,

Persediaan Backpacking Bersama Anak-Anak

admin Avatar

Setahun berlalu selepas kami backpack ke Eropah bersama si kecil Danny (15 bulan masa tu), akhirnya kami mengambil keputusan untuk backpack bersama anak-anak lain; Hafiy 6 tahun dan Fahry 5 tahun (Fahry juga seorang OKU).

Sangat mencabar sebenarnya nak backpack dengan anak-anak di usia ini.

Kerana backpacking tu bukan sekadar ‘travel dengan bawa backpack’ tapi konsep backpaking tu sendiri – light, budget, penat. Masa bawa Danny, senang nak cari hotel bajet, katil kecil pun boleh. (Asalkan bukan dorm) Dengan anak-anak yang lebih besar, mungkin memerlukan ruang yang lebih besar. Supaya mereka cukup rehat untuk perjalanan seterusnya.

Untuk backpacking dengan mereka ni, fizikal dan mental kena mantap. Lebih-lebih lagi dengan Fahry yang perlu digendong setiap masa. Hafiy pun dengan kudrat dan perangainya tu, asyik2 nak balik rumah. Jadi sebagai ibu bapa yang tabah, haruslah bersedia dengan sedaya upaya untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Antaranya adalah ‘body kena fit’. Memang mencabar sangat-sangat, maklumlah baru lepas raya. Bulan puasa aktiviti fitness memang ke laut (alasan semata-mata). Lepas raya pula makan macam-macam… Oh… semput..

Untuk anak-anak ni kami nak naikkan semangat mereka, kami belikan seorang satu backpack comel. Fahry pun dapat juga.

Antara tips untuk backpack dengan anak-anak yang masih kanak-kanak:

Rancang perjalanan dari awal

Walaupun dijamin sesat barat, namun sekurang-kurangnya sudah mempunyai perancangan yang rapi tentang perjalanan, penginapan dan sebagainya.

Rancang aktiviti yang melibatkan anak-anak

Harus memilih tempat yang disukai kanak-kanak seperti taman, akuarium, zoo, taman tema dan sebagainya.

Memilih penginapan yang selesa

Walaupun bajet, namun dorm atau hostel mungkin kurang sesuai. Anak-anak kecil perlukan ruang, apa lagi mereka perlukan rehat secukupnya di waktu malam untuk bekal perjalanan di siang hari.

Lightpacking

Biasanya kami bawa baju maksimum 3 pasang seorang supaya beg tidak terlalu besar dan tidak terlalu berat. Membawa 2 orang budak, termasuk seorang OKU yang tidak boleh berjalan sendiri bukan mudah kalau barang banyak. Lagipun kami tidak suka masukkan beg ke dalam kargo… time consuming.

Makanan

Sebolehnya cari penginapan yang dekat dengan tempat makan halal atau restoran vegan (kalau ke negara bukan Islam), kerana budak-budak biasanya susah nak adjust makan benda-benda ringan untuk alas perut je.

Gadjet atau sebarang alat yang melekakan

Terutama dalam perjalanan udara yang panjang, kanak-kanak yang memang mudah bosan mudah menjadi resah. Jadi, sediakan gadjet atau buku-buku, atau apa saja objek kegemaran mereka agar mereka tak merasa bosan dengan perjalanan yang lama.

Kesabaran yang tinggi

Oh ini sangat penting! Berbeza dengan bercuti (vacation), backpacking sememangnya penat lagi memenatkan, minda dan fizikal. Apa lagi kalau ada budak-budak. Jadi, perlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk hadapi karenah mereka. Mana nak tengok map, mereka buat bising, lari sana sini… *lap peluh*

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Persediaan Backpacking Bersama Anak-Anak”

  1. Nurbahiah Avatar

    Kalau saya, mesti level of energy dah kong. Mula la nak BEBELism. haha.. Good job kak!

  2. cheq eem Avatar

    fuhh….. respek ahh…!!

  3. Aya Chalo Avatar

    Fuhh… membaca sambil membayangkan diriku berbekpek 🙂

  4. fiza arbi Avatar
    fiza arbi

    Huu trigt backpack ke paris london thn 2012 dgn budak2 ni..masa tu yg kecik bru 7 bulan..yg sulung 2.5 thn..dhla fiza EP mom..cm x sangka brjaya jugak walopun EP bagai..tiap 4 jam kene ngepam..huahuahua..time tu pakai snuggbaby nye mei tai..hubby pun pakai ssc time tu..mmg memudahkan sgt2..ni anak dah 3 x sure bila nak g backpack lg…huuu..cuci mata kt blog along la dulu..ekekek

  5. hakyma Avatar

    Hi
    Saya first time try backpack ke euro 3 minggu lagi. Boleh saya tahu barang apa yg dipack? Jenis baju.. dan untuk mknn mcmana? Sebab sy bawa bb 9 bln. Thanks

    1. admin Avatar
      admin

      Hi Hakyma,

      Lagi 3 minggu dah nak masuk summer, pakaian biasa susah memadai. Entry ini mungkin membantu ==> http://mysuperkids.net/tips-packing-barang-anak-untuk-travelling/

  6. Aida Avatar
    Aida

    😉 travel backpack dgn anak2 kecil mmg menguji segalanya. Tiada istilah rehat2…. Namun itulah nikmatnya – how we survived as a family in a non-familiar situation. Keluar dari comfort zone. Based on our experience bacpacking around japan with our kids – food was the most important things ha…ha… sentiasa bawa bekal mknan yg mudah namun mengenyangkan spt sup cendawan, sandwich etc. Sbb kids ni selalu lapar dan kita tiada privilege utk simply beli food di mn2 (isu halal & bajet).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge