Terlalu ramai orang beranggapan harga emas takkan turun. Walaupun ada benarnya, juga ada salahnya. Ini sama seperti tanggapan harga rumah PASTI naik, membuatkan pelaburan sebegini (emas & hartanah) dianggap ‘tanpa-risiko’ dan mula dibandingkan dengan ASB, Tabung Haji dan simpanan tetap. Bagi mereka, hanya kemampuan menyediakan modal permulaan sahaja yang membezakan seseorang pelabur.
Jika anda berkecimpung dalam dunia pelaburan ini lama enough, anda juga pasti dengar ‘harga minyak akan naik sebab minyak akan habis’ suatu ketika dahulu. Jika anda melabur semata-mata berdasarkan kenyataan tersebut, anda pasti kecewa dengan harga minyak yang rendah sekarang.
Juga tanggapan harga condo sekitar KLCC takkan turun sebab “tanah semakin terhad”. Jika anda membeli condo awal tahun lepas (sekitar RM1,200/sqft), pasti anda kecewa gila bila tahu harganya menjunam kepada RM600-700/sqft awal tahun ini; walaupun perlahan-lahan harganya pulih sekitar RM1,000/sqft sekarang.
Apa istimewanya emas?
Jika anda perasan, harga emas melonjak naik 4 kali ganda (USD200 ke USD800) sekitar tahun 1980 sejajar dengan kenaikan harga minyak yang naik 2 kali ganda sahaja (USD20 ke USD40).
Ini bukan kebetulan.
Harga minyak naik kerana ada gangguan pengeluaran minyak Negara OPEC. Harga minyak yang naik akan menyebabkan inflasi turut meningkat, yang mana membeli emas dianggap tempat terbaik untuk menyelamatkan nilai kekayaan.
Cuma, apabila harga emas naik terlalu banyak dan terlalu tinggi membuatkan orang berfikir dua kali untuk terus membeli, mengakibatkan harganya jatuh 50% kepada USD400; selari dengan kejatuhan 50% harga minyak apabila pengeluaran Negara-negara OPEC naik perlahan-lahan.
Bandingkannya dengan situasi sekarang, dan fikirkan….
Cuba bayangkan jika anda berabis duit membeli emas pada harga USD800 tahun 1980 dengan anggapan ‘harga emas takkan jatuh’. Anda terpaksa tunggu sehingga tahun 2007 (27 tahun!) hanya untuk balik modal. Bayangkan berapa banyak yang anda boleh selamat jika letakkan sahaja dalam simpanan tetap (2-3% je setahun).
Leave a Reply