Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul

admin Avatar

Terlalu ramai orang beranggapan harga emas takkan turun. Walaupun ada benarnya, juga ada salahnya. Ini sama seperti tanggapan harga rumah PASTI naik, membuatkan pelaburan sebegini (emas & hartanah) dianggap ‘tanpa-risiko’ dan mula dibandingkan dengan ASB, Tabung Haji dan simpanan tetap. Bagi mereka, hanya kemampuan menyediakan modal permulaan sahaja yang membezakan seseorang pelabur.

Jika anda berkecimpung dalam dunia pelaburan ini lama enough, anda juga pasti dengar ‘harga minyak akan naik sebab minyak akan habis’ suatu ketika dahulu. Jika anda melabur semata-mata berdasarkan kenyataan tersebut, anda pasti kecewa dengan harga minyak yang rendah sekarang.

Juga tanggapan harga condo sekitar KLCC takkan turun sebab “tanah semakin terhad”. Jika anda membeli condo awal tahun lepas (sekitar RM1,200/sqft), pasti anda kecewa gila bila tahu harganya menjunam kepada RM600-700/sqft awal tahun ini; walaupun perlahan-lahan harganya pulih sekitar RM1,000/sqft sekarang.

Apa istimewanya emas?
gold_all_data_o_usd

Jika anda perasan, harga emas melonjak naik 4 kali ganda (USD200 ke USD800) sekitar tahun 1980 sejajar dengan kenaikan harga minyak yang naik 2 kali ganda sahaja (USD20 ke USD40).

Ini bukan kebetulan.

Harga minyak naik kerana ada gangguan pengeluaran minyak Negara OPEC. Harga minyak yang naik akan menyebabkan inflasi turut meningkat, yang mana membeli emas dianggap tempat terbaik untuk menyelamatkan nilai kekayaan.

Cuma, apabila harga emas naik terlalu banyak dan terlalu tinggi membuatkan orang berfikir dua kali untuk terus membeli, mengakibatkan harganya jatuh 50% kepada USD400; selari dengan kejatuhan 50% harga minyak apabila pengeluaran Negara-negara OPEC naik perlahan-lahan.

Bandingkannya dengan situasi sekarang, dan fikirkan….

Cuba bayangkan jika anda berabis duit membeli emas pada harga USD800 tahun 1980 dengan anggapan ‘harga emas takkan jatuh’. Anda terpaksa tunggu sehingga tahun 2007 (27 tahun!) hanya untuk balik modal. Bayangkan berapa banyak yang anda boleh selamat jika letakkan sahaja dalam simpanan tetap (2-3% je setahun).

admin Avatar

25 responses to “Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul”

  1. zuhaini Avatar

    hehe.. daku emas pun x banyak… :p
    .-= zuhaini´s last blog ..Dear Ibu n Ayah… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      tak banyak tadek hal. but if interested in emas, set price bpr & bila nk beli
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul =-.

  2. eyriqazz Avatar

    Currency ada naik dan turun, unit trust pun ada naik dan turun,emas pun samalah juga…Good Investment,buy low,Sell High…
    .-= eyriqazz´s last blog ..My First Cheque from Nuffnang =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      “buy low sell high” is not good enaf. how to know its ‘low’ or ‘high’ what really matters.
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul =-.

  3. Verde Avatar

    its unpredictable kan…thats the risk that u hae to take when u want to make any kind of investment 😀
    .-= Verde´s last blog ..Our Bangkok Trip – Day 4 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      risk is everywhere and anytime. whether u want to take it now or when u dah tua…
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul =-.

  4. sue Avatar

    tak de jalan mudah nak jadi senang!
    .-= sue´s last blog ..Ilham jatuh katil..!!! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      sapa kate? jd mk ayam bkn sng ke? huhu
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul =-.

      1. someone Avatar
        someone

        sape ckp jd mak ayam senang??aduhh…

  5. Hanz Avatar

    so the conclusion is..not even ’emas’ can guarantee a good investment, right?

    confirm this, please.. :>
    .-= Hanz´s last blog ..My hands are full for 2010 but I’m fulfill & blessed =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      the more ‘guaranteed’ that particular investment is, the more ‘less return’ it will be. betol x?
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul =-.

      1. Hanz Avatar

        kalau camtu yang kurang guaranteed..stock & share market jelah paling lumayan!
        .-= Hanz´s last blog ..An Interview with 7 years Married Couple =-.

  6. Zaila Avatar

    waaah, ambo suka emas!! bling!! bling!!

  7. shuth Avatar

    He! he!.. satu artikel yang amat menarik.
    Tapi 1 kelebihan emas nie, yang saya suka ialah, nilainya yang lebih global.. maksudnbya, diterima di mana2…
    incase kalau berlaku kejatuhan ekonomi di negara kita, contohnya seperti perang ke (harap dijauhkan), manipulasi matawang, atau apa2 sahaja musibah yang melanda negara, ianya akan menyebabkan nilai matawan (wang kertas) akan jatuh.. jadi bagi sapa2 yg ada RM1 juta dalam bank atau dalam peti besi kat rumah tu ke.. dalam sekelip mata akan menjadi papa kedana. Wang kertas langsung sudah tidak ada nilai (seperti di iraq), wang kertas orang buat kertas tandas je..

    tapi sedikit berbeza kalau kita menyimpan emas.. kita boleh berhijrah ke negara lain dan gadaikan emas kita di negara tersebut ..ianya masih bernilai.. dan bolehlah kita mulakan hidup yang baru..

    just my 2 cents opinion.. 🙂

    1. Ct Avatar
      Ct

      I agreed… Sesiapa yg ade simpanan emas( gold saving) akan kurang kebocoran wang.. Xpcaye, cuba..

  8. Mommy Lyna Avatar

    in that case, emas tu lebih kpd ‘preserve’ drpd ‘invest’. wut u think? mcm beli emas ‘just in case’ kalau negara ada crisis….
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest II =-.

  9. shuth Avatar

    oh! “preserve” yer nama dia.. yer lah tu.. saya just share salah satu kelebihan emas je.. 🙂

    lagi satu.. berkenaan harga emas ini, bagaimana yer mommylyna define bahawa harga emas sekarang sedang overpriced? fundamental analysis ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada artikel tntg “kenapa emas sekarang over-rated & over-valued at => http://mysuperkids.net/kenapa-emas-sekarang-sangat-over-valued-over-rated/

      sila ajar ku sifu 😉

  10. Jamilah Avatar
    Jamilah

    COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1280.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

  11. zam Avatar

    what ever it is, plan anda punya pelaburan, its better. Selalu ader backup plan when you enter to risk …

  12. mizi Avatar
    mizi

    masuk asb, simpan emas, buat smua, maximize profit, x rugi pon, tp ak suke emas, asb pon ak main

  13. mei Avatar
    mei

    sekarang kenaikan emas masih dlm bull stage…kenaikan bersifat jangka masa panjang & masih belum lagi bersifat bubble, kenaikan 25% adalah normal. Ia spt sejarah yg lepas apabila emas naik bermula pada thn 1970 dr usd 30 kpd usd 25o pd thn 1980 dlm masa 10 thn. Ia boleh dianggap tahap bubble spt belaku pd thn 1980 bila emas naik dr usd 250 kpd usd 800 dlm masa setahun.
    So jangan bimbang, belum sampai masanya lagi. Bila tiba masanya nanti mungkin kita akan lihat kenaikan yg lebih menggila dr apa yg kita lihat skrg. Apa yg berlaku skrg, kenaikan harga emas adalah nornal kerana setiap negara mengurangkan nilai matawang masing2 kerana kemelesetan ekonomi dan menyebabkan inflasi.
    Saya masih meragui adakah Amerika berupaya menaikkan interest secara mendadak spt yg dilakukan pd thn 1980 dulu utk membendung inflasi . Ini kerana keadaan agak berbeza sbb dahulu Amerika adalah debtor nation tp sekarang adalah creditor nation.
    Lebih mengejutkan lagi apa yg dilakukan oleh USA skrg, cetakan duit setahun dua ini memang melampau jika dilihat kepada statistik yg menyebabkan ramai pakar meramalkan hyperinflation. Kesannya bukan skrg, so beli emas adalah tindakan yg terbaik buat masa sekarang.

    Spt yg berlaku pada tahun 1980, ia berpunca kerana berlanjawan melampau pada tahun 1970 menyebabkan duit usa diapungkan dan mula dilepaskan dr emas. Kesan tindakan pd 1970 boleh dilihat pada 1980 kenaikan emas 8 kali ganda selama 10 thn dan 3 kali ganda dlm masa 10 tahun. So apa kesannya tindakan kerajaan USA skrg terjadap dollar yg menjadi matawang rizab antarabangsa?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya sgt setuju. faktor sebenar harga emas yg naik sekarang cuma sebab orang tak percaya US keep on printing money walaupun nothing to back it up MORE than faktor supply-demand. selagi orang tak percayakan USD, selagi tu lah emas akan naik (dalam nilaian USD, tak semestinya naik dalam matawang lain).

      US takkan mampu naikkan interest secara mendadak 2-3 tahun ni sebab ekonominya masih fragile. ekonomi mereka memerlukan rangsangan dan faedah yg rendah salah satu cara. memang pasti USD akan jatuh selagi OPR mereka tak dinaikkan. emas pun naik jugak la.

      cuma perlu diingat, bukan emas je yg naik. semua komoditi, pasaran saham, perniagaan, etc juga akan terus naik sebab duit dalam USD pasti keluar mencari pulangan yg lebih tinggi. jadi nak cakap membeli emas tindakan terbaik dari perspektif pelaburan semata, langsung tak tepat.

      tetapi, membeli emas adalah jalan terbaik jika sebelum tu melabur dalam money market USD. sebab beli emas jalan terbaik nak get rid of USD sejauh-jauhnya; esp orang USA sendrik…

  14. is Avatar
    is

    lame saye teliti hampir semua post kat sini

    saye stuju yg emas ni bukanlah barang dagang, mcm yg salesman & saleswomen ramai2 kat luar tu dok promo beli skrg utk kejar untung.

    saye minat nak preserve assets in gold. thats all. nothing to do with making profit of fiat money especially USD yang skrg ni bile2 dah tahap nazak nampaknye ekonomi diaorang ” like an old man who just going to die but the doctors keep injecting him with so many vitamins”.

    org yang sedar dah tahu hal ni sejak crisis 1998 lagi. people start to revise the system’s abilities then some of world’s leader start to look serious about islamic financial system plak kan2? then gold rumours came out – with many rumours around us. I dont care those things cos I already know that I have to look up on prevention my assets – my future life and my family. thats all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge