Setahun berlalu selepas kami backpack ke Eropah bersama si kecil Danny (15 bulan masa tu), akhirnya kami mengambil keputusan untuk backpack bersama anak-anak lain; Hafiy 6 tahun dan Fahry 5 tahun (Fahry juga seorang OKU).
Sangat mencabar sebenarnya nak backpack dengan anak-anak di usia ini.
Kerana backpacking tu bukan sekadar ‘travel dengan bawa backpack’ tapi konsep backpaking tu sendiri – light, budget, penat. Masa bawa Danny, senang nak cari hotel bajet, katil kecil pun boleh. (Asalkan bukan dorm) Dengan anak-anak yang lebih besar, mungkin memerlukan ruang yang lebih besar. Supaya mereka cukup rehat untuk perjalanan seterusnya.
Untuk backpacking dengan mereka ni, fizikal dan mental kena mantap. Lebih-lebih lagi dengan Fahry yang perlu digendong setiap masa. Hafiy pun dengan kudrat dan perangainya tu, asyik2 nak balik rumah. Jadi sebagai ibu bapa yang tabah, haruslah bersedia dengan sedaya upaya untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Antaranya adalah ‘body kena fit’. Memang mencabar sangat-sangat, maklumlah baru lepas raya. Bulan puasa aktiviti fitness memang ke laut (alasan semata-mata). Lepas raya pula makan macam-macam… Oh… semput..
Untuk anak-anak ni kami nak naikkan semangat mereka, kami belikan seorang satu backpack comel. Fahry pun dapat juga.
Antara tips untuk backpack dengan anak-anak yang masih kanak-kanak:
Rancang perjalanan dari awal
Walaupun dijamin sesat barat, namun sekurang-kurangnya sudah mempunyai perancangan yang rapi tentang perjalanan, penginapan dan sebagainya.
Rancang aktiviti yang melibatkan anak-anak
Harus memilih tempat yang disukai kanak-kanak seperti taman, akuarium, zoo, taman tema dan sebagainya.
Memilih penginapan yang selesa
Walaupun bajet, namun dorm atau hostel mungkin kurang sesuai. Anak-anak kecil perlukan ruang, apa lagi mereka perlukan rehat secukupnya di waktu malam untuk bekal perjalanan di siang hari.
Lightpacking
Biasanya kami bawa baju maksimum 3 pasang seorang supaya beg tidak terlalu besar dan tidak terlalu berat. Membawa 2 orang budak, termasuk seorang OKU yang tidak boleh berjalan sendiri bukan mudah kalau barang banyak. Lagipun kami tidak suka masukkan beg ke dalam kargo… time consuming.
Makanan
Sebolehnya cari penginapan yang dekat dengan tempat makan halal atau restoran vegan (kalau ke negara bukan Islam), kerana budak-budak biasanya susah nak adjust makan benda-benda ringan untuk alas perut je.
Gadjet atau sebarang alat yang melekakan
Terutama dalam perjalanan udara yang panjang, kanak-kanak yang memang mudah bosan mudah menjadi resah. Jadi, sediakan gadjet atau buku-buku, atau apa saja objek kegemaran mereka agar mereka tak merasa bosan dengan perjalanan yang lama.
Kesabaran yang tinggi
Oh ini sangat penting! Berbeza dengan bercuti (vacation), backpacking sememangnya penat lagi memenatkan, minda dan fizikal. Apa lagi kalau ada budak-budak. Jadi, perlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk hadapi karenah mereka. Mana nak tengok map, mereka buat bising, lari sana sini… *lap peluh*
Leave a Reply