,

Permohonan Kad OKU Fahry Dah Lulus!

admin Avatar

fahry keistimewaan kad oku

Fahry dah masuk dalam senarai OKU berdaftar. Hujung bulan Disember kami collect kad OKU Fahry di JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di Subang Jaya.

Permohonan untuk dapatkan kad OKU senang je prosesnya, cuma kita yang kena selalu follow up. Diorang memang tak inform apa-apa lah melainkan just bila saya call tanya.

Cara-cara memohon kad OKU:

  1. Pastikan anak kita betul2 kurang upaya (agaknye lah). Boleh semak kat website JKM. Ye la mana tahu yang lebih upaya pun nak apply jugak sebab banyak kelebihannya!
  2. Download borang permohonan dari website JKM.
  3. Print dan isikan details kemudian pos ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda.
  4. Update dengan diorang bila kad dah siap.
  5. Ambil kad di pejabat JKM Daerah.

Saya tuhari pos ke JKM Shah Alam, kemudian orang Shah Alam forward ke JKM Petaling (JKM daerah). Lepas tu kami collect di JKM Petaling kat sebelah Wisma Sime Darby di Subang Jaya. Leceh juga nak ambil sebab jauh dari pejabat kami, mujurlah ada satu hari kena ambil cuti untuk attend hari taska budak2, boleh la lajak ke sana.

Apa keistimewaan pemegang kad OKU?

Banyaaaaak. Antaranya:

  • Dapat elaun bila masuk sekolah.
  • Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada ibu bapa yang ada anak OKU.
  • Diskaun 50% untuk tiket penerbangan dan keretapi. Pengiring pun dapat diskaun juga!
  • Tidak dikenakan sewa line telefon.
  • Diskaun bila beli rumah.
  • Pengecualian cukai jalan.
  • Dapat parking tempat OKU 😀
  • Dan banyak lagi. Boleh tengok kat sini.

Best kan? Sapa kata ada anak OKU ni tak best? Jeles la tu… kalau bukan OKU tak dapat special2 macam kat atas tu 😀

Semalam ada kawan saya yang dah lama tak kontek, tiba2 SMS tanya khabar anak2. Saya katakan tentang Fahry, beliau terkejut dan cakap “Sabarlah ye, ujian untuk kau”.

Saya cakap “Dulu mungkin la aku anggap sebagai ujian tapi sekarang ni, ia adalah anugerah terbesar dan terindah. Tak semua orang diberi anak cacat (ye memang saya sebut cacat, malas nak berbasa basi). Lagipun, cacat fizikal tu jauh lebih baik dari orang sempurna tapi otak sempit dan fikiran singkat”.

Betul kan?

Tagged in :

admin Avatar

24 responses to “Permohonan Kad OKU Fahry Dah Lulus!”

  1. littlemama Avatar

    betul betul! it’s blessing in disguise 😉
    .-= littlemama´s last blog ..Aisey.. Baru Keluar Lor! =-.

    1. Fahry Avatar
      Fahry

      Tak payah bodek sbb saya tanak share dgn sesapa hahahah

  2. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Setuju sgt otak sempit lg payah

    1. Fahry Avatar
      Fahry

      Adnan Sempit?

  3. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    cayalah mommylyna, take things on the brightside!

    ya betul, cacat akhlak lebih teruk dr cacat fizikal.. semoga fahry membesar menjadi anak yg terbaik, he is so lucky to have a mommy like u!

    1. Fahry Avatar
      Fahry

      Nak cop tak saya jd menantu? Nanti kita dapat parking OKU VVip tau Mama! ops tersasullll.

      1. QueeNin Murni Avatar
        QueeNin Murni

        ahaks.. mama pon mama la nak..
        i rela u.. hehe!

        tapi fahry doa2 la mama dpt gegirl lak next. 🙂

  4. fid Avatar

    ohh jangan mak dia plak guna kad dia…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Eh kalo i pakai pun u kesah ape? Jeles ke? Kwang3x.

  5. catlina Avatar

    salam…fahry mmg a miracle baby..sy baru baca entry2 ttg fahry sebelum ni..sy tak perasan sebelum ni sbb kesemuanye tersembunyi bila tgk wajah fahry yang mulus dan comel ..lyna, sy menitis air mata bila baca entry2 fahry sebelum ni..sy sgt2 tersentuh dan terharu..semoga fahry membesar dgn credas, cergas dan bijak!
    .-= catlina´s last blog ..Promosi KedaiGambarKami:Jimat RM40! =-.

  6. dbalkis Avatar

    sangat sayu mayu…tapi ye la bile baca lyna pun hepi dapat share diskaun Fahry kami pun happy..Semoga la Dhani dapat kawan dengan Fahry in real world..supaya besarnya nanti jadi insan yang sentiasa bersyukur, menghormati orang lain atau kalau bukan basa-basinya jadi insan yang tak banyak cekadak..
    .-= dbalkis´s last blog ..Zakat =-.

  7. suri Avatar
    suri

    da lama aunt tak post sini…
    amboi, da ada card rupanya…

    skrg neh fahry notti tak?

  8. kak iena Avatar

    alhamdulillah…

    Akak tahu along akan kuat kan hadapi semua ni.. tengok tu di sebalik ujian ni ada hikmah2 menarik yg menanti..tang cukai tu untung betul…

    be strong.. sbb bkn senang akk nak dpt kawan setabah mommulyna kita ni..
    .-= kak iena´s last blog ..Otak Otak Gombak =-.

  9. kambingbujang Avatar

    cam huda ader adik OKU, sonok mak dapat menumpang kelebihan adik Huda. always think on bright side
    .-= kambingbujang´s last blog ..Malaysia Chocolate Fair 2010 – My Review =-.

  10. farah Avatar

    hahaha memang bess! banyak sebenarnye kelebihan yang fahry dapat kan.
    .-= farah´s last blog ..Sebab ni la saya nak badan mantap jugak hahahaha =-.

  11. ina Avatar

    salam lyna,

    baguslah fahry dah register kad kenal diri oku tuh..bnyk insentif tuk die nnt..t’haru tgk picca fahry..neway salam kenal ye..
    .-= ina´s last blog ..peace every1 !!! =-.

  12. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    btul4x…setuju3x *angguk laju2*
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..How do Japanese celebrate new year? =-.

  13. sue79 Avatar

    betul tu, kita kena selalu follow up kat JKM.. tanya kad dah siap ke belom? klu tunggu diorang call emm memang lambat la.. Anak sy dulu 2 bulan baru dapat kad. Itu pun kejap2 tanya kat sane.

  14. yongnoina Avatar

    betul2..setuju sgt..!

  15. emma Avatar
    emma

    salam, mommy lyna….selamat hari raya yer….anak saya dah dapat kad oku bulan lepas….byk ye kelebihannya..apa2 pun sy bangga dengan anak sy walaupun fizikal tgn mcm tu tp cukup aktif smpi x terjaga dibuatnyer…

  16. juanita Avatar

    Haa itu la dia. Setiap kekurangan Allah balas dgn kelebihan. Tgk saja la ramai anak2 OKU yang lebih menjadi comapare yg sihat wa’alfiat. Mudah2an anak2 kita semua menjadi individu setabah & sekuat Fahry…u go boy….ehehehe….

    *Pst…tang tax tu yg x tahan 😀

  17. Fui Yen Avatar

    bolehkah kamu memberitahu saya mana ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di Subang Jaya? bolehkah kamu memberi alamat jabatan itu kepada saya???
    saya ialah seorang orang kurang uapaya oleh itu saya memerlukan bantuan anda.
    terima kasih.

  18. tharesana Avatar
    tharesana

    Saya seorang kurang upaya , benar ke apa yang saya baca di atas bagi orang kurang upaya dapat ticket penerbangan dapat diskaun 50 percent tapi saya selalu ambil tiket tapi saya tak dapat lah mereka cakap tak ada pun saya ingin pertolongan pls

  19. Ali Avatar

    Salam.. I’m oku physical myself. I born this way. Nothing to be ashamed of. Apa2 pun mmg mental kena kuat, akak ajar anak akak tu to be ready. Outside there, mmg byk kata2 – ve. Apa pun family kena support. Whatever they say, then back to supportive family, then baru ok. Saya sanggup mohon Credit transfer from uniten to monash Melbourne sbb xmau terlibat dgn waktu wajib sukan, utk complete degree. Sbb saya malu utk bukak kasut. But now, no more. Saya realised ada kad oku ni pun baru2 ni je. Selagi blh guna kad tu, GUNA! Hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge