment adviser before making any investment decisions.

admin Avatar

9 responses to “Petronas Chemical IPO ni Betul ke Boleh Untung?”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Harga saham akan terus naik dalam tempoh beberapa bulan ni. Main sentimen, main spekulasi, main propaganda. Kerajaan akan dapat balik keyakinan rakyat, despite the facts that Malaysian government sebenarnya dah tak berduit sekarang. Lepas tu kerajaan akan bubar Parlimen dan adakan general election.

  2. HaNiE Avatar

    sangat berharap saham PCG ni naik mencanak supaya bila jual nnt dapat untung berlipat ganda, hehehe nak untung je kan!!!

  3. maya Avatar
    maya

    camner kalu nak beli sham PCG ni ek. Minimum yg perlu kita bayar brp

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ipo ni dh close 9/11. kalau nak beli kena tunggu ipo ni float kat bursa, 26/11 ni. minimum 100 unit, so 100×5.20=RM520. berapa harga masa float tu nanti tak tau la

  4. melly Avatar
    melly

    hai..sy ni masih belajar. kebetulan mendapat tugasan untuk petronas IPO..sy nak bertanya kepada tuan punya blog…

    1) apa perkara yg kita perlu evaluate b4 buat keputusan utk invest dlm IPO ni, sekiranya sy ni fund manager dlm sebuah company?

    2) petronas ada buat roadshow kan…kalau sy adalah investor..apakah soalan yg plg sesuai utk sy tanya, beside tanya ttg return, risk dll?

    3) adakah ada apa2 kelemahan atau risiko utama yg boleh nmpak pada IPO ini?

    terima kasih kpd semua.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      soalan melly ni general sgt. i can only answer high level je:

      1) just like any other IPOs; IPO ni betul-betul for growth or just a way untuk pemilik cash out dan cabut biar syarikat tu lingkup dgn pelabur IPO yang terjebak.

      2) PCG has been driving share price chemical company worldwide; at historical PER? How much left it can offer?

      3) risiko petchem bila harga comoditi naik lebih cepat daripada demand produk mereka. high raw material cost for sure akan eat up margin. u kaji la trend profit margin chemical industry worldwide.

      hope it helps la ye

      1. melly Avatar
        melly

        thank you vry much for the quick reply.

        emm..untuk yang no 2) tu…saya kurang faham…pengetahuan cetek lg ni. apa maksudnya ya?

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          sejak2 pcg nak listed, byk syarikat kimia mcm PTT chemicals (Thailand) naik harga. PER tu price earnings ratio.

  5. ridwan Avatar
    ridwan

    apa kesan kadar faedah terhadap pengeluaran instrument kewangan? instrument kewangan adlh sbrg document seperti cek.. bon dan sebagainya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge