Petronas Chemical IPO ditetapkan @ RM5.04 atau RM5.20

admin Avatar

Petronas Chemical IPO nampaknya menarik banyak minat pelabur lately.  Lepas habis book-building process dengan beberapa pelabur institusi (institutional investor aka pelabur besar-besar macam KWSP, Fund Manager etc) minggu lepas dalam dan luar negara, Petronas Chemical chairman umumkan harga jualan saham PCG ditetapkan RM5.04 untuk pelabur runcit (retail investor) dan RM5.20 untuk pelabur institusi jumaat lepas. Kenapa harga retail investor tak sama dengan institutional? Nanti I tulis in separate blog-post.

Bloomberg reported yang tawaran untuk pelabur runcit oversubscribe by 2.5x (x=kali ganda) dan tawaran untuk pelabur institusi pula oversubscribed by 21x! Some breakdown as follow:

Retail Tawaran Permohonan
-Bumi 80,000 124,080,000
-Public 80,000 512,011,600
Institutional 2,186,980,000 17,807,690,000*

*calc from 21x oversubscribe. Lain-lain data from MiH.

40,158,600 lebihan saham yang tak di pohon oleh directors, pekerja dan pelanggan PCG bakal di-agihkan kepada retail-bumi. Kalau anda (bumi) dah apply IPO ni, chances to get one is very-very high.

Berdasarkan harga pelabur instritusi, nilai syarikat PCG sekitar RM41.6bil. Jika keuntungan bersih FY09/10 (RM2.6bil) jadi sandaran, P/E atau PER (Price-Earnings-Ratio) untuk PCG at RM5.20 ialah 16. Quick check on Bloomberg (12/11), PER untuk beberapa syarikat kimia yang listed di dunia seperti berikut:

Syarikat PER Nilai Syarikat
BASF SE 36.4 USD70.3bil
Du Pont 14.3 USD42.5bil
Dow Chemical 18.2 USD36.3bil
Petronas Chemical 16.0 USD13.4bil
PPG Industries 16.0 USD12.5bil
PTT Chemicals 22.4 USD8.0bil

Judging from PER, harga Petronas Chemical IPO tadek la discount sangat. So soalan seterusnya, since tadek la discount sangat, boleh ke harganya naik lepas diterbitkan ke Bursa 26/11 ni?

Esok I cerita panjang lebar. Kitorang nakgi Open Day Tadika Diyana jap ni.

In the mean time kalau you ade apply IPO ni, boleh check result kat sini.  Kalau you ade apply online, boleh check dalam sistem masing-masing.

admin Avatar

2 responses to “Petronas Chemical IPO ditetapkan @ RM5.04 atau RM5.20”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Harganya akan naik. Kerajaan AKAN MAKE SURE harganya akan naik. By hook or by crook. Impact besar pada imej kerajaan.

  2. Ishak Avatar

    Kita pon ada beli jugak. Ingatkan dia naik bursa hari ni, rupa-rupanya 26 November ni. hopefully penantian ni satu penantian yang berbaloi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge